Tuesday, February 22, 2011

Sayang Teacher Tak?

SAYANGGGGGGGGGGGGGGGG!! Jawab students I secara berjemaah. Mana yang excited terlebih tu siap ketuk - ketuk meja dengan kotak pensil. Annoying. Memang annoying. Siapa yang tak biasa berurusan dengan kanak - kanak nak melangkah ke alam remaja mesti rasa nak lempang budak - budak ni satu - satu. Kadang - kadang bila you tanya something yang lain, dia menjawab dengan terlompat - lompat walaupun takde kaitan. =.=" Kalau budak perempuan pulak, sambil bercakap mesti nak pegang - pegang, cakap serentak, jerit - jerit. Annoying tak? =.="

Tapi mereka ni appreciative. Walaupun banyak cengkadak. Sabar ajelah. Kalau diorang suka, diorang tunjuk sungguh - sungguh. Kalau sedih, marah, terharu, tunjuk sungguh - sungguh. Untuk sesi 2011 ni, I ada lebih kurang 200 students untuk 5 kelas. Agaknya kalau I tanya sorang - sorang diorang sayang I ke tak, apa agaknya diorang jawab eh? =.="

Sejak mengajar sesi petang, I garang. Kalau keadaan memaksa, I bawa rotan masuk kelas. Takde nak main - main masa belajar. I punya pantang 1 je. Jangan lupa bawa buku. Kalau lupa bawa buku, tadah ajelah tangan. Rotan. Sambil rotan baca bismillah. Niat nak mendidik. Bukan benci. ALhamdulillah, diorang dah faham. Mana yang tak bawa buku, cepat - cepat berdiri minta maaf sebelum rotan singgah kat tapak tangan. Kejam betul. Mana yang tak suka kena rotan, memang berbakul - bakullah menyumpah I dalam hati. Pasrah ajelah. =.="

Tapi, bila dah marah - marah macam tu, kalau terserempak dengan I kat mana - mana mesti panggil nama I kuat - kuat. Ramai - ramai datang serbu nak bawakkan buku la, nak tanya I dah makan ke belum, nak tengok hari ni I make - up macamanala. Tak pulak simpan dalam hati yang semalam kena rotan tu. Lagi terharu bila ada perubahan jadual and ada beberapa kelas bertukar cikgu, muka masing - masing macam cekodok basi bila tau I nak bertukar dengan cikgu lain. Monyokkkkkkk sedunia! Sepanjang masa taknak belajar, tunjuk perasaan ah konon. Semua taknak cikgu lain. Nak Teacher Yat jugak. Elehhhh korang ni. Drama lebihlah.

Student bagi. Budak lelaki. =.="
I rasa seronok pulak mengajar sesi petang. Suci murni je masing - masing. Redha dengan cikgu, tak mengadu - domba, tak komplain cikgu ni best cikgu tu boring cikgu tu sibet, takde takde. Diorang tak tercemar lagi. Hopefully diorang kekal suci begitu. Kalau tak students lain pun, I harap students I akan kekal begitu insyaALLAH. =.="

Kadang - kadang I rasa besar hikmahnya I pindah sesi petang. Hikmah yang bukannya datang dari Pengetua, GPK atau sesiapa pun yang busuk hati dengan I. Tapi hikmah yang datang dari Allah. Hikmah I bersabar. Kot? =.="

Setiap kali masuk kelas, penuh dengan rasa ikhlas. Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Dah.Babai!

8 comments :

Miss Tasantek said...

bukan senang nk jadi cikgu kan..
sebab tu aku tak nak profession ni jadi my top list.
haha..tapi lagi susah jaga orang dah tua ni..
miahahaha...

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekWeheyyyy tak senang wehhhh nak jadi cikgu. Tekanan. uhuhuh!

nur easy said...

ikhlaskan hati ;) cmn agaknya rupa teacher Yat dlm kelas eh? hehe upppss jgn rotan tau. cukuplah sekali 18 thn dulu kena rotan 3das sbb xdtg latihan sukan..tandanya masih bbekas di tapak tangan :( :(

Cik Puan Bunga said...

@nur easyWahhh pernah kena rotan? jangan benci cikgu yg merotan eh. kihkih!

KatekateKite said...

Best bile student bagi sesuatu tanda menghargai kite . . . ;)

Ermmm... ingat lagi cikgu yang selalu ketil kat belakang ketiak bile salah soalan congak. ngeh3.....

Walaupun sakit, sayang sangat cikgu tu!

-----------------------------------

KatekateKite | Jom Timbang Berat Kilo Blog Korang! ^,^

salemaziz said...

teringat lak cigu admath yang suke rotan buntot!!

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteBetul! rasa dihargai sangat2! wohohhh kena cubit sakit wehhhh! uhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@salemazizAiyak! sakitttt! uhuhu!