Monday, February 28, 2011

Kau Ingat Seronok????KAU INGAT SERONOK??

Apa?Apa?Kau ingat seronok bila orang kata kau sombong?Kau ingat seronok orang kata kau berkawan dengan orang lain tak ikhlas?Kau ingat seronok terpaksa jadi super duper hipokrit terpaksa senyum - senyum dan melayan baik manusia yang menganjingkan kau, yang mempailangkan kau??Kau ingat seronok??Nak tau apa rasa dia??Rasa taik tau! taik!

Depan aku, kau senyum - senyum dengan lemah lembutnya. Belakang aku kau kata aku macam - macam. Kau kata aku kawan dengan Markonah sebab saja nak bermuka - muka. Kau kata depan kawan - kawan aku, aku kutuk - kutuk si Markonah tu. Tak baiknya kau. Padahal Markonah tu memang kawan baik aku dari dulu lagi sebelum kau kenal Markonah tu. Tapi sebab mulut Puaka Kakak Tiri Mak Lampir tu hubungan kami yang sebelum ni baik tahap cium - mulut terus berubah. Kami jadi musuh tak pasal - pasal. Tapi bila keadaan dah jadi jernih, kami pun dah mintak mahap sempena raya Deepavali yang lepas, macam - macam kau nganjingkan kami ya! Siapa ajar?Kenapa mulut kau jahat sangat?Nak kena tempeleng?

Aku jenis manusia yang tak kisahlah weh kalau terpaksa jadi lone ranger pun kat sesi petang. Sebab geng bas sekolah aku semua kat sesi pagi kan. Takde hal pun kot kalau aku terpaksa memenuhi masa lapang dengan main lipas atau labah - labah ke, cakap sorang - sorang dengan pemadam ke, main dengan semut ke, setakat cerita - cerita yang kat bilik guru tempat meja aku tu banyak puaka ke, hantu kopek ke hantu Kak Limah ke, aku insyaAllah takde benda kot. Aku tak kacau hidup kau. Aku tak paksa pun sesapa datang bertegur sapa dengan aku. Aku redha je hidup menyendiri dari berkawan dengan orang macam kau yang manis dimulut tapi belakang aku kau baling - baling aku dengan taik ayam.Puaka kau lebih puaka daripada puaka.

Pada aku, kau dengan kawan - kawan kau yang jahat sebab buat Markonah macam tu. Suka - suka nak kawan, nak tegur, nak nganjing. Markonah tu pada aku okay je. Kawan yang baik, setakat ni takdelah dia buat benda - benda yang terlarang, takde dia dating peluk cium dengan anak Pak Mat Tempe, takde dia kacau laki orang sampai bercerai - berai, takde ah dia nak menggedik - gedik macam sotong masak lemak. Dia okay je pun. Kalau kau tak suka Markonah sekalipun takpayahlah kau buat cerita membohong sampai macam tu sekali. Baiklah kau pergi main semut bawah pokok dengan kawan baik kau tu. Gila bermuka - muka.

Ah kenapa aku mesti emo dengan isu ini?Macam budak - budak darjah 3 Anggur je. Tak kuasa ah nak emo lebih - lebih. Emo sikit - sikit sudah.

Dah.Babai.Takmoh kawan kau!

6 comments :

KatekateKite said...

hik3.....
sabar jelah kak bunge.
kat dunia ni memang banyak orang suke porak perandakan hidup orang lain! hadoiiiiii...............
depan cakap lain, belakang cakap lain, sebelah cakap lain.
kite diam salah, kite bising pon salah.

(alamak, lelebih plak!hehee)

-----------------------------------

Terbaru! | JOM tengok VIDEO singe gatal + miang! =D

Janganlaaa rendahkan orang lain ;( Jom sama sama tingggi! =D

nur easy said...

kawan2 bermacam ragam..;)

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteDiam pun kadang2 mendatangkan kecelakaan. hadoiiii!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMacam kanak2! :)

mAmAbuDaK said...

eee x suke ah kawan... baik kawan ngam antu kopek..susu segelas...baik untuk tulang....

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKJijik ah antu kopek punya susu kompom dah expired kehkeh!