Tuesday, February 15, 2011

Sudahlah Cantik, Bijak, Cintakan Haiwan Pula.

Bukan. Bukan I lah. Tuuuu I cakap pasal Lisa Surihani yang kat iklan dalam radio tu. Ala iklan dia cerita dia bawak balik binatang balik rumah tu. Dia mandikan, dia bagi makan semua - semua tu. Bestnya jadi binatang dapat suruh Lisa Surihani mandikan. =.=" Korang ni pantang betul I keluar statement puji diri sikit mesti nak keji. =.=" Tapi kalau nak kata I cantik, bijak dan cintakan haiwan pun boleh sebab matching jugak kriteria - kriteria tu semua dengan I! (Kelip - kelipkan mata)

Hari tu tengah jaga exam dengan seriusnya tiba - tiba ada bunyi suara anak kucing. Tengok - tengok rupanya ada anak kucing comel tapi kepam duduk dekat dengan meja sorang anak murid I. Alah kesiannya tengok muka beliau yang kudus tu. Kecik - kecik lagi dah terpaksa cari makan sendiri. Comel sedunia tapi kepam. Bila I dok pandang je muka dia atas bawah terus dia datang meleset - leset dekat I punya kaki. Siap panjat - panjat dekat betis I. Euwww habis rosaklah karang baju cotton I! Eh takkk takkk. I tak cakap macam tulah. Pencinta haiwan yang sejati mana boleh cakap macam tu kan. Tak berhenti kucing tu bunyik - bunyik. Alaaa I punya bekal nasi dalam bilik guru. Confirm ah kucing ni mesti lapar. Tengok perut dia yang kerempeng tu dah tau sangat dah.

Lama jugak kucing tu panjat - panjat I punya betis. Syahdunya rasa. Teringat kat Adam. Adam kesiankan kalau dia mintak - mintak makan macam ni kat orang tapi orang taknak kasi dia makan. Nak buat macamana, I takde sumber makanan. Terpaksalah minta dengan anak murid. Paksa diorang keluarkan bekal makanan untuk beri sedikit dekat anak kucing kepam ni. Nasib baik ada sorang anak murid I simpan kerepek dalam beg. Dapatlah anak kucing kepam ni makan.

Alahhh kesiannya. Lahap betul dia makan tak sempat baca Bismillah agaknya.
Tak sampai 5 minit dah licin.
Tengok, baik tak I? Baik kan? Bukan saja sesama manusia dengan haiwan pun I curahkan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya. Kalau korang nak buat I jadi kakak angkat ke, adik angkat ke, sumber inspirasi ke memang sajak sangatlah. Sebab macam yang I cakap tadi, I ni dahlah cantik, bijak, sayangkan haiwan pulak tu. Eh Lisa Surihani.
Dah. Babai!

10 comments :

Naddy said...

hahahaha saya suke kan kucing juga...caya x?

Cik Puan Bunga said...

@NaddyEngkau? *Muntah*

Nurul Nur said...

hahaha.sangat kene ngan tajuk entry nih. Dahla cantik, bijak, cintakan haiwan pulak tu! hik3....

saya suke kucing, tapi kalau kat kedai makan datang meleset2 memang saya TAK SUKE n takkan bagi makanan! huhuhu.. tp kat umah ada bela kucing n syg sgt kat SI TOMPOK tu!

tunang sy plak, tak suke bela kucing, tp pntg ada kucing kat kedai makan, mesti nak bg makanan!

haha.pelikkan? :p

mAmAbuDaK said...

holoh...holoh...holoh.....lisa surihani tu tiru i lah tu...cehhhhhh

nur easy said...

sejuk hati tengok ni..;)

Cik Puan Bunga said...

@Nurul NurHahahahah tak baik betul tak bagi makanan! kehkeh! nasib baik tunang ada back up. huhu!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKKan kan??sibuk je lisa surihani. haha

Cik Puan Bunga said...

@nur easyEitcehhhceh! :)

cik nur said...

mesti kucing tuh lapar sgt sbb smpi kerepek pn dia bedal jgak licin tak smpi 5 minit plak tuh

Cik Puan Bunga said...

@cik nurTercabut gaknya gigi dia. huhu! pelahap sangat! huhu!