Monday, February 14, 2011

Jangan Suruh Saya Lari. Nanti Lemak Dalam Badan Bergegar. Keji Amat!

12hb  Feb yang lepas semua sekolah kat Johor kena buat Larian Perdana Mahkota. Tak pasti pulak kan larian ni untuk apa. Yang penting ia dilakukan serentak diseluruh negeri Johor. Dah jangan keji I cakap I guru tak berinformasi. Masa meeting  tu I tak datanglah. Busy buat preparation untuk Kak Timah.Masa dengar berita kena lari ni rasa macam kena sawan je kan. Apa keslah pulak kan kena lari - lari dah tua *ehem* macam ni kan. Sabar ajelah. Tapi sebab semangat gigih dan motif nak kuruskan badan *ehem* semakin membuak - buak maka dengan sepenuh hati ni jadi redha untuk berlari. Chewahhhh!

Pagi - pagi dah terpacak kat sekolah. Gigih tak? Sebelum lari sempat lagi pulak makan nasik lemak sebungkus dengan milo ais. Wah memang gigihlah kan. Nak lari sempat pulak melantak sampai kenyang. Kehkeh.

Ini satu - satunya bukti yang ada yang menunjukkan I ada lari (Ke jalan?) pada hari kejadian.
Jauh wehhhhh! Pengelola kata kena lari 2.5 km je. 2.5km kehape wehhhh! Rasa - rasanya adalah dalam 5km lari dalam kebun kelapa sawit tiba - tiba muncul - muncul je kat tepi jalan raya. Ajaib tak ajaib tak? Kaki dah lenguh - lenguh, peha dah gatal - gatal, badan dah melekit - lekit alahai mengada -  ngadanya kan. Lepas tu bayangkanlah jalan kat tepi jalan besar, dengan lori ayam hon - hon, kena phewittt phewitt lagi dengan mat - mat motor, perasan muda sekejap, ini dah macam menyabung nyawa ni semata - mata nak menjayakan Larian Perdana Mahkota neh. Alhamdulillah takde yang kena langgar. Cuma kesian group guru yang satu lagi sesat dalam kebun. Kehkeh.

Teman sepelarian I pada hari itu. Baru lari tak sampai 10km dah kurus dah.
Tadaaaaa. Make up I masih tebal walaupun dah berlari jarak jauh. Hebat kan??
Tengok tangan I perkasa weh! Hasil angkat Adam hari - hari. Ini kalau pukul orang neh.
Hari yang sama jugak guru - guru yang lain ada buka gerai kecil - kecilan. Ada yang jual nasik lemak, jual air limau, jual mee, jual mee siput, jual aiskrim. Macam - macam jugaklah, tapi takde pulak gerai jual lelaki kacak. Kalau ada, confirm I dah terpacak awal - awal. Bila kawan - kawan buka gerai, kenalah bagi sokongan moral dan sokongan modal sikitkan. Jangan kedekut. Mari singgah gerai kawan - kawan! =.="

Sedap betul sirap laici Kak Mus. Beli sampai 2 kali! Sedappppppp!
Olohloh comelnya Kak Musssssssssssssssss!
Ini anak I. Percaya tak? =.="
Ini anak Kak Sally. Macam ada iras kan? Kalau kata anak I pun boleh percaya kan? Sopan je budaknya. Boleh ambil jadi menantu ni. Usia bukan penghalang. Cinta itu buta. Ewahhhh! =.=" Baru lari sikit dah sakit - sakit dah otot badan, nampak sangat 'rajin' bersenam. =.=" Sambil nak tunggu waktu balik, lepak - lepak dalam bilik guru, melepek kejap duduk bawah kipas. Panasnya nauzubillah. Sampai je rumah terus tidur sampai petang. Budget dah kurus berapa gram eh setakat lari - lari macam tu?
Dah. Babai!

6 comments :

nur easy said...

ooo kena lari sama ya..hb i cengkelat la gtu ya sbb dia xlari..hehe

Cik Puan Bunga said...

@nur easyLariiiiiiii! Hahahaha! hb u sekolah mana? ;)

nur easy said...

segamat..dia ckp, sapa suruh lari.. apala..hahaha

mAmAbuDaK said...

ala lari cam gitu lemak senyum sinis je...

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKahkah! Siot betullllll!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKPehhhhhhh hinaannnnnn! huhu!