Tuesday, February 8, 2011

Batuk, Ujian, Diet. Lagenda Budak Bukan Setan.

Lama dah tak update. Tak sihat badan sikit. Demam + selesema + batuk. Ohokhokhokhokkkkkk! (Effect batuk berkahak.) Weh musim batuk kan sekarang? Tensen! I dah seminggu lebih batuk ni hah. Tekak terasa bagai di garu – garu. Macam ada biawak merangkak – rangkak dalam tekak. Bersabarlah wahai suami sebab tidur malam dibuatnya I terbatuk betul – betul menghala ke arah telinga dia, boleh bocor gegendang telinga. =.=”

Nasib baik sekarang ujian bulanan kat sekolah. Tak payah I nak keluar suara untuk mengajar. Kalau tak mesti confuse anak murid sebab suara I dah macam Mak Nyah auwwwww! Haha apa ke seksinya bergurau - senda dengan suami tapi suara macam Mak Nyah. =.=” Pergi sekolah jaga exam saja, tapi tensen jugaklah kan suasana senyap sunyi tiba – tiba ada bunyi suara hantu garau batuk. Ubat batuk dah 3 botol dah togok ni dah weng weng sikit kepala ni tengok orang pun nampak macam ada 2 bayang je. Mabuk kah? =.=”

Ni semua berlakon je. Padahal pantang cikgu toleh kepala sikit semua pun sibuk meniru! Chettt!
Persiapan pergi perang. Air masak dengan tisu.
Ujian bulanan skrip tak banyak sangat nak di tanda (Urut dada tanda lega. Bukan urut dada tanda gatal ye! ) Sebab ada satu form guna multiple answers punya soalan and yang lagi satu form guna short answers je. Tahniah kepada guru penyedia soalan. Kalau mid – term buat soalan macam ni boleh tak boleh tak? (Sambil buat muka kesian)
Senang bin kacang punya soalan. Kalau tak dapat jawab ikat satu - satu kat pokok ada kerengga!
Eksyen je tebal. Wahaha!
Diet macamana, diet? Ada kemajuan tak? Wahahh si anons – anons mesti mengharapkan I semakin gemuk dan membesar, lupakan saja niat jahat itu sebab I dah turun 1 kg! Wahahaha sekilo ibarat sama berat dengan ayam kampung emak. Tahu ayam kampung? Besar tau! Satu kemajuan ni! Mari lompat bintang sama – sama jom!
Nah ambik gambar annoying. Nampak jerawat sebiji - sebiji.
Gebu tak tangan? Gebu tak?
Chill la rakyat jelata sekalian. Doakan I cepat kurus ye! =.="

Dah. Babai!

6 comments :

wawan said...

Kawan saya kata kalau nak bagi hilang batuk sapu vicks kat tapak kaki then pakai stokin sblum tidoq. Insyaallah esok bila bangun..batuk kurang sikit. Try laaaa =P

cik nur said...

wahh turun 1 kg harap2 pasni berjaya ler turunkan lagi chaiyok2

nur easy said...

i doakan moga sihat sejahtera selalu..;)

Cik Puan Bunga said...

@wawanTerima kasih wawan! *sambil membayangkan sedang peluk wawan*

Cik Puan Bunga said...

@cik nurThanks! satu kilo wehhhhh! hahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTerima kasihhhhh! :)