Friday, February 11, 2011

Pink Dan Hello Kitty. Mereka Jangan Dikeji.

Petang tadi bila suami datang ambil I balik sekolah, I nampak dia pakai baju baru. Yayy! Bila suami pakai baju baru maknanya kami nak pergi somewhere lah ni sebelum balik rumah! Hoyehhh hoyehhhhh! Ini sungguh menterujakan! Cepat - cepat kemas buku - buku dengan beg laptop terus berlari - larian comel ke arah kereta suami! Yayyyy nak jalan - jalan!

"Abang pakai baju baru nak pergi jalan - jalan eh?" Excited weh tanya tak sempat cium tangan suami dah buat muka teruja. 

"Taklah. Tadi bukak drawer nampak baju ni paling atas terus ambik pakai. Bukan nak pergi mana punnnn..." Okeh kecewa. Terus rasa nak baliik rumah naik bas. Taknak naik kereta dengan suami. Hampanya rasa macam kau beriya nak makan apam balik tiba - tiba kau mendapati bahawa kedai tutup. Apakah!

Suami gelak - gelak. "Taklahhhh. Gurau sikit pun tak bolehhhh. Hari tu nampak lunch box Hello Kitty kat mana?Jom kita pergi beli."

Dengar je perkataan Hello Kitty terus rasa teruja datang balik. Alahhh bestnya nak beli lunch box HK. Hari tu masa jalan - jalan dengan Kak Sally and Tika memang ada sekodeng lunch box HK in pink. Perghhh comelnyaaaa! Rasa macam mengendap anak dara mandi je rasa sebab sumpah lunch box tu comel! Bila suami ajak pergi beli lunch box tu ehhh memang dah macam mat gian di sorongkan ganja!
Melangkah masuk ke kedai yang penuh dengan barang - barang comel tu, terus I rasa muda empat belas tahun. Terus rasa macam Hai nama saya artis Jepun! Nak semua benda bolehhhhhhhh???!

Selipar Hello Kitty. Comelnyaaa comelnyaaaa. Berdarah hidung! (T__T)
Siap ada bunga warna pink. Weheyyyy comel nauzubillah!
Headrest. Nak letak kat kereta suami dia tak bagi. Dia suruh letak kat kereta sendiri. Sekali lagi Farrel bakal ditata rias seperti gegurl. Auwwww! Sorry skandal!
Ini termasuk sekali dalam set lunch box yang I beli. Comel kan? Comel kan?
Ada food container (2 partitions), botol air, sudu pink, sapu tangan dengan satu tu macam container apatah. Kecik sangat. Tak boleh fikir entah nak isi apa.
Ala macam nak lompat bintang kat situ jugak! Cuma yang tak boleh tahan bila set lunch box tu sekali dengan satu sudu plastik warna pink. Apakah? Okey maybe takkan bawa sudu tu ke sekolahlah kan, maybe akan digantikan dengan sudu lain yang lebih praktikal. Sudu tu errr bagi Adam pakailah kot kan? =.=" Terus rasa happy dapat benda - benda yang I suka. Dari hari tu tidur malam asyik mimpikan set lunch box ni je. Haha. Suami kata semoga benda - benda ni semua dapat mengubat hati saya yang cedera hari ini. Terima kasih suami! =.=" Tak sabar eh nak pakai lunch box ni hari isnin nanti! Yayyyyy!

Malam ni nak tidur dengan semua benda - benda ni! Wahaha. Esok kena bangun pagi sebab esok ada Larian Perdana Mahkota. Aiyakkk kena lari ke? =.="

Dah. Babai.

20 comments :

fathiahRAIHANA said...

wahhhhhhhhh . nak jugak akak :D

nur easy said...

oo seluruh johor akan blari perdana ya..semangat sukan sungguh.


nanti kena review la ya apa y bakal diisi dlm bekas comey tu ;)...

Sue.Mr.Faris said...

comelnye husband akak. ni yg kite tak saba nak ada husband jugak ni ;p

mAmAbuDaK said...

tido ngan lunch box...woho..sila jeles boyprez semua tido kat sopa okes...nnti aku jual barang hello pinky mai lah beli stu kedai...kayo den...

rizwan's sweetheart said...

hehehe... comelnyer sume little stuff tu... little ke? fda pon suka beli benda comel2 camni...

ok2... kamu comel! ahhaha

rizwan's sweetheart said...

eh, lupa... lepas ke komen tadi?

Qaseh dalia adelia said...

anak sis laki kan..jgn suruh dia minat pink haha

bun said...

okeyh, HK memang comel

bun minat gak

abang pun minat pink

waaa, comel sangat

nak satu boleh??


er,sorry nak cakap

anda ditag,meh tengok

http://blueberrybun185.blogspot.com/2011/02/comelkan-aku-senyum-angguk-cepat.html

Cik Puan Bunga said...

@fathiahRAIHANANak? Suruh bf belikan! kikiki! :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyA'ah seluruh johor. penat weh! huhu!

Cik Puan Bunga said...

@Sue.Mr.FarisYessss! nanti suruh suami sue sentiasa peka dengan interest isteri! hahahaha!~

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKHaaa cepat pergi bukak kedai hello kitty! confirm! yiehhaaaa! :)

Cik Puan Bunga said...

@rizwan's sweetheartkan kan comel kan? :)) hihihi! org tua yang tak mengaku tua! haha!

Cik Puan Bunga said...

@Qaseh dalia adeliaQasehhhhh wuuuuuu jangannnn nanti jadi sutun! huhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@bunok bun! :)

cik nur said...

wahh comel comel gila
bukan berdarah hidung jer tapi gedebuk trus pengsan hahaha

Cik Puan Bunga said...

@cik nur Haha wiwitttt wiwittttt! comel kan kan? :)

Nurul Nur said...

hahahaa.... akak bunge sungguh Chomeyl! :D

kite share makanan boleh?? ngeeee~

Cik Puan Bunga said...

@Nurul NurBolehhhh! meh meh jom! ;)

Hunny Kitty said...

suke!