Saturday, January 15, 2011

Betulkah Itu Saya?Ke Ada Orang Nak Prank Saya?Tolonglah, Saya Dah Seram Ni!

Tajuk entry je dah seram kan?Apatah lagi kalau I cerita secara details. Mesti ada yang terketar - ketar ketakutan. Petang tadi bila ada rakan sekerja beritahu cerita ini pada I, terus I terkesima lalu terdiam seribu bahasa. Tak tahu nak pilih samada nak takut atau nak bangga. Eh nak bangga dah kenapa wehhh! Kau jangan buat mainnn! Ngangkung dah karangg! Cehh mentang - mentang cerita hantu, maka kena update tengah - tengah malam buta. Waduhhh suspennya! *Buat muka takut sekarang!*

Ceritanya begini.... *Latar belakang lagu filem seram*

Bilik guru kat sekolah I ni ada 2 partition. Dan yang tengah - tengah tu pantry, tempat solat and tempat telefon semua - semualah, tempat printlah hape kan. I duduk di partition yang kedua, yelah sebelum ni kan I mengajar pagi jadi bila dah tukar ke petang, time petang I sorang - soranglah sebab semua yang duduk situ pun cikgu pagi, Partition yang satu lagi penuh cikgu petang duduk. I duduk sorang - sorang je okay. Kadang - kadang rasa macam cool la kan duduk sorang - sorang, budget artis la pulak kan. Kadang - kadang seriau jugaklah kan. Hadoiiii sabar jelah.

Partition tempat I sekarang ni dah banyak dah cerita yang I dengar tapi buat - buat tak dengar dan tak tahu sebab taknak sangat melayan perasaan takut tu kan. Kalau ikutkan takut, memanglah takut. Tapi buat - buat berani je dan selalu ingatkan diri sendiri bahawa I adalah thundercat. Jadi buat - buat berani. Selalu sambil buat kerja kalau rasa tak sedap kan macam ada orang tengok dari belakang kan, I angkat tangan buat tanda peace sambil kata "Wehh peace wehhhh! Peace no war!" Sengal eh. Bacalah Yaasin ke hape kan.

Okey kembali ke cerita asal. Semalam cuaca ala ala mendung sebab baru lepas hujan, then telefon kat bilik guru berbunyi. Ada sorang akak dari partition sebelah nak jawab telefon tu, on the way nak ke tempat telefen, beliau mendakwa beliau melihat I sedang buat kerja dengan khusyuknya. So lepas dia jawab call, dia pun datang ke tempat I lah kan nak borak - borak. Tapi............. I TAKDE! Dia pun carilah bawah meja bawah kerusi dalam tong sampah segala merata lah kan kot - kot I main nyorok - nyorok ke hape kan tapi memang I takde kat situ. Beliau berkata lagi memang sumpah pengakap akak tu nampak I pose maut kat meja sambil khusyuk buat kerja tapi sebenarnya waktu tu I tengah mengajar kelas kat depan. Seram tak seram tak??Gila kau I yang tengah type ni pun rasa seram terus paksa Embun teman.

Persoalannya disini kenapakah kau dalam banyak - banyak manusia kat situ kau serupakan muka kau dengan aku wehhhhhh! *Telan air liur* Weheyyy I seram wehhhh! Ada yang mendakwa I berkawan dengan makhluk tu wehhh selisih wehhhh kalau lelaki kacah hah memang I sanggup digosipkan bersama, ini...aiii tak sanggup nak sebut nama dia wehhh. Jangan wehh jangan serupa I! Pergi serupa cikgu lain yang jahat tapi jangan I wehhhhh!!!


Janganlah bergurau seram dengan I. I nangis karang!

Telan air liur banyak kali. Pergi sekolah bawa Yaasin siap - siap dalam beg. Bukan apa, untuk protection. Jangan cakap I Ghostbuster pulak karang lepas ni. Tak rela I nyah! Yang penting sekarang I memang ketar tahap Parkinson wehh. Nak seram ke tak eh?Seram la ehhh!! You guys kalau ada nasihat berguna boleh membantu I jangan segan - segan nak bagitahu! Meh seram ramai - ramai meh!

p/s : Selalu perasan diri sendiri adalah Vampire yang kacak. WTF!

8 comments :

nur easy said...

baca entry ni sambil makan nasi goreng n pala ttoleh2.. sbb tgh sorang2 duk dalam lab ni.. waaa scary nya

Cik Puan Bunga said...

@nur easyWehehhhhh yang mengalami ni lagi serammmmmmmmm! *ketakutan*

ULtradya said...

HIHIHIHI..........faymes hingga ke alam paranormal

Cik Puan Bunga said...

@ULtradyaFuh fuh choyyyy choyyyyyy!!!

mieyza said...

OMG..gile seram. >__<

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaBetulllllllllllll!~

A Z R E E N said...

Ok, baca terus pandang belakang kiri kanan jugak tengok line clear ke tak. Seram +_+

Cik Puan Bunga said...

Adoiiii! Jangan serammmmmm!!! ;{ menggigilllll!~