Sunday, February 6, 2011

Mee Bandung Muar Tapi Yang Cetak Rompak Punya.Haha

Cehceh sejak pandai memasak ni kan asyik nak masak je. Wahaha statement budget macam chef eh? Baiklah jangan mengkeji weh. Sepatutnya korang bagi I sokongan moral dan bahan – bahan mentah supaya I dapat memantapkan lagi skill memasak I yang tak seberapa tu. =.=” Korang boleh apa bagi I ayam seekor ke daging sekilo ke kan lepas tu bagi I perencah segera ke hape. Barulah I akan lebih gigih memasak.

Hari tu I masak mee bandung perencah segera jugak. Chill la, perencah yang home made belum pandai buat weh. Tapi kalau yang segera punya I bolehlah eksyen sikit! =.=” Pagi – pagi buta bangun pagi dengan harapan tangan kejung tak reti memasak ni boleh jadi lembut sikit ke hape kan. Harapan jelah. Gigih weh potong ayam dengan udang. Siap tak kasi sesiapa pun kacau I kat dapur. Emak nak sekodeng sikit pun tak bagi, nanti emak ejek – ejek sakit hatilah.

Perencah segera kena ada. Ini bukan readers bagi eh ini beli sendiri weh.
Daging ayam ni gebu eh? Geram je tengok.
Sebab dia gebu ambik gambar dia dua kali. Pftt!
Perghhh! Gambar je dah menselerakan. Lagilah kalau rasa!
Apa apa??Jangan kutuk kuali hitam eh. Tu sedap tuuu kalau buat masak tu!
Punyalah pro kan tak sampai setengah jam dah siap dah mee bandung. Alahai perencah segera ni memang memudahkan kerja memasak betullah! Sayang perencah segera! Suami bangun tidur je kan terus buat muka bangga sebab dah ready dah mee bandung sepinggan. Siap ada udang besar 2 ekor. Suami kata macam makan kat restoran pulak. Ceh tu puji ikhlas ke perli ke tak dapat ah nak bezakan. Belasahlah janji pagi tu dapat jugaklah kan buat mee bandung tapi takdelah sedap macam orang lain buatkan. Nama pun pakai perencah segera. Takkan nak rasa macam mee bandung Muor yang femes tu weh. What do you expect? Chehhhwahhhhh!
 
Iklan sekejap! Tomyam wehhhh! Tapi bukan I masaklah. Emak yang masak. Haha!

Dah. Babai!

12 comments :

nur easy said...

see.. bakat makin menyerlah tu. macam ni lg 2 bulan boleh la i singgah umah eh.. kan dah teringin mee bandung lak ni. aishh.. mana mau cari

Cik Puan Bunga said...

@nur easyEasyyyyy perencah segera je punnnnnn! Hahahahahaha! Eh mehlah datang rumah! :D

Cik Ila said...

perhhhh..sdap! :)

nur easy said...

insyaAllah..one fine day.bila dah berhampiran di sana ;)

Cik Puan Bunga said...

@Cik IlaHebat! Tengok gambar dah tau sedap! Wahahaha! Tapi agak sedap jugaklah! (:

Cik Puan Bunga said...

@nur easyInsyaallah! (:

-[DeeYA]- said...

♥syabas!anda hebat!!!
sila jgn kembang secara melampau. =p

bila nk bg aku rasa masakan ko ni??♥

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Thanks! Haha! Sabar! Nanti bila aku dah tak guna perencah segera lagi.hahaha!~

Miss Tasantek said...

eh, ari tu bukan aku tengok abg ijal dah siap2 ptong ayam kan??
lalalala...

mAmAbuDaK said...

syabas dan...fuh hebat...ok sket dari aku dulu tengah merangkak mau belajar memasak...sawi kerat2 ambik daun buang batang...apa daaaaaaaaaaaa...

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekTu potong besar - besar. Takkan aku nak masukkan seketul - seketul besar - besar.

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKAlaaaa sama jek kita dua ni! Wakakakaka!~