Thursday, February 17, 2011

Hey Nama Aku The Rock. Siapa Tak Panggil Aku The Rock, Aku Belasah!

Cehlehhhhh nak belasah orang konon, tapi dengar lagu Nasyid sikit dah meleleh air mata! Eh tapi betulllll! Dulu kan pompuan yang poyo - poyo minat Hello Kitty ni, siap minat pink lagi neh, dulu kan dia sukaaaaa sangat dengan Wrestling. Obsess tahap dewa - dewa dengan The Rock. Wehehhh kau cakaplah apa je pasal The Rock, semua I tau! I ada T-shirt dia, ada VCD wrestling, tiap - tiap season I ada, lepas tu ada sountrack CD dia, ada kaset dia, eh macam - macamlah! Masa tu I form six tau, pergi sekolah samseng gila sampul buku rujukan ada gambar The Rock siap tulis kat buku "Buku ini adalah kepunyaan The Rock"
 
Lepas tu budget diri sendiri samsenglah konon kan (Pengaruh TV kan!) jalan ni mana ada nak jalan macam manusia normal, dada kena meninggi, terenjut - enjut semata - mata nak bagi effect ganas. Muka kena bongkak. Entah hape - hapelah kan. Rosakkkk rosak pompuan ni! Masa tu kawan baik I si Naddy terpaksa redha jelah kan ada kawan konflik identiti macam ni. Huuuu! Sampaikan abang - abang senior panggil I "The Rock" Kahkah bodoh betullah kan. I lagi bangga dikenali oleh senior sebab perangai cacat perasan The Rock daripada dikenali sebagai freshie ayu yang jelita nan membuatkan jejaka terpesona. *Muntah*

Kekasih pada ketika itu ehem suami I sekarang ni pulak faham minat gf dia yang tak berapa nak betul ni, tiap - tiap bulan belikan I VCD wrestling. Nanti I tengok ramai - ramai dengan abah and ada sorang pakcik I. Bergasak tengok wrestling. Kalau bulan puasa, dari lepas sahur terus tak tidur sampai waktu buka gasak tengok wrestling. Gila betul.

I belajar English dari wrestling la. Kan sebelum lawan kan mesti ada bebel - bebel dulu kan. Haa dari situlah I belajar speaking. Kahkah. Belajar mencarut pun dari situ. Paling kelakar masa MUET ujian writing buat ucapan pembukaan boleh tulis apa yang The Rock cakap sebelum dia start lawan. Kahkah. Terus MUET dapat band 4 sebab bongok! Haha!

Semalam, kawan I masa form six tiba - tiba share link kat wall FB I.

Tsk tsk. Terinagt kenangan lama. Huuuuhu!
Haha sengal kau Sapix, terus aku teringat dolu - dolu wehhhh! Haha! Alahai malu betul bila kenangkan macamana I pada masa tu. Gila terencat kalau fikir - fikir balik. Memang terasa macam nak sorok muka dalam baldi!

Tarik nafas. Lepas.

Nasib baik sekarang I dah ladies - ladies gitu. Auwwwww!








If you smelllllllllll what the rock is cookin'!

Oh by the way The Rock dah kembali dalam wrestling! Yeahhhhh! Eh oopsss!

Dah. Babai. Jangan mengkeji!

9 comments :

nur easy said...

fuhh..nasib baik dah kembali ladies..;)

Miss Tasantek said...

kalau kau minat mesti kau obeses abis..
dulu minat player badminton, then x factor (smpai majalah aku ko gunting2 amik pic fendi tuh..)
erm..ape lagi eh..
ha...westlife..
lagi2...erk..tak ingat. :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHahahah tuhlah nasib baik dah berubah ada!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekBagussss bagussss kau memang sepupu sejati! kehkeh!

KatekateKite said...

hahaha... sungguh tak kusangka kakak bunga ni dulunyer peminat wrestling! hik3....

Anep Cenation said...

encik rocky suda kembali ! !

tapi sy maseh cenation . hahah !

u can't see me ! !

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteKahkah sengal kan? haha!

Cik Puan Bunga said...

@Anep CenationBaiklahhhhh wahai cenation! huhu!

Hunny Kitty said...

a hello kitty fan...blogwalking n follow...selamat berkenalan!