Thursday, March 17, 2011

Bolehkah Meminta Laptop Baru Kepada ToothFairy Sebagai Rewards Kepada Diri Sendiri?

Kenapa suka membuat perangai bongok dengan meletakkan tajuk entry panjang - panjang? Jawapan I mudah sahaja, kerana ia begitu IN sekarang!Wah lempang saja kalau terasa tak puas hati! (╥_╥) Hai kawan - kawan sayalah manusia yang mempunyai gigi tersihat sedunia! Biasalah bila dah balik dari cabut gigi yang rosak dan menyeksakan I minggu lepas terasa diri sendiri adalah pemilik gigi yang paling hebat! Hahaharunsalimbachik. Akhirnya gigi paling puaka dalam mulut I telah selamat dicabut oleh dentist yang kacak sedunia. Kekacakan beliau telah menambahkan bius semulajadi dan mengurangkan rasa sakit. Wow ajaib betul! Harus datang lagi di lain kali. Sebab lepas ni nak crowning gigi bagi menggantikan gigi - gigi yang telah kembali ke rahmatullah.

Biasalah sebelum pergi memang terasa nak tulis wasiat kalau - kalau I terkorban sewaktu mencabut gigi nanti. Sebab itu paksa suami, Adam dan Embun untuk temankan.Nasib baik upacara mencabut gigi tak mengambil masa yang lama. Tau - tau gigi terasa kebas dan eh dah cabut rupanya!

Nak makan cokelat nak makan cokelat nak makan cokelat!

Sampai rumah terus makan Toblerone.Insaf kan?

Dah. Babai!

2 comments :

KatekateKite said...

tak sakit kan kak cabut gigi sekarang nih! heeee........ kite baru je lepas cabut graham sebijik! bulan lepas.... =p
----------------------------------
Upsssss ! ---> Tolonglah Percaya . . . [ merayu nih ]

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteTak sakit! Best! haha!