Thursday, February 10, 2011

Tetapkan Hati Supaya Tidak Menyumpah Orang. Makan Aiskrim Lagi Best Dari Mengumpat.

Hari ini I penatttttttt sangat. Pagi - pagi lagi I dah ada kat sekolah and sampai rumah pukul 7.30 malam. Dari parking dah dengar suara Adam bergelak ketawa dengan nenek. Hilang semua penat - penat badan bila tengok muka boyfriend I sengih - sengih seksi. =.="

Penat sebab hias pentas untuk Majlis Persaraan Kak Fatimah esok. Kelakar eh tangan macam I ni di suruh hias pentas untuk majlis formal. Dah macam pentas untuk persembahan kanak - kanak tadika je dah gayanya. Dengan kupu - kupu warna - warni berterbangan, siap ada bebola bulu - bulu kat kiri kanan pentas. Lupalah nak ambil gambar. Esok I ambil eh. Sumpah kelakar. Habis nak buat macamana, dah jiwa ni ke arah tadikaaaaa je kan. Mahaplah Kak Fatimah kalau esok terasa macam graduasi tadika. =.=" Tapi memang tp toplah kami buat kan, warna - warni weh. Kelas! =.="

Penat ni perah otak nak bagi pentas yang malap and suram macam tanah perkuburan tu jadi ceria dan memberangsangkan. Peh ayat. Memberangsangkan. Bila dah tengahari, matahari dah terpacak atas kepala, perut pulak dah bunyi - bunyi kan, cacing dalam perut dah mula lapar nak mintak makan, memang tak fokus betul buat kerja memang sia - sialah kalau I teruskan jugak buat kerja, memang tak jadi apa - apa. Kena isi dulu perut baru hati menjadi gembira dan idea menghias datang mencurah - curah. Yeah.

Kebetulan memang nak cari artificial flowers kat Ayer Hitam so paksa Kak Sally jadi driver, kami bertiga terus keluar menjalankan misi - misi penting! Yiehaaaa! Walaupun perut dah lapar berkeroncong dah tapi laksanakan jugak tanggungjawab, terus pergi cari bunga walaupun kejap - kejap stop kedai teddybear la, kejap - kejap stop tengok kedai baju tudung la, stop tengok lunch box hello kitty yang murah sedunia la, last - last dapat jugak barang - barang yang di cari. Lepas dah dapat barang - barang baru pergi makan! Yeahhhhh! Sebab semua pun berdiet, maka kena cari tempat makan yang bebas lemak dan murah sedunia! Kami pergi ke So Fresh di Pekan Parit Raja. Kedai serba hijau yang comel ni menjual makanan sihat and ice blended yang best jugak! Kedainya comel je, pekerjanya pun sorang tu comel, sorang lagi annoying sebab sengal - sengal ambik order. Tepuk dahi baru tau! =.="

Ais krim Kak Sally belanja. Sebab kacang puaka ni lah I batuk macam orang tertelan tenggiling eh. Sibet!
I beli sandwich sardin dengan sandwich ayam. Gila tak semua orang pun masing - masing beli 2 jenis sandwich. Lapar sangat weh. Dah macam hantu lapar dah muka masing - masing tak dapat nak cover lagi dah. Memang kelaparan dah. Suster ngesot pun tak lapar macam ni. Iceblended pulak I order tembikai, Tika order epal, Kak Sally order buah naga. Padan muka buah naga tak sedap! Kehkeh! Lepas tu baik hati pulak Kak Sally nak belanja kami ais krim sorang satu scoop. Nauzubillah sedap betul kalau ais krim belanja kan? Lain macam dia punya sedap!

Tengok! Hantu lapar pertama berjaya di rakam!
Setelah dibacakan Ayat Qursy keadaan menjadi sedikit terkawal.
Muka dah macam belacan. Tahu belacan? Dah jangan komen.
Bila dah dapat makanan terus ceria kembali. Yeah!
Biasalah bila dapat peluang duduk macam tu apalagi mulut pun potpetlah kan meluahkan ketidakpuasan hati masing - masing. Biasalah perangai manusia kan macam - macam, mana yang lari taknak buat kerja, mana yang buat bodoh (Atau memang bodoh) dah tau kerja dia tapi taknak buat, mana yang pandai cakap je tapi taknak buat kerja, ah macam - macamlah. Hati panas betul masing - masing. Ni kami penat - penat buat pentas siapa keji memang free - free makan maki hamun nanti karang.

Diet konon. Makanan sihat konon. Aiskrim tu apa cerita???
Ni kaunter So Fresh. Comel kan? Tahpape je kan buat kedai comel macam tu. Kat Parit Raja manalah ada Tutti Frutti ke Cool Blog ke hape kan, mana yang ada jelah kami redah. Tapi jangan underestimate Parit Raja wehh, semua benda pun insyaallah boleh cari kat sini. Nak cari jodoh pun boleh. Banyak je hah tibet - tibet, vietnam -vietnam bersusun tepi jalan balik dari kilang. Pilih mana satu nak. Nanti anak sumpah confirm muka macam pan asian yang comel.

Comel!
Makan pun kena cepat - cepat sebab banyak lagi kerja belum siap. Belum hias bunga and buat riben untuk hadiah - hadiah. So mulut kena buka luas - luas untuk sumbat makanan dengan sekali tolak je. Memang barbaric habis sifat masing - masing.

Makan tanpa menghiraukan alam sekitar.
Sebelum balik nah ambil gambar wanita annoying satu. Siapa rindu I boleh tatap gambar ini sepuas hati. Esok kena datang sekolah pagi - pagi. Hopefully majlis berjalan lancar tanpa masalah and tak hujan. Fuhhh fuhhhh amin!
Gemuk. Alhamdulillah.

Babai semua!

8 comments :

Amirrah Zawani said...

menarik jugak kedai so fresh tu..
nti bila2 kalo jumpa kedai tu nk try gak lah :)


P/s: ni email saya, quin2plets@yahoo.com.. thanx kak bunga comelllll :)

Naddy said...

gemuk! haahhaaha

nur easy said...

ooo inilah tmpt kegemaran dulu. order ice-fruit. sedap kan. rasa hijau nyamannn je..

Cik Puan Bunga said...

@Amirrah ZawaniTak tahulah ek tempat lain ada ke ta?uhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@Naddyhaha bidaps! huhu!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyyessss tepat sekali! best! sedap! murah! :)

Naddy said...

bidaps tu pe???hahaha

Cik Puan Bunga said...

@NaddyBiadap. Saja nak cover supaya kau tak malu sangat, tapi dah kau tanya, haaaa BIADAP.hambik!