Tuesday, February 1, 2011

Give Away Tamat Sudah! Sekarang Nak Cari Pemenang Wehh!

Berakhir sudah GA perasan best yang I organize selama berminggu - minggu yang lepas. Alhamdulillah sambutan sangat best daripada rakan - rakan blogger yang super cool semua! Calit sikit yok kawan - kawan! =.=" Terima kasih diucapkan kepada semua yang join! Alhamdulillah dapat 21 penyertaan! Siap ada yang last minute weh! Saspen betul! Tapi berjaya hantar!! Tepat entry terakhir!Yayyyyy! *Lompat bintang*

Sekarang ni nak print outkan semua entry - entry tu dan sesi brainstorm bersama juri - juri pun akan bermula. Juri - juri siapa? Haaa nanti masa sesi pemilihan pemenang diadakan I akan buat satu entry khas okeh? =.=" Wah budget macam anugerah Bintang Popular pulak kan? Sabar ajelah! 

Macamana I pilih pemenang?Senang saja! Siapa ada abang / adik kacak terus jadi juara! Eh tak tak. Pemilihan pemenang adalah sangat telus. I takkan berat sebelah dan secara langsung tidak akan terlibat langsung dengan pemilihan pemenang. Semua jatuh bulat - bulat di tangan juri - juri. Tonggang terbalik pun juri punya kerja tau! Kalau tak puas hati pergi ligan juri tau! Jangan babitkan I!=.="

I cuma sediakan kriteria pemilihan pemenang saja ok. Kriteria yang dijadikan kayu ukur (Cehhhhwah! Kayu ukur!) adalah seperti berikut :

  •  Entry bukan entry merepek. Tak lari tajuk. Menjawab dua soalan yang dikemukakan.
  • Tidak menggunakan bahasa yang super annoying.
  • Tidak menggunakan ejaan short form yang melampau annoying. Sikit - sikit bolehlah.
  • Susun atur entry sangat penting. Kalau boleh smooth je nak dibaca. Kalau kejap kecik kejap besar eh memang annoyinglah eh!
Haa tu jelah kriteria - kriteria nyer. Takdelah demand mana pun. Haha. Uffff nervousnya nak umum siapa juara! =.="
Oh ada satu berita yang tak tau nak kategorikan sebagai badnews atau tak. Hadiah Skin Food Mask tu terpaksa ditukar kepada hadiah Skin Food Gift Set macam kat bawah ni ok? Sebab Skin Food Mask tu seasonal produk, lepas musim krismas terus takde jual. Penat je I datang kedai dia sambil buat muka comel, rupanya dah habis jual! =.=" I gantikan dengan hadiah ni, jangan risau, harga dia sama tau! =.=" Dah dah jangan nak baling I dengan ubi kayu!

 Hadiah Pertama Gift Set Skin Food (consists of Orange and Mint Body Wash + Aloe Vera Face Cleanser + Carrot Sunblock SPF 30++) + Diary Skin Food (Mengandungi rahsia - rahsia dan tips - tips kecantikan menggunakan sayuran dan tumbuh - tumbuhan. Very informative!)
 Hadiah Pertama Gift Set Skin Food (consists of Orange and Mint Body Wash + Aloe Vera Face Cleanser + Carrot Sunblock SPF 30++) + Herb Salad Mask Sheet

Takpe eh? Takpe eh? Takkan I nak paksa dia hasilkan lagi Gift Set yang scrub + mask kan? =.=" Hadiah yang lain tetap sama dan tidak berubah! Yiehaaaaaaa!
So nantikan siapakah pemenang - pemenangnya okay! I akan umumkan pada 7hb Feb 2011! Tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Dah. Babai!

No comments :