Wednesday, February 23, 2011

Saya Taknak Panggil Encik Bodoh

Tapi Encik memang layak untuk dipanggil bodoh.

Semuanya bermula dengan begitu lancar. Hari yang indah, ayam - ayam berkejaran, monyet - monyet bersahut - sahutan (Tipu) I memandu dengan kadar kelajuan yang berhemah sekali sambil memasang CD Nasyid yang I burn sendiri. Cukup optimis untuk memulakan hari - hari sebagai seorang pendidik terbilang.Tiba - tiba sampai di Traffic light Sengkuang, sebaik saja I menghidupkan signal untuk overtake lane kanan, 3 buah kereta peronda JPJ yang kebetulan lalu membuat arahan supaya kereta kacak I berhenti di bahu jalan.

Dengan perasaan sedikit pailang, I memberhentikan kereta. 2 orang pegawai JPJ dari kereta pertama turun dan berjalan dengan macho nya ke arah kereta yang I pandu. Sambil membuat muka sehabis comel, I turunkan tingkap kereta. Perbualan yang berikut mula mengambil tempat.

Pegawai JPJ : Lesen... lesen!

I keluarkan lesen.

Pegawai JPJ : Ini kereta sapa ni?
Guru comel : Kereta sayalah.
Pegawai JPJ : Ni siapa suruh tampal - tampal semua ni? (Sambil menuding pada interior kereta I)
Guru comel : Takde sapa suruh. Saya pasang sendiri. Saya suka.

Pegawai JPJ tu buat - buat jengah - jengah dalam kereta. Lagaknya macam I ni muka wanted bawa pendatang asing dari Lombok.

Tiba - tiba sorang lagi Pegawai JPJ yang kelihatan agak lanjut usia datang ke arah kereta I.

"Tuan! Dia memandu sambil bercakap dalam handphone, tuan!" Pegawai JPJ yang mula - mula tadi mengadu. Mestilah I terkejut sebab tuduhan tu langsung tak berasas dan kedengaran agak pelik disitu sebab I tak pegang handphone langsung. Handphone dalam handbag. Masa tu I dah mula cari - cari kamera tersembunyi kot - kot ada krew Bang Bang Boom ke Wakena Beb ke lari - lari sambil jerit "Lu kenaaaaaa!" Cis menyesal betul tak solek lebih sikit tadi!

"Ohh pakai handphone ya!" Kata Pegawai JPJ Lanjut Usia.
Guru comel : Eh! Tak! Mana ada saya pakai handphone!
Pegawai JPJ : Awak tau tak, sebab orang - orang macam awak nilah banyak accident jadi!
Guru comel : Masalahnya saya tak pegang handphone langsung!
Pegawai JPJ : Mana handphone awak?
Guru comel : Dalam handbag!
Pegawai JPJ : Ambik. Saya nak tengok.

Masa ni I dah mula rasa ini bukan rakaman cerita Bang Bang Boom ke hape kan. Ini memang betul - betul sibet punya kejadian ni!

Pegawai JPJ : Saya nak tengok last call dia Tuan! (Ceh report kat Pegawai JPJ Lanjut Usia. Dasar kaki bodek!)
I pun tunjuklah kat Pegawai JPJ tu last call I, dari received calls, dialed numbers sampailah ke miss calls.
Pegawai JPJ :Tuan! Betul tuan! Ada panggilan ni diterima 23hb Feb 2011 waktu 12.32am tuan!

Pergggghhh! Masa ni I memang gagal menahan kesabaran, dahlah ditahan tanpa sebab, dituduh benda yang bukan - bukan pulak, lagi satu dah lambat nak punch card, memang saja nak cari penyakit JPJ - JPJ ni!

Guru comel : Encik, dulu sekolah belajar tak encik? Cuba encik tengok kat waktu call tu dibuat, AM ke PM?
Pegawai JPJ Lanjut Usia : AM!
Guru comel : AM tu malam tadi encik! Suami saya call nak belikan saya McD on the way dia balik kerja. Sekarang ni PM encik, PM!
Pegawai JPJ Lanjut Usia : kalau AM kan nanti jam tu keluar pukul 00 : 00?
Guru comel : Itu sistem 24 jam encik! Handphone saya pakai sistem 12 jam!

Nampak dah muka JPJ - JPJ sibet ni dah berubah jadi kelat - kelat. Suka - suka hati nak tahan orang, tuduh lagi guru comel ni pakai handphone masa memandu! Pegawai JPJ Lanjut Usia pun hulur handphone I semula sambil buat muka ketat. Macamlah I kesahkan sangat muak ketat dia tu, tak takut langsung! Sebelum diorang beredar masuk dalam kereta peronda tiba - tiba pegawai JPJ yang mula - mula mintak lesen I tadi cakap "Lain kali jangan pakai handphone!" Pergh! Hati yang dah panas ni terus meletup, I buka cermin kereta sambil menjerit dengan sekuat hatinya "SAYA KATA SAYA TAK PAKAI HANDPHONE, TAK PAKAILAHHH!" Masa tu dah tak kisahkan dah manusia lalu - lalang. Bodoh punya JPJ dah salah tahan orang, bengap pulak tu, nak cover malu saja je panaskan hati pengguna jalanraya yang budiman macam I ni.

Terus kereta peronda JPJ yang 3 biji tu tadi berdesup pergi laju - laju. Dah bengang, macam tulah perangai. Nasib baik I punch card tak merah tadi. Bodoh.

Moral of the story : Jangan jadi bodoh. Lain kali periksa betul - betul. Bila dah salah jangan malu nak minta maaf. Tak mati pun kalau minta maaf! Bodoh.

