Friday, February 25, 2011

Buat Jahat Jangan Sekali (Sebab Tu Dia Buat Dua Tiga Ratus Kali!)

Aku banyak tengok orang buat benda - benda jahat depan mata aku. Yang aku pelik, bukan orang yang terang - terang jahat yang buat jahat. Orang yang buat baik nilah yang selalu jadi jahat. Ustazah tempat aku, terang - terang buat kerja jahat!

Terus I jadi terkesima.
Sabtu ni ada sambutan maulidur rasul kat sekolah. Dengar cerita ramai yang nak boikot. Katanya sebab masak nasi minyak tak guna minyak sapi, tapi guna minyak burung unta. Chill la kawan - kawan. Jangan boikot - boikot nanti tak meriah majlis yang kakak susah payah aturkan.

Akhir - akhir ni semua orang emo. Nak ajak bergurau pun tak boleh. Lagi - lagi kalau sebut isu kelas tambahan masa cuti. Semua dah siap pasang kuda - kuda nak belasah orang. Chill la kawan - kawan. Kalau taknak buat kelas tambahan tak payah buat. Kalau kena marah dengan pentadbir, tadah je telinga, ke buat - buat nyanyi lagu To'Ki ke. Paling koman pun kena buat surat tunjuk sebab. Setakat kena nganjing dua tiga round tak jadi kudis punyalah. Chill!

I rasa sekarang kat sekolah ada satu group sudah bengkeng dengan makhluk dwarf. Tunggu masa nak tunggu di simpang jalan dan pukul ramai - ramai. Cuma takde orang berani takut kena inject dengan ubat mandul kucing. Dahsyat. Pesanan penaja ringkas : Hidup Bahagia Takpa Hasad Dengki. Oh tapi kadang - kadang ada sesetengah orang yang jenis kalau kita nasihat makin galak dia buat kerja - kerja setan. Kalau nak mujarab cepat kita pelempang dia sedas dua. Insyaallah tak nakal lagi dah. Jom cuba?Kalau dwarf tu kacau hidup I, I berazam nak lempang dia. Boleh tak?

Cikgu sekarang semakin 'funny'. Haih.

Dah.Babai.