Tuesday, February 1, 2011

Mungkin Cikgu Tadika Lebih Sesuai Untuk I?Siapa Tahu?

Sebab nampaknya I lebih sukakan mewarna dinding, conteng - conteng, lukis gambar kartun dan lompat - lompat bersama kanak - kanak kecil daripada duduk secara rigid di dalam kelas biasa. I lebih tenang kalau kelas diwarnakan dengan lukisan bulat - bulat yang berwarna - warni. Mungkin I akan menjadi guru yang lebih penyayang? Sebab sekarang ni dah macam guru Ibu tiri yang garang dengan rotan sentiasa di tangan. Nakal? Siaplah!

Oh sejak ada anak kecil, menjadi - jadi betul sifat keanak - anakan I. Pantang nampak benda comel terus nak beli. Keji betul! Mengalahkan budak kecik weh! Yelah, buat masa ni I belum mampu nak sediakan bilik sendiri untuk Adam, dahlah menumpang rumah emak, bilik pula besarnya cuma sekangkang monyet, jadi kena gunakan kreativiti sendiri untuk buat bilik nampak luas dan sediakan ruang untuk Adam. =.="

Lagi - lagi sejak Adam nak hampir 7 bulan ni kan, dia dah boleh belajar benda - benda simple kan jadi kenalah I buat satu sudut untuk Adam belajar. Jadi nanti sambil tunjuk sambil kata "Adam, ini ayam. Adam, ini tenuk!" Tak payah pergi zoo! =.="

Ini sudut binatang - binatang. Baru ada sikit je. Esok tambah lagi. Sambil - sambil tu boleh ajar Adam gunakan jam tu. Ajar 1 sampai 12. Kehkeh. Jimat betul.
Ini apa?Pandaiiiiiiiiii! Burung hantu!
Dalam banyak - banyak haiwan, ni yang paling I suka sebab comel.Kihkih!
Giraffe Adam, Giraffe! Eksyen sikitlah kan ajar anak speaking kan. Sekali keluar "Jirapah!" Cucu jawa. Adoi!
Mana I dapat binatang - binatang ni semua? I beli kat Popular. Banyak weh, ada binatang - binatang, ada haiwan laut, ada fairies. Ala comel - comel semua. Satu pek RM9.90. Kalau nak buat sebagai home decor pun boleh juga. Takde masalah. Comel nak mati semua benda ni. Lepas ni nak hias sudut lain pula. Bila tunjuk kat Adam macam excited pulak anak bujang I yang sorang tu. Excited sebab nak kopek eh eh nak kupas dia dari dinding. Korang kalau rajin buat scrap book ke hape kan boleh je decor dengan binatang - binatang ni semua. Comel seduniaaaaaaa! =.="
Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti teringin nak buatkan Adam bilik and decor sendiri dengan hasil tangan I. Dahlah tak pandai memasak masakan yang sedap - sedap untuk Adam, so dapat hasilkan something untuk Adam pun kira aci lah eh? =.="

Sebenarnya, Adam tak heran kot dengan benda - benda ni. Mama dia je yang excited melampau kalau nampak benda - benda comel macam ni! =.="

Dah.Babai!