Thursday, January 20, 2011

Skandal Jom Berpelukan Makan Bersuapan Dan Dating Bersama!

Auwww manjanya tajuk entry. Azam tahun baru kan nak jadi manja dan super manja. Setiap kali diakhir ayat tambahkan dengan lirikan manja. Olohloh mintak penampar ke apa? Yessssss! Akhirnya kan setelah hampir beberapa ketika I sorang - sorang di sesi petang, Tuhan kabulkan doa I dengan hantar kekasih lama I kembali berkhidmat di sekolah dan yang lagi best dan teruja, beliau juga di sesi petang! Hoyehhhh! Sayang Tika!

Hari pertama ke sesi petang dia telah mencuri hati I dan menambatnya dengan masakan yang sedap sedunia dan percuma. Sayang nauzubillah kat kaulah girlfriend! Siap cakap "Pukul 4 nanti kita makan sama - sama " alah comelnya! Teringat zaman sekolah rendah makan suap - suap dengan kawan satu kelas. Eh kau bawa bekal apa?Mak aku bekalkan aku nasi goreng. Sumpah comel!

Sedap - sedap semuanya!
Bayangkanlah kan dah berapa lama I cakap sorang - sorang kat sebelah petang, main dengan labah - labah dan lipas kuning, kadang - kadang I berlakon macam di sebelah ada orang (Sebenarnya tiada) ketawa sorang - sorang tsk sungguh menyayat hati tahu. Sampaikan ada orang temankan! Ayohhh seram! Bila Tika ada, umpama cinta lama bersatu kembali. Teruja!

Sedap je si buncit ni makan. Lagi - lagi bila ada kekasih di sebelah menghibur hati!
Inilah tukang beri perut I makan. Sayang meh cium sikit meh!
Kantoi gambar huduh melantak.

Yesss lepas ini bolehlah gembira bila melangkah ke sekolah. Bukanlah sebelum ni tak gembira, tapi lepas ni lebih super gembira. Yayyyyy!

Dah. Babai!

4 comments :

nur easy said...

err bukanke sekolah baru je buka smgu dua ni.. hehe lentik bulu mata cik bunga..comey2

Cik Puan Bunga said...

@nur easyuh uh last year sebelum cuti dah kena pindah petang. huuuuuu! time kasehhhh! (:

-[DeeYA]- said...

owh..sy sungguh terharu dgn entri ini.
♥ ♥ ♥
sayang ko la yatt!
meh calit 10 kali!
^____^

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-nah calit 800juta kali!