Monday, February 28, 2011

Seronoknya Tengok Orang Kahwin!

Makan nasik minyak yang sedap sampai cirit - birit satu rumah. Taktaulah mana satu yang membikin durja, nasik minyak Felda Redong ataupun Mee Rebus Ali. Puaka betul bila terpaksa berebut toilet dengan suami. Tapi sebab taknak bergelar derhaka cehceh maka mengalah saja =.=" Tapi tetap terasa sibet bila suami sengaja kentut depan - depan.Biahdappp!

Weekend pergi rumah cousin di Felda Redong sebab beliau kahwin! Kawan I main kahwin - kahwin masa kecik sekarang dah betul - betul kahwin! =.=" I rasa ni first time pergi rumah dia sebab rasanya dulu - dulu tak pernah pergi. Jauh laaa dulu abah takde kenderaan nak pergi, takkan nak naik basikal kan pergi sana. Ni dah besar - besar baru nak menjejak kaki ke sana. Cewahhh dah macam orang bandar balik kampung, geli betul perangai masing - masing.

Tengok boyfriend I dua - dua dah siap, tinggal mama terkial - kial nak make - up bagai. Dua - dua dah berpeluh sebab sibuk main wrestling - wrestling. Mama tunjuk rotan suruh behave pun tak takut! =.="

Jauh rupanya nak pergi Felda Redong eh? Jalan nak ke sana pulak sikit punya pailang. Banyak lubang weh! Bukan baru lepas pilihanraya ke? Mintak jalan baru lah weh! Bengkok sportrim! Adam pulak sepanjang perjalanan taknak tidur. Merakas sepanjang jalan, lompat - lompatlah, tendang - tendanglah. Bila dah nak dekat sampai dia poo poo pulakkkkkk!

Maklong, Tisyar,Embun,Emak,Adam.
Lepas makan nasik minyak dengan terujanya (Sebab ada udang masak sambal tumis) terus masuk rumah sambil sesi bersalaman dengan makcik - makcik yang sumpah I tak kenal sambil kenal - kenalkan diri dan acara wajib mestilah acara terjah pelamin, hantaran dan pengantin! Wuuu cantiknya pelaminnnnn! I ajak suami naik pelamin untuk camwhore dia taknak pulak. Kecewa! (T__T)

Cantikkk!
Wajib wajib!
Adam recharge bateri.
Main - main dengan bunga telur orang!
Selamat pengantin baru sepupu! =.="
Cuaca panas terik tak payah nak cakaplah. Sabar jeklah. Nasib baik orang tak ramai sangat masa kami datang. Makan pun boleh makan dengan selesa tak payah nak berebut macam main kerusi beracun. Annoying je kalau terpaksa buat macam tu. Adam pun tak berapa nak nakal sangat cuma dia sepahkan kuih kat dalam rumah pengantin. Tu je. Takdelah nakal mana pun. Huhu. Tak sempat tunggu pengantin sanding sebab masing - masing dah ngantuk sangat - sangat. Nak tidur. Hahaharampunyaperangai!

Tsk. Terpaksa balik. Kesian suami I. Sampai tertidur - tidur kekenyangan kepenatan. Maklumlah. Suami I night - rider. =.="

Selamat pengantin baru Inor and Shah! Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu cicit seduniaaaaaa! Kau cantik sangat. Kurus pulak tu. Siot je aku gemuk sorang - sorang.

Dah.Babai!

4 comments :

KatekateKite said...

ahaks! memang seronok tengok orang kawen! akak bunge takpelah, dah merase kawen,hahaha...kite lagi lah, tengok orang kawen, gatal kaki nak cepat2 masa berlalu nak nek plamin gakkkk...huhuhuhuuu......

nur easy said...

pelamin, pengantin, tetamu n bunga telur dah ok.. tapi dimanakah nasi minyaknya?? heheh

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteApa lagi cepat2lah naik pelamin! jengjeng! :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyNasi minyak dalam perut! kehkeh!