Wednesday, February 16, 2011

Bersalin Normal?Ceasar?Epidural?Tanpa Epidural?Hebat?Tak Hebat?

Tak sangka, hal bersalin pun boleh jadi bahan. Chill la mommies! Tarik nafasssss, hembus. Istighfar sekali kalau perlu. Setiap wanita kan beza - beza pengalaman bersalin. Confirm tak akan ada yang sama. Allah dah bagi setiap dari kita ni merasa pengalaman bersalin yang super duper tak sama. Depends on kitalah. Banyak dosa ke tak, solehah ke tak, suka pailang dengan orang ke tak. Semua tu masuk dalam calculation yang Allah dah tetapkan.

Persepsi orang :

Bersalin normal : Hebat!
Ceasar : Tak hebat!
Tanpa epidural : Gagah dan hebat!
Dengan epidural : Mengada - ngada! Sakit sikit tak boleh tahan!
Cehsss! Dah jadi mommies pun masih jugak pemikiran still duduk kat lopak lama. Semua - semua pun asalkan dah bersalin, semua pun hebat. Mentang - mentang ceasar dan berepidural, kau kata dia tak hebat. Mengada - ngada. Walaupun memang ada segelintir wanita yang awal - awal dah mengaku "I memang nak ceasar, nak mintak epi. I tak kuasa nak tahan sakit lama - lamalah dalam labor room tu nanti!" Lantaklah kan. Dah duit dia. Biarlah. Yang bersalin normal tu pulak janganlah eksyen sangat. Mentang - mentang bersalin normal, nak keji orang lain kata diri sendiri hebat. Tak baik.

Cuma maybe bagi mommies yang bersalin normal, rasa puas tu lain macam sikitlah kan. Self - challenge. Kita ni kuat sebenarnya. Kita boleh endure the pain and bring out human from that tiny hole. Hebat tak kita? Tak guna kuasa magik pun weh. Tau - tau nahhh sekelepuk anak orang. Yang ceasar pulak memanglah kurang sakit time deliver tapi lepas tu diorang sakit jugak kan, mana nak jaga jahitan, nak jaga makan, nak gerak pun susah. Banyak pro and con mewakili bahagian masing - masing. So janganlah menganjing sesama sendiri. Bukan dapat duit pun. Chill!

I? I bersalin normal without epidural. 100% menggunakan kaedah semulajadi. Berbekalkan doa semua dan restu suami, Alhamdulillah. =.="

Dah dah. Jangan gaduh - gaduh. Jangan eksyen - eksyen. Dah. Babai!

8 comments :

^nanie^ said...

moning kaka bunge..isu ni mmg hot taw..ekceli,klu xle bsalin normal n kena ceasar bkn kehendak kite kn..mcm cousin,ruang pelvis die sempit..so,xle la nk delivered normal..stgh org xphm..kena brainwash depa ni..hehe

mAmAbuDaK said...

eh main ejek2 plak yg branak mati lagi hebat...terus masuk syurga...kalau x de buat dosa laaaa...tapi x bleh elak dr buat dosa bkn nabi pon...

Cik Puan Bunga said...

@^nanie^Sebab diorang ingat kalau bersalin normal adalah super duper hebat. memanglah hebat tapi jangan lah mengkeji yang ceasar. adoiyai!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKBetulllllllllll! Hahhhh kita ni kan mmg tak lepas dari dosa, jangan menambah2 lagi dosa. huhu!~

nur easy said...

alhamdulillah. y penting Allah beri kesempatan utk merasai pengalaman itu, walau dgn apa cara sekalipun.mudah2an selalu diberi kemudahan olehNya. subhanallah, "nahhh sekelepuk anak orang".. hehe

Cik Puan Bunga said...

@nur easyYesss! Tu yang paling penting. Alhamdulillah! :)

Anonymous said...

Saya setakt ni 3-3 beranak normal 100% natural... tp sebenarnya setiap kali nak bersalin mmg nak amik epi... cuma tak sempat pulak...takde rezeki kot... anaesthetist lambat.. dr pon tak sempat sambut... yg ke 4 rasa mmg nak amik epi ... rugi tak amik... belum ada rezeki kot...yeye saya pengecut dan penakut.. sakit wehhh

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.