Wednesday, March 2, 2011

Bila Kita Ikhlas Semua Benda Dilakukan Penuh Seronok

Malam sebelum hari berlangsungnya majlis Maulidurrasul di sekolah, puas I berfikir satu malam sama ada nak pegi ataupun tidak. Kawan - kawan ramai nak boikot. Kalau I turut serta maka I akan dicop puaka, kalau I tak turut serta nanti kawan - kawan semua mesti memandang I dengan pandangan puaka. Buat salah satu tetap akan jadi puaka. Arghhh! Susahnya soalan! Ceh memang nak mintak penampar. Maka setan mendapatkan kemenangan yang pertama pada malam itu! Ah tak payah datanglah. Tidur lagi sedap! Yieppa yiepppa!

Ceh tak sampai seminit bergembira dengan keputusan memihak kepada setan tiba - tiba Tika sms. Isi kandungan sms yang diterima membuatkan setan dan I sama - sama kecewa. Something happened and I have to come tomorrow. Nampak?Nampak?Terus cakap omputeh. Nampak sangat setan yang merasuk adalah dari oversea. Nauzubillah! Maka esok confirmlah adanya I kena datang juga ke sekolah. Perasaan memang tak ikhlas langsung. Terus sms Oat kata nak tumpang dia esok. Nasib baik Oat baik hati nak tumpangkan. Malas ah nak drive pagi - pagi. Bajet Diva sekali - sekala.

Eh sekali bila bangun pagi (Walaupun lambat) perasaan tak ikhlas tu secara ajaibnya jadi ikhlas. Magik kan?Jangan tanya kenapa lah sebab I pun tak tahu. Ikhlas je rasa nak pergi majlis tu. Maybe sebab majlis ilmu kot?Jadi aura dia lain macam sikit. Walaupun yang arrange majlis tu macam puaka sikit tapi abaikan saja dia wanita itu. Datang semata - mata kerana Allah. Peh.

Tengok! I bertugas bahagian agihan makanan. Tu bukan pic I curi lauk ye!
Sememehnya! Berpeluh - peluh. Maklumlah angkat dulang. 300++ dulang tau kami susun. Ikhlas ni.
Ita dengan sengajanya pegang tangan I. Saja je nak mengundang skandalisme. Auwww!
Muka - muka kenyang lepas makan.Burppp! Alhamdulillah.
Gadis dulang!Kahkah. Nama tak boleh blah.
Nak buat macamana. Dah bertugas bahagian sama. Jadi gambar dia ajelah yang banyak interframe!

Berjaya jugak tunggu sampai majlis selesai. Hebat betul kuasa ikhlas kan. Memang malam sebelum tu malas semalas - malasnya! Unta padang pasir pun tak boleh nak capai tahap kemalasan I. Gila betul. Tapi Allah tukarkan perasaan tu sekejap je. Subhanallah. Amin amin! Bersyukur.

Tak cukup melantak nasik beriani kat sekolah, balik tu makan lagi kat Secret Recipe. Pehpeh. Macam ni kata nak diet???

Dah.Babai!

6 comments :

nur easy said...

bestnya makan ns dlm dulang.. nikmat ikhlas ;)

Naddy said...

i iklhlas sayangkn u tau...


ok blnja i indulgence..maceh

Cik Puan Bunga said...

@nur easyComel je makan dalam dulang! haha!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyIndulgence?wtf! haha!

cik nur said...

yang penting dapat pahala kan ^___^

Cik Puan Bunga said...

@cik nuramin! insyaallah! :)