Friday, January 21, 2011

Dengan Ini Saya Terima Cabarannya Menjadi Guru Pendidikan Jasmani!

Cakap dengan nada macam Polis Angkasa Gaban yang baru sahaja membanteras kejahatan Gorgom. Apa? Tak kenal siapa Gaban? Google lah babe! Dulu kalau orang tanya siapa BF I, I akan cakap "Gaban"Haha. Eh kenapa lari tajuk?=.="

Semasa hari pertama I mendapat jadual kelas lepas tu ternampak je perkataan PJ / PK tertulis dalam jadual terus rasa macam dunia gelap seketika. Maknanya I bukan lagi hakiki mengajar English.Adoiii! Wehehhh ni siapa prank I saja je nak bagi I ajar subjek paling tidak digemari di alam semesta ni?=.=" Seumur hidup tak pernah bersenam, dengar saja perkataan SENAM terus meggeletar satu badan, urat - urat rasa sakit secara tiba - tiba, terus rasa nausea, nak tercirit dan sebagainya. Ini tiba - tiba pulak diberi tanggungjawab mengajar subjek yang terpaling terbenci di abad ini. WTF!

Tapi... yaaa ada tapinya! Hero hindustan pantang mengaku kalah! Terus mengenggam tangan kanan dan menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" Yehehh! Bring it on, babe! Tapi sekejap jelah keazaman tu sebab bila memikirkan diri sendiri takde pakaian sukan yang lengkap, terus rasa down semula! =.=" Suami tempat meluahkan rintihan hati, suami jugalah tempat peminjam wang tidak berlesen bila belum gaji untuk mensponsor pakaian sukan. Suami, gaji nanti I bayar ya! T__T" Balik sekolah petang tadi rasa terharu dan terus bersemangat Hang Tuah bila nampak ada 2 bungkusan Al-Ikhsan dalam bilik.Suspennnn! Tak pernah seumur hidup ada beg plastik Al-Ikhsan dalam simpanan.Apakah??

Suspennya! Apa isi?Jejaka kacak?

Wahahhh! Suami belikan kasut sukan dan pakaian sukan! Memandangkan tahun ini rumah sukan I warna merah, suami belikan semua pun warna merah! Yayyyyy!

Ini sebenarnya kasut badminton. Boleh ke buat jogging? Tadi kawan - kawan FB kata tak elok untuk kesihatan kaki. Tapi kasihan sebab suami dah belikan. Mereka nasihatkan : BEDAL SAJA. ROSAK, BELI BARU! =.="
Alah comelnya belikan baju warna merah!

Terus rasa bersemangat nak mengajar PJ. Bila PJ bila??Yehehhh next week siaplah semua anak - anak murid I! Kita bersenam sampai lebam!! Oh nak beli wisel, boleh?? Teruja bila suami kata tahun ni I penuh semangat nak buat sesuatu. Tak macam dulu. Dulu hangat - hangat tahi ayam saja. Mintak - mintak kekal lah sampai habis tahun. Huhu! Bak kata seseorang : You have to prove that you worth it. Insyaallah! =.="

Mana tau, bila jadi cikgu PJ ni boleh kurus??Kihkih! Harapan!

Dah. Babai!

4 comments :

nur easy said...

semua kan ada hikmahnya..;)

Wan Anis Sorfina said...

cute laaa your husben, eh, jgn slh faham ye, maksud sy cute buat surprise belikan brg2 sukan sume2.. ouhh.. !!!
sy kawen cikgu sukan pun, mimpi je laaaahhhhh cikgu sukan tu nk bwk bersukannn.. tunggu budak kecik ni besar sket, nk bwk teman berjogging...

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAlhamdulillah! (:

Cik Puan Bunga said...

@Wan Anis SorfinaAkak dah slim melim sooooo takpayah bersenam pun takpe! (: hihi! syok ada teman jogging heh?tgu adam besar sikit maka saya akan berjoging dalam rumah kejar adam! ahahaha!