Dah.Babai!

37 comments :

Cik Odie said...

ehhhh dah buat salah mintak maap lah kan.takde kemahiran insaniah langsung orang2 zaman sekarang.dah tua camtu pon FAIL kemahiran insaniah..boooo~

Chooyaya! said...

pesal tak ludah jerk muka siamang2 tu? panas jerk aku baca. pantek!

miss ANGIN said...

ntah pape je . aishh . mcm mcm . sabar ye cpb .

。+゚o。. Takoyaki . 。o+゚。 said...

kak.. die mmg dengki giler kot!!!
cehh... xpasal2.. sbnr nye nak minx no phone akak.. mcm2..

mmg layak panggil bodoh kite rase

。+゚o。. Takoyaki . 。o+゚。 said...

kak.. die mmg dengki giler kot!!!
cehh... xpasal2.. sbnr nye nak minx no phone akak.. mcm2..

mmg layak panggil bodoh kite rase

Cik Puan Bunga said...

@Cik OdieAhh bertuah sangat spesis2 camtu nak mintak maaf! uh!

Cik Puan Bunga said...

@Chooyaya!Peh kak suuuuuuuuuuu rasa nak ludah jek! tapi takut! haha!

Cik Puan Bunga said...

@miss ANGINSabarrr sabarrrr! huhu!

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Takoyaki . 。o ゚。Geram jek dot! puaka betul diorang ni! pastu takde langsung nak mintak mahap! budus!

KatekateKite said...

perghhhh!!! yang bace ni pon panas ati! ape lagi yang kene! huh.

Mrs. Adnan said...

tu bengong namanya..btol tak?
(ntah2 dia mmg nak mintak no phone tp sebab dh declare ade suami trus sgaja carik kesalahan kita)

Naddy said...

hahaahah aku suka bil akak su ckp "pantek" hahaahahhahha mcm babun...tu smua tu xde kje..sje cr keje...mcm hape tah ...

mAmAbuDaK said...

ceyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....
tuan ni sama bonggok ngan saya lah tuan...hahahahah...esok tumpang kelas ank subjek mate tajuk A clock.... mihahahahah...

Princess Fantaghiro said...

bodoh giler sey!

nur easy said...

wah.. wat overtime ke encik2 itu.

simpletostyle said...

Syabas kak!! sokong tindakan akak.. diorg ingt diorg pkai uniform tu dah kira HEBAT!! berani krn bnr, tkt krn salah kan kak... klo mntk maaf pn, xkn jth MARUAH seorg JPJ!!!

Nadia said...

wah. puas hati dpt prove kan diorg salah! nasib diorg x saje2 made up kesalahan lain pulak. yg hebat tu apehal la sampai 3 kenderaan nak kejarkan kesalahan camtu. kurang kerja la tu..

Miss Tasantek said...

itu bodoh tahap keberapa lah tu..
aku yg baca kau punye n3n i bedebar2 lak weh..
ekceli die nk cari duit tepi tu..
well...
gaji tak cukup banyak nak bagi anak bini makan, kelepet pulak duit org lain. masyarakat tak bodo dah skang, tak juga buta, org2 yg beruniform ni lagi samseng lah~

AizA said...

hahha.. kasihannya...

polis malaysia mmg x leh pakai...
tabik kat akak... wanita kena berani...

cik nur said...

biasa la tuh..bajet jer dieorg tuh bagus2..suka2 main tuduh2 suka buat dosa la tuh.. berkerja jalankan tanggung jawab cari rezeki yg halal dan kerana allah kalo mcm tuh la jalankan tanggung jawab buat dosa lagi ada la huhh

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteMemang panas hati gila2 punya ah. sumpah berbakul2. hambik kau.kambing! uhuh!

Cik Puan Bunga said...

@Mrs. Adnankalau itu reason dia memang bangang kuasa dua. huhu!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyPuaka tak perangai? dah salah taknak mintak maaf.anak harun!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKKahkah bengong kau!

Cik Puan Bunga said...

@Princess Fantaghiroyes! terbongok!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMacam bangang! tak pasal2 kena bodoh!

Cik Puan Bunga said...

@simpletostylePeh! org lain pakai uniform takde nak berlagak macam diorang! pengakap lagi best lah!huh!

Cik Puan Bunga said...

@NadiaDiorang macam nak pergi somewhere kot, alang2 nampak i terus tahan! bodoh bodoh! uh!

Cik Puan Bunga said...

@AizAAiza hahaha jangan marah polis, yang sedang dipailangkan adalah JPJ. kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetul - betul! entah2 lagi teruk pun diorang pernah buat!uh!

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekIngat pakai uniform aku heran?Meme tu hari2 pakai uniform polis, selamba je. bodoh ah! hilang respek aku kat depa ni! uh!

cik aletheea : said...

wah..gile jahat muka ketat org2 uniform itu...ade jugak ek kes mcm tu..
AM ngan PM pun x gheti..ekeke..
btw, garang gile gak ek cik puan nie...kompom muka merah2 tahan marah dan panas maser tue..
x pe..xpe..sabar. sabar..

anis said...

bleh ek guna minyak burung unta? huu. ade jual ek? hee. first time dgr nie.huhu

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Garang campur takut - takut. Kahkah!

Cik Puan Bunga said...

@anisHehehehe takdelah minyak burung unta.kehkeh!

anis said...

hehe ingtkn btol2 ade td. ;p
nk try jgk guna.hehe

Cik Puan Bunga said...

@anisHaha comelnya perangai! :)