Wednesday, January 19, 2011

Darah Jawa Pantang Dicabar. Kadang - Kadang Kami Main Kotor.

Amacam? Gerun tak baca tajuk entry? Takde dah entry tajuk manja menggedik. Haha tajuk kali ni lebih kepada kongsi gelap sikit. Dengan harapan dapat memberikan persepsi kepada orang lain bahawasanya I juga mampu berlaku kejam, main kotor, berhati pailang serta bernafsu binatang. Kadang - kadang kita tak boleh nak layan orang baik - baik kalau dia buat perangai anjing. I kalau binatang najis mughallazah ni memang pantang sikit. Pantang nampak, Kalau nampak memang bagi penyepak. Tapi nasib baiklah tak ada depan mata.

Orang Jawa ni kan sebenarnya orang yang peramah, hati dia lembut dan baik walaupun kadang - kadang mulut orang Jawa macam puaka terbiar sikit. Orang Jawa ni caring dengan kaum manusia yang lain, ringan tulang, kelakar. Hemsem - hemsem dan cantik - cantik. Ehem. Tapi, pantangnya orang Jawa ni, dia jangan dicabar, jangan dimalukan, jangan dihina. Memang siaplah kau kalau tak muntah darah, mati berdiri lah tak pasal - pasal. Bukan semua orang Jawa macam ni eh. Ada segelintir je. Janganlah pulak rasa takut nak bersuamikan / beristerikan / berpakwekan / berawekskan orang Jawa. (T__T) Sebab bagi orang Jawa, maruah ni benda sensitif, jangan dibuat main. Terlajak perahu boleh diundur, eh adoiiii buat kelas tambahan bahasa Melayu pulak!

Ada orang kata I suka menagih simpati kat blog. Menagih simpati. Wowww! Ehem simpati kaukah yang aku tagih tu? "Lepas ni jangan lupa publish kat blog. Kaukan suka menagih simpati. Best kan bila ramai yang kesian kat kau" Serious kalau kau depan mata aku memang aku lempang muka kau pakai kasut mahal aku. Tapi itu kalau kau depan mata akulah kan. Tak sangka pulak kau suka baca blog tagih simpati aku ni kan?Ni mesti senyap - senyap follow blog aku anonymously.Terharu aku. Thanks weh! Habis kat blog kau, kau tulis pasal apa? Sorrylah aku tak ambik tahu kau canang pasal apapun kat blog kau sebab kalau blog tak tagih simpati memang aku tak blogwalking. Tema hidup aku sekarang "Mari Menagih Simpati"

Sis Izzati pesan " Yat, jaga aib orang. Nanti kat akhirat Allah jaga aib kita" Pesanan yang mudah. Sebab tu, tiap kali aku terasa macam nak publish je cerita kau secara besar - besaran kat blog aku ni, aku fikir dua ratus juta kali. Berbaloi ke? Apa aku dapat? Bertambah pahala aku? Tapi seriously memang hari ni I dah hilang sabar dah. Hilang benteng - benteng pertahanan membanteras kuasa jahat. Manusia biasa macam I mudah lalai dan leka. Yup. hari ini I hilang pertimbangan.

Say hello to Voodoo world.
 So kalau lepas ni tiba - tiba je sakit perut, muntah darah, perut buncit...muhasabah diri ya!












Eh! Berapa ramai orang yang percaya I buat betul - betul angkat tangan!!!?

I'm just kidding-lah! (^___^)

Kot?


Dah. Babai!

14 comments :

mieyza said...

erkk. seram sungguh baca entry ni..:)

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaHahahaha takde maknanyaaaaaaaaa!

Puan D0T said...

sabar kak.. org jeles mmg cam tu..
die minx simpati akak plak ek??
tak malu betul anon tu!

Cik Puan Bunga said...

@Puan D0TArghhhhhh Dot, kau panggil aku akak Dot?? Terasa tua I! uhuhhhhhh!

Naddy said...

aku percaya....ko kan jahat! hahaahahahaha

hahaahahahahahaa ignore beb ignore...... mari kita bullshitkn org2 yg mcm ni... bia die sakit hti lalu mati!

lalink7 said...

uihh..entri ini makan dalam betul ek cik puan bungee...heheheh..besabo la bebanyak...lepas nie akan ada banyak lg tohmahan...tul x? mulut org mane leh tutup..kalau leh ttp mesti aman dunia..heheheh..kan?

nur easy said...

org jawa kan baik lg comel n sabar kn...;)

Cik Puan Bunga said...

@Naddylepas ni confirm kata aku menagih simpati! cis!

Cik Puan Bunga said...

@lalink7Yeppp sungguh betul sekali! (:

Cik Puan Bunga said...

@nur easyInsyaallah. aminnnn! (:

rainbowskittle(fain) said...

cucuk orang tu laju laju ! hiyyaa hiyaaa

Cik Puan Bunga said...

@rainbowskittle(fain)Yeahhhh!

Naddy said...

ni malaun yg mane ni..byk sgt la....yg baru2 ni ke????

Cik Puan Bunga said...

@NaddyTidak syak lagi!