Thursday, January 27, 2011

Saya Suka Hello Kitty Lah! Siapa Sayang Saya Boleh Beri Saya Hello Kitty!

Apa perasaan kalau sampai je sekolah tengok atas meja ada benda nauzubillah comel? Nak meraung kegembiraan ke atau nak buat tarian poco - poco tanpa muzik? Keji sikitlah kan orang tua suka Hello Kitty, dahlah super keji sebab cintakan pink kan. Adoi. Sabar ajelah. Weheyyyyy siapa letak benda comel ni atas meja weh?Mengaku sekarang supaya I boleh bagi ciuman kasih sayang. =.=" Adoi pervertnya sikap! Dahlah begitu memahami sebab faham - faham je I minat Hello Kitty secara diam - diam.

Mana tahu ni I suka Hello Kitty dan bulu - buluan?Auwwww!
Lepas tu ada sorang makhluk ni tersenyum tersipu - sipu. Elehlehhhh comelnya perangai! Tak cukup dengan tersipu - sipu dia jeling - jeling pulak! =.=" Eitcehhhh! Thanks Tikaaaaaa! Tengok tulisan pun dah tau tulisan kaulah kan sayang kan kan kan? =.="

Posing manja gitewwww!
Dah dah jangan minta petua muluskan wajah. Propa je semua ni. Photoshop!
Thanks Tika yehhh. Nanti belanja kau makan ye sayang ye. Kita dua je. Jangan ajak Mel. Kehkeh. Tak ah Mel gurau weh gurau! I kan kawen 2, kena ajak dua - dua gundik I dan layan secara sama rata. =.=" Eh korang, dah berapa kali I sebut pasal Hello Kitty dalam post - post lepas eh? Errrr tak faham - faham? Mehlah bagi I Hello Kitty barang seketul dua. Wahkakaka!

Dah. Babai!