Monday, February 14, 2011

Seram. Ngeri. Hantu Kopek.Suspen.Darah.Saya Suka Semua. Psiko!

Entahlah eh. Tapi dari kecik memang sukakan semua benda yang berelemen seram. I bukanlah pemberani sangat. Penakut nombor satu nih! Selama hidup tak pernah tidur sendiri. Dah besar - besar ni kalau suami kerja malam ingat apa nak tidur sendiri ke?Sanggup ni bawak Adam tidur bawah ketiak emak. =.=" Lepas tu imaginasi pulak tinggi. Lepas tengok cerita seram nanti mula lah terbayang hantu kopek duduk atas meja soleklah, hantu galah duduk atas keretalah, pocong main aci aci kat tepi tingkaplah.Lepas tu takut sendiri! Padan muka!

Tapi tetap kecintaan pada benda - benda seram tak pernah pudar. Makin mekar dan kembang mewangi. Ceh ayat! Ingat lagi jatuh cinta pada pembacaan cerita - cerita seram masa mula - mula tengok cerita IT kat TV2 entah  dah berapa belas tahun yang lepas. Ingat lagi tak cerita IT?Ala cerita badut saiko yang suka culik and bunuh kanak - kanak dalam pembentung tu.




Ingat lagi?Sumpah saiko!
Start dari cerita ni I mula kenal dengan Stephen King. Siapa Stephen King?Pergi Google sendiri. I minat gila nak mati dengan semua novel - novel dia. Semua saiko nak mati and macam tak logik and menyampah betul kalau terpaksa takut sorang - sorang selubung bawah selimut. Masa kecik - kecik mana tahu nak cari buku - buku dia kat mana kan. Jadi bila dah mula ada boyfriendkan paksa boyfriend carikan buku - buku dia. First buku Stephen King yang I dapat adalah The Green Mile yang kemudian jadi movie yang best  sedunia sampai terasa macam nak mati dua kali!

Ini Stephen King. Saiko yang kacak.
Banyak - banyak author yang I baca (Cerita seram) I rasa dialah yang terpaling terbest. Tak taulah kalau orang lain keji cakap beliau tak best. Pasrah. Tapi pada I beliau memang dewa seram sedunialah. Then bahasa yang beliau guna memang kelasss habis. Oh one more thing Stephen King sangat dewa dalam pen'detail'an. Orang Melayu kata perincian. Sebab tu kalau kata seram tu memang seram betullah sebab dia pandai memperincikan sesuatu tu. Wahhhhh ilmiahnya ayat I! Kehkeh! =.="

Hari tu beli satu lagi buku Stephen King. Lama sangat tak baca buku dia. Asyik baca Sophie Kinsella je kan macam dah hilang pulak naluri keseraman. Pergi Popular nampak pulak buku Under The Dome dalam section Best Seller. Apa lagi, terus rembat! =.="

Pergi sini untuk baca sikit pasal buku ni. UNDER THE DOME
Mulai bulan ni berazam setiap bulan nak peruntukkan sikit duit untuk beli 2 buah buku. Mesti cari masa untuk habiskan 2 buku tu sebelum bulan seterusnya datang. Agaknya memang habit suka membaca ni ada dalam darah Isnin family kot sebab Maklong dengan Makngah pun suka membaca. Embun tengok mood. Kalau buku jiwang sedunia pass jelah kat dia. Boleh nangis - nangis dia baca tu! Tak tidur malam semata nak habiskan novel.

I suka bau buku baru yang dari kedai tu. Sebelum baca confirm cium - cium sikit bau buku tu. Kadang - kadang bau magazine pun I cium dulu sebelum baca. Kenapa eh? =.=" Lepas habis baca 1 buku mesti terasa macam kepandaian dah bertambah sikit. Lagi - lagi kalau baca buku English mesti ada perkataan baru yang I belajar. Bolehlah show off dengan anak murid. Kehkeh.

Nak sangat Adam ada tabiat membaca macam I. Kan bagus. Alah sweetnya kalau dia nanti kehulu - kehilir bawa buku. Jangan jadi nerd sudah! =.="

Siapa baik hati boleh hadiahkan I buku cerita seram. Suka Mak,nyah!

Dah.Babai!

6 comments :

nur easy said...

oo bagus jg ni kalau dgn cium2 buku aka ilmu ni boleh meningkatkan kecergasan akal.. ;)

mAmAbuDaK said...

ceh nakal gila watermark...

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKahkahkah! Takde maknanya! Cium buku sebab saiko! haha!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKBiasalahhh budak jahat! haha!

Nurul Nur said...

kak bunge, saya pon suke giler bau buku baru beli! sangat best! :D

kalau dah seploh org pegang jgn cite lah, nak pegang pon eiiiiuuuuuu...hahahaa....

Cik Puan Bunga said...

@Nurul NurYeahhh ada geng jadi tak saiko sorang - sorang. Haha!