Thursday, February 17, 2011

Homaigod! Baru I Tahu Nak Menghargai Bangsa Sendiri!

Bangsa Jawa eh. Tak malu I nak mengaku I ni bangsa Jawa. Lantaklah korang nak kata Jawa totok makan tempe ke hape ke I don't care as long as tak kena mengaku diri sendiri orang Melayu except kalau tick box dalam borang yang terpaksa tanda diri sendiri adalah Melayu.

Orang dulu - dulu selalu cakap kita ni hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Seronok jugak hidup beradat ni as long as tak menyusahkan diri and tak pelik - pelik tak bercanggah dengan Islam kira okaylah kan. I belajar satu lagi benda baru weh. Sebenarnya dah lama tau pasal benda ni tapi dulu tak ambik port pun apa dia sebenarnya kan, tau gitu - gitu ajelah. Details tak pernah haku kesah pun. Huuuu durrrhakaa!

Sempena birthday Adam yang ke 7 bulan semalam, maka semalam emak buatkan satu upacara mencemar duli chewahhhhh! Tak tak jangan sula saya! Emak dah buatkan upacara turun tanah untuk Adam. Turun tanah ni satu ritual / upacara yang orang Jawa amalkan apabila baby – baby genap mencapai umur 7 bulan. According to them (Cehcehceh terus jadi mengada – ngada nak speaking) this is necessary to ensure the baby will be able to walk properly and accordingly. Emak kata, kalau tak buat macam ni nanti anak kau dah setahun pun tak reti jalan lagi. Dulu masa anak Maklong, si Tisyar tu tak pandai – pandai jalan lagi walaupun umur dah setahun lebih, emak terus buatkan upacara turun tanah ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah boleh jalan budak kecit tu. Sampai tak cukup tanah dia jalan!

Upacara ni macam nak memperkenalkan baby buat pertama kalinya kepada tanah. Instead of saying “Hey Adam, ini tanah! Taaaanah!” Nampak macam stupid kan? Jadi upacara ini diadakan sebagai sesi taaruf (Cehwahhhh sejak akhir – akhir ni pandai sebut taaruf!) antara baby dengan tanah. Dengan harapan bila besar nanti baby akan mampu berdiri dengan kuat, berdikari dan menjadi manusia yang berguna. Pehpeh! Dah macam pengacara dokumentari dah!

Upacara ni turun temurun orang Jawa amalkan sejak berjuta tahun yang lepas. Nampak sangat membohongnya tu! Takdelah sampai berjuta tahun yang lepas, beratus – ratus tahun yang lepas. Dalam bahasa Jawa kuno kita panggil upacara ini sebagai Tedhak Sinten. Amacam? Terbelit tak lidah nak sebut? I steady je sebut sebab I hari – hari speaking Jawa dengan emak kat rumah. Kagum tak kagum tak?

Mula – mula emak suruh kumpulkan barang – barang macam buku, pen / pensel, duit untuk diletakkan atas tikar. Reason dia supaya baby tu nanti pilih mana satu antara 3 barang ni. Kalau pilih duit katanya seksok pandai cari duit, kalau pilih pen / pensel maybe seksok pandai belajar, kalau pilih buku mungkin suka membaca. Terpulanglah nak letak apa. Mungkin parents boleh letak sportrim motor contohnya. Kalau anak – anak korang pilih sportrim motor maybe seksok jadi mat / minah rempit? I sediakan 3 benda je, duit, buku dengan pen/ Fuhhh suspen ni agak – agak Adam pilih apakah??

Tak sempat nak capai buku tulis, tercapai buku The Kite Runner. Huhu!
Ini air bunga. Ada 7 jenis bunga dalam besen oldschool ni. Tapi jangan tanya ah bunga apa kan. I ni nama je BUNGA bukan kenal pun bunga - bunga ni semua. =.="
Upacara dimulakan dengan Adam dobot berkaki ayam berjalan keliling besen oldschool berisi air bunga tadi sebanyak 3 kali.
Setiap kali pit stop,emak akan pijakkan kaki dia dalam mangkuk berisi bubur manis. Bubur ni kami panggil Bubur Candil.
Dah siap 3 kali pusing besen, sekarang letak dia atas tikar untuk buat pemilihan. Fuh fuh mintak - mintak dia tak pilih batu terus masuk dalam mulut! Cehceh suspen eh mula - mula pegang buku!
Cehceh ambik pen pulak!
Hahhh! Hambik kau! Pilih duit!

