Monday, February 7, 2011

Panggil Mereka Gundik Sejati. Cepat - Cepatlah Ikut Jejak Langkah Ku Wahai Gundiks Sekalian.

Annoying tak set masa nak dating di malam hari? Lagi annoying kalau yang set masa itu adalah I! Wakakak. Jangan keji, itu je masa yang I free dan boleh keluar jumpa gundik - gundik semua ni sebab waktu lain I sangat busy plus Adam demam + batuk + selesema so bila time malam ajelah dapat jumpa kan sebab malam Adam tidur awal jadi boleh keluar. Sebelum kena keji lagi sekali, I dah minta izin suami okay untuk acara menggundik ni. Alhamdulillah dia izinkan. dah - dah jangan nak kata suami I bersekongkol pulak biarkan I berkecimpung dalam dunia penggundikkan ni. Buat dosa kering jelah. =.="

Sampai lambai sikit je kan dari waktu yang di set kan rupa - rupanya ada 2 makhluk hemsem dah tunggu dengan eksyennya kat McD. Wadehel Zem kacak kau sekarang dengan rambut panjang paras bahu. Rebonding lagi! Aku ingat Nora Danish tadi. Yang rambut pendek tu yang open table malam tu. Sebab atuk dia meraikan Chinese New Year jadi dia pun meraikan jugaklah dengan kawan - kawan. Bagus bagus. Macam nilah semangat satu Malaysia. Hoyeh hoyeh!

Menu? Set prosperity lah yang sedang hot di McD di kala ini. Ada fries kerinting seksi.
Yuna. Okey bagilah dia peluang perasan jadi Yuna malam tu. Baiklah baiklah.
Ni tangan sapa parkinson neh? Mengaku cepat! Mengaku cepat!
Sejak - sejak gemuk ni I suka duduk sebelah Aloi sebab confirm nampak lebih kurus.
Biasalah kan bila dah jumpa ramai - ramai macam ni jangan haraplah kami nak bercerita tentang isu - isu penting negara pulak kan? Mestilah cerita benda - benda takde faedah diselitkan dengan lawak - lawak biadap yang pastinya melibatkan isu Kem (Kamarul Halim) lepas tu menganjingkan musuh - musuh zaman belajar, keji kawan - kawan yang belum berkahwin, kutuk - kutuk kata I gemuk ah macam biasalah. Borak - borak kosong manusia takde masa depan.

Terbaru Andak dah jadi coach menembak untuk negeri Johor, Aloi pulak katanya dah nak bertukar akhbar, kami yang mengajar ni katanya nak apply kerja McD ke hape kan, tengoklah macamana nanti. Then sambil - sambil makan mesti ada selit cerita pasal Cikgu Husin. Tak faham betullah. Berapa kali jumpa pun mesti isu Kem dengan Cikgu Husin akan timbul jugak. Wehhh lain topik boleh tak weh??? =.="

Khusyuk tengok berita. Kami kan golongan berinformasi.
Alahai.
Blurrrrr! Macam ni kau panggil diri sendiri wartawan, loi?
Sebelum balik ambil gambar mereka sekali lagi. Tema mereka malam itu "Kami Tak Gay Pun Kami Okay Apa"

Then 10.30 malam yang lelaki pun nak balik dah, yang bukan lelaki terus nak cari port lepak yang baru, Terbalik eh? Bukan ke patutnya yang perempuan balik dulu? Biasalah orang bandar. dah biasa sangat night - out macam ni kan. Ni nasib baik je takde night club yang bukak, kalau tak memang dah clubbing dah ni. Perghh terasanya! Kitorang pun terus pergi tempat melepak paling utama di BP iaitu di Dataran BP. Hahahaharunsalimbachik. Tak femes betul tempat lepak. Nak buat macamana, dah ni je yang terpaling selesa yang BP ada. Tempat lain tak tau. Haha kesian betul.

Make up tebal sangat pehal? Tahulah chinese new year! Pfttt!
Sejak dah kurus eksyen nak ambil gambar penuh je. Blahlah weh!
Ole - ole dari Aloi. I kirim mamat Penang handsome sekali ini yang dapat. Tak mengikut arahan kau weh!
Alah gembiranya dua manusia ni dapat ole - ole. Teruja.
Sesi meluah perasaan.
Sesi mengukur size bra. Eh sesi apa ni weh???

Macam - macam kami cerita. Sesi luahan hati masing - masing, dimulai dengan yang dah jadi emak sampailah yang belum jadi emak. Cerita dengan penuh perasaan. Aloi malam tu banyak dengar je dari bercakap. Diam - diam ubi Aloi ni. Jangan dia report kat surat khabar Kosmo! sudah loi! Gegar satu Malaysia nanti weh. Sambil - sambil kutuk perangai manusia yang lalu - lalang, kena ngurat (Yang ni si Naddy tu bangga sangat kena ngurat. Haha.) tengok - tengok dah pukul 12 tengah malam dah. Seramnya! Ni time langsuir punch - in masuk kerja ni. Kena balik ni! Tapi kat dataran ramai lagi manusia, siap ada foreigner bawak tikar piknik - piknik segala, ewahhhh kau ingat hape?

Entah bila lagi pulak dapat macam ni kan? Hopefully next time bila ada waktu terluang dapatlah kita sama - sama macam ni lagi. Korang cepat - cepatlah kahwin, then ada anak cepat - cepat, boleh bawa Adam sekali main - main dengan anak korang. Haha. Harapan.

Sayang korang wehhhhhhhhhhhhhhhhh! =.="

p/s : Sampai rumah pukul 1.30 pagi. Nasib baik balik dengan suami. Tak jadi emak nak membebel. Haha. Haa keji keji! Cubit perut tu baru tau!

4 comments :

Naddy said...

apakah yuna??hahaha aku tak pnh mgaku...tapi klu ko nk puji..aku trima...miahahahahahah


aku suka dgn pic last tu...ukur saiz bra!! hahaahahahahahah best2!


kan kita da cakp that day....aloi n andk yg akan kwen dulu...last baru aku!! aku kan adik! hahaahahahahampeh!

lebiu!!!!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyHahahahahahahahahaha!

cik nur said...

suke ayam atau kambing tapi bg nur dua pn sedap jaa hehehehe

Cik Puan Bunga said...

@cik nurKambing??Mana ada kambing??? lembu laaaaaaaaaaa! Hahahahaha!~