Thursday, February 10, 2011

Tuai Padi Antara Masak. Esok Jangan Layu - Layuan.

Cehhh... tajuk entri! Bersempena dengan majlis yang berlangsung kat sekolah tadi. =.="

Minggu ni boyfriend - boyfriend I terabai sikit ye. Mintak maaf!Lepas tu takde masa nak bergosip dengan emak macam biasa sebab fokus kehidupan dah terlari sikit. Sekejap je, minggu ni je. Sebab 2 - 3 hari ni busy uruskan Majlis Persaraan Kak Timah. Cehhhh nak muntah baca 'busy uruskan majlis' bla bla bla... macamlah kau orang penting kannnn! =.=" Eh tapi seriouslah busylah I, semalam tidur pukul 4 pagi. Gigih kan? Fikir macamana nak hias kereta untuk majlis send - off Kak Timah nanti. Pukul 4 pagi wehhh nak kejut suami macam melampau pulak kan, Adam pulak yang selalunya malam - malam bangun semalam boleh pulak dia tidur lena, takde manusia I nak buat kawan. Nasib baik pagi tadi bangun dengan cool kentangnya pukul 6 pagi. Yeahhhh! Nasib baik tak terlambat! Phewwww!

Alhamdulillah cuaca bagus, tak hujan. Majlis pun berjalan dengan bestnya. Syabas team Kebiru! Project pertama kita tahun ni berjalan dengan smoothnya!

Badan dah bau belacan pun tetap mampu bergaya ranggi.
Okeh. Nampak sangat I manusia yang baik hati. Cahaya keimanan terpancar di wajah. Pada syurga di wajah mu betullah!
Macam biasa, kalau dah namanya manusia, ada je benda yang nak di komen kan. Itu tak best, ini tak best, patut buat macam ni, bukan buat macam tu. Eh hello ingat ini kaunter komplain ke hape?Nak komplain - komplain pergi sana main semut bawah pokok. Tak kuasalah nak layan perangai manusia macam ni. Diberi jawatan taknak, tapi mulut sibuk eh potpet potpet bagi makan kasut baru diam agaknya. Peningkan layan perangai annoying macam ni? Nak lagi puaka bila I hias kereta untuk send - off Kak Timah boleh pulak ada orang kata "Eh ni hias - hias macam ni tak eksiden ke kalau kain ni terbelit dalam enjin?Eh boleh ke hias - hias macam ni?"  Eh tolonglah macamlah I ni bohdoh sangatkan nak belitkan kain dalam enjin?Serious shit rasa macam nak_________________________. Isi tempat kosong. (5 markah)

Hai! Nama saya annoying!
Nak lagi annoying kan, supposedly masa send - off semua guru pun kenalah turun dan bersalaman dengan yang diraikan, manalah tahu kan lepas - lepas ni dah tak jumpa lagi ke hape kan. Boleh pulak cikgu - cikgu ni duduk dengan syoknya dalam bilik guru sedangkan cikgu - cikgu yang lain dah terpacak duduk bawah sinaran matahari berultra lembayung tinggi sambil make up mencair dengan pailangnya. Tunggu 15 minit tak sampai - sampai jugak cikgu - cikgu ni. Perghhh sibetnya rasa wehhhhh. Boleh tak rasa macam nak sembelih orang? Panas wehhhh panasss. Yang lagi buat pailang, malulah kan dengan yang diraikan sebab dia dah stand by tunggu bawah panas,sedangkan cikgu - cikgu yang budget berdarah bangsawan ni duduk dengan syoknya di bilik guru. Memang________________________ Isi tempat kosong. (5 markah)

Alahai comelnya Kak Timah! Letak dalam botol baru tau!
Selamat bersara Kak Timah. Terima kasih untuk segala - galanya. Kenal Kak Timah sekejap sangat sebab I pun baru pindah sesi petang, tapi I tau Kak Timah baik hati sedunia sebab ingat lagi ayat dia pada cikgu - cikgu sesi petang :

"Saya suka kalau cikgu - cikgu berkerja dengan senang hati. Tak fikir masalah. Sebab tu kalau ada masalah kita bincang bersama. Kita selesaikan sama - sama. Cikgu - cikgu senang hati buat kerja, saya pun senang hati"
Bagusnya kalau orang - orang pentadbir yang lain pun fikir benda yang sama macam Kak Timah fikir. Malangnya, kepala otak lain - lain. Harapan.

Jumpa di lain waktu Kak Timah. Bak kata Kak Timah "Jumpa di Facebook ye Yat!" Orang lain cium pipi 3 kali, kenapa I sampai 6 kali?? Sayang I lebih ye? Haha! =.="

Dah. Babai!

4 comments :

nur easy said...

cantik pulak kerusi duduk kak timah tu ;)

Faten Ahmad said...

tak sangka cikgu mase saya form 1 dulu da bersara. huhu. cikgu fatimah memang baikkk !!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyCantik!! kan kan? nak satu pleaseee! haha!

Cik Puan Bunga said...

@Faten AhmadTerbaik kak timah ni! muahhh sikit! :)