Ewahhh khusyuk anak bujang I main dengan duit. =.="
Lepas dah pilih duit, sekarang emak mandikan dia pakai air bunga tu. Time ni emak macam ada chanting something tapi tak clear sangat. Maybe tembang Jawa lama lah kot. Apa itu tembang? Tembang tu macam puisi la. Sajak ke syair ke.Peh dahsyat kan I punya tahap pengetahuan?
Olohloh comelnya!
Comel jugak!
Eh syok jugak lama - lama tengok gambar bogel kan??
Okeh okeh ini last lasttttt!
Lepas tu emak buang air mandian tadi atas tempat uri Adam di tanam. Uri ni orang Jawa panggil Batir. Batir tu makna dia 'kawan' so bila kita siram air tadi atas kawan kita tu hopefully kita dan kawan kita tadi sama - sama membesar bagai johan! Yeah!
Lepas tu semua pakat - pakat makan bubur candil homemade yang sedap sedunia ni! Nyumnyum!
Sebenarnya kalau nak ikutkan upacara Tedhak Sinten yang real and full package punya lagi banyak dia punya prosedur semua – semua kan tapi emak buat yang basic – basic je mana yang penting je emak buat. Syabas Adam sebab pilih duit dengan pen in the end. Tak taulah kan pilih sebab mata duitan ke hape kan. Redhaaa redhaaa. Mana tau seksok Adam jadi akauntan ke, pegawai bank ke. Possible tak?Tapi nak dapat genetic pandai Maths dari siapa eh sebab I dengan suami dua – dua pun tak pandai Maths. Kehkeh.

Korang kalau nak tau lebih lanjut pasal Tedhak Sinten ni boleh je Google.Mana – mana family Jawa yang still amalkan budaya Jawa ni taulah pasal upacara hebat dan berprestij ni.

Sekian saja kelas budaya Jawa kita pada hari ini. Jumpa lagi di lain kali.
Dah. Babai!

9 comments :

Naddy said...

peh peh peh peh peh...asal aku tak tahu pasal upacara ini..aku juga anak jawa...walapn aku tak pndai speaking!! haiyo...ptut la aku rse cam x msra ngn tanah =p

eiii adam tu bagi aku jela...aku nk geget! geram siak!

mAmAbuDaK said...

duit ngan pen...eh ceti tu...kehhh elok letak payong hitam..sah..sah jd ceti...larikkkkkkkkkkkkssss

nur easy said...

pasni mesti lg pandai sebut, muhasabah, muamalat, munakahat etc..hahaha

alala adam pilih semua.. tertib je rasa. dah semuanya pun pilihan hidup kan.

adam y molat, moga terus sihat n riang ria selalu..;)

KatekateKite said...

kak bunge, kite pon orang jawa tau!
tapi tak pernah pulak tengok dalam femli kite wat camtu....

but, tatau lah kot2 anak buah yang pertama ni mak buat kan?

so, nak tunggu lagi 3bulan lah!

Princess Fantaghiro said...

interesting! babe, mak i pun jawa, nti nk tny dia buat x? hehe..bubur manis tu mcm sedap jer..

cik nur said...

alahai adam comel geram btol bila tang bibir tuh hehehehe

Cik Puan Bunga said...

@NaddyMak kau tak mengamalkan sistem penjawaan sejati! kahkah! thats y kau tak tau!hahaha!~

Naddy said...

hahahah sebab mak aku bukan jawa....bapak aku yg jawa! ahhaah pehhhh agak2 kalau da besau camni leh tak buat lagi????

Cik Puan Bunga said...

@NaddyNgabihkan boreh yo! haha!