Thursday, March 17, 2011

Dengan Ini Saya Mengisytiharkan Saya Menolak Aktiviti Bermalam Di Kem!

Kadang – kadang bila kita dah bersetuju untuk menjadi seorang guru, maka secara automatiknya kita dah boleh gelar diri sendiri sebagai superhero sebab jadi guru ni bermakna kita mesti bersedia untuk menjadi SEMUA. Semua okay! Dan kita juga kena buat benda – benda yang kita tak suka macam tinggalkan family dan tidur dalam hutan yang jauh dari arus pembangunan dan kemodenan. Mukadimah entri kali ni menyayat hati sikitlah kan sebab bila buat kerja secara terpaksa memang ayat – ayat novel akan keluar.

Bila surat tugas keluar dan nampak nama sendiri bertugas dalam hutan untuk jadi pemantau murid – murid yang hadir dalam kursus kepimpinan di Kem Kaizen, Gunung Pulai perasaan mulalah menjadi tak keruan. Nervous tak memasal dan mula nak tulis wasiat kepada keluarga kalau – kalau tak dapat pulang kembali ke rumah, manalah tau kena culik dengan orang Asli ke apa kan. Okeylah, agak exaggerate di situ. Abaikan I. I memang kusut sikit kalau terpaksa tidur dalam hutan. Jiwa kacau. Jiwa kacau. Alam semulajadi memang tak pernah sehaluan dengan I lah! I kena bertugas dari hari Jumaat sampai tengahari hari Sabtu. Ah puaka! Kena skip beberapa rancangan kartun menarik hanya untuk ini. Argh!

Nasib baik Kak Rimah datang membawa solusi ibarat geng wonderpet yang sentiasa menolong kawan – kawan dalam kesusahan. Kak Rimah kata kalau tak nak bermalam dalam hutan pun takpe and boleh balik dengan dia petang Jumaat tu! Yayyyyyyyyy! So takpayahlah nak susah – susah hati lagilah. Wehuhu!

Bertolak petang Jumaat dengan hujan renyai – renyai and perjalanan ke Kem Kaizen yang sedikit membosankan, tapi nasib baik sepanjang perjalanan diisi dengan gossip – gossip liar di sekolah. Best best! Kalau suruh bergosip memang I suka!Boleh tambah dosa lagi banyak!Sampai di Kem Kaizen lebih kurang pukul 4.30 petang terus jadi jakun sebab I nampak ada monyet dua ekor dalam kandang! Comelnyaaaaaaaa!

Ini monyet. Satu lelaki satu perempuan. Gatal! Bila kami datang dia menggesel - gesel antara satu sama lain! Terus kahwin! Cehhh!
Ini emak - emak saya!
Terselit budak jahat seorang di situ!
Jalan - jalan sambil tengok pemandangan.
Budak - budak dah sampaiiii! Eh mana pelajar perempuan?
Haaaaa... baru nampak!
 Lepas budak - budak sampai pihak Kem minta kami minum petang dulu sebelum diberikan bilik  (diorang panggil chalet weh!) Walaupun I tak bermalam tapi terasa nak freshen up sikit sebelum bertolak balik. Kebetulan memang hujan lebat dalam perjalanan jadi bila pihak Kem hidangkan Teh panas dengan karipap baru lepas goreng, apa lagi! SERANGGGGG! Lepas perut kenyang terus bertolak pergi Chalet masing - masing.

Sampai je dalambilik chalet yang dijanjikan, I terus rasa semacam. Semacam tu bukan sebab ternampak pocong tidur atas katil ke atau nampak jembalang dalam almari ke tapi sebab kondisi chalet tersebut yang sungguh mendukacitakan! Cadar tak berganti, dahlah warna putih, bercapuk pulak lagi, then sarung bantal yang masyaallah berpeta - peta, lantai tak bersapu, bilik yang kepam, toilet tak bersih apa lagi apa lagi?Semut pulak buat sarang kat lantai, berhabuk - habuk weheyyyyyyy apakahhh! Meremang bulu roma satu badan sebab terlampau geli - geleman. Mengada - ngada eh budak kampung ni! Tapi serious memang kalau korang tengok bilik tu hmphhhh....

Okeh muka peace yang buat - buat gembira!
 Lepas siap solat Asar tanpa bertangguh terus bertolak balik dari situ, dalam hati melompat - lompat selamat tak payah tidur sana malam tu, kalau tak mesti dah nangis - nangis nak balik.Amin! Sebelum sampai di Batu Pahat, singgah Machap sekejap makan B&R icecream! Kak Rimah belanja wah apa lagi, manusia obesiti ni mestilah suka! Haha!

 World Class Choc + Love Potion. Nyumnyum!
Terima kasih Datin!!!

Sampai rumah pukul 9.30 malam. Baru pergi tak sampai sehari dah rindukan Adam dan suami. Huhu!

Dah. Babai!

2 comments :

sahromnasrudin said...

assalamualaikum cikgu...

salam ziarah dan folo blog ini..

wah!!! bestnya pergi berkhemah..pasti adventure kan

Cik Puan Bunga said...

@sahromnasrudinwaalaikumsalam!
thanks follow! hehe tak sempat merasa adventure pun dah balik rumah semula! kahkah!