Friday, February 11, 2011

Suami Dan Sabar. Sabar Itu Indah.

Pagi - pagi lagi dah tunggu suami balik kerja. Sampai tertidur - tidur sebab suami balik lambat sikit hari ni. Dia singgah rumah emak. Bila dia sampai rumah, terus I ceritakan apa yang merobek jantung dan mencacatkan sikit rasa kegembiraan I sebab majlis persaraan Kak Timah dengan jayanya. Okeh I kalau bercerita dengan suami memang lengkap dengan body gestures tangan bersimpang siur depan muka plus intonasi suara mestilah sejajar dengan emosi yang cuba diekspreskan. Puas hati kot dapat luahkan semua dengan dia. Lama dia diam. Perkataan pertama yang dia cakap "Sabar".

"Sabar"

"Sabarlah ni. Kalau tak sabar mesti dah cakap bukan - bukan."

"Sabar itu indah. Siapa yang cakap tu?"

"Entah. Siapa?"

"Bapa Nabi Yusuf!"

"Kenapa?"

Terus suami ceritakan kisah macamana suatu masa dulu Aishah, isteri Rasulullah dituduh berzina dengan lelaki lain then macamana susahnya Aishah nak nafikan benda tu and at last Aishah cuma cakap ungkapan yang pernah bapa Nabi Yusuf cakap. Sabar itu indah.

"Mana abang tau ni?"

"Abang dengar ustaz bagi ceramah kat radio. Sabar ye. Sabar banyak - banyak."

"Yelah. Sabar. Haha" Sambil gelak dengan annoyingnya.

"Biarlah dia. Yang penting kita happy, ada Adam."

Senyum.

Terus hati rasa sejuk semula. Ke sebab memang bilik tengah sejuk sangat - sangat sebab pasang aircond kuat - kuat. Ini kalau dapat shopping kasut gantikan heels yang terkopak semalam, mesti I terus gembira seperti sediakala. Confirm punyalah!

Babai!

2 comments :

nur easy said...

sabar itu indah.. alhamdulillah. mmg sabar itu separuh keimanan kn ;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyNak jadi penyabar susah. Nak tahan penyabar susah. haih. bila dapat bersabar memang indah! (: