Tuesday, March 15, 2011

Dua Belas

Dua belas tahun yang lepas, tarikh ini. Hari ini. Kalau aku tak cukup gatal pada ketika itu, mungkin sekarang cerita kita takkan jadi macam ni. Ah aku akan ingat kisah ini sampai kita tua dan terbongkok - bongkok bersama nanti. Waktu itu mungkin anak cucu kita sudah membesar dan bertambah dengan jayanya. Aku tatkala itu sudah tua, kedut - kedut penuh dimuka, namun satu perkara yang aku yakin kita mampu buat bersama : kita akan sentiasa bahagia. 

Entah kenapa, saat pertama kali aku melihat wajah poyo kau, aku yang ketika itu masih di Tingkatan Empat, selekeh dan tidak punya langsung sinar keayuan, tiba - tiba degup jantung bertambah kencang. Berpeluh - peluh dahi aku yang penuh berjerawat, dengan mata yang masih tak lepas memandang kau yang ketika itu duduk dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan di dalam van sayur abah kau. Dan secara tiba - tiba jugak, seperti diserang oleh panahan asmara hantu gatal, aku berdialog di dalam hati "Aku nak kahwin dengan kau!" Ya. Gatal dan tak sedar diri. Gatal kerana ketika itu aku langsung tak punya wang simpanan untuk meminang kau. Dan tak sedar diri kerana aku ketika itu hanya seorang perempuan selekeh, sedangkan kau?Ah kau amat kacak untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan aku. Ketika itu kau langsung tak memandang aku. Namun, kalau kau nak tahu, di saat itulah aku tahu dan yakin bahawa kau akan menjadi suami aku.

Berbekalkan kebolehan bangang melukis kartun, aku titipkan surat - surat cinta penuh ayat - ayat memikat yang aku tulis indah dengan pen warna - warni yang aku kebas dari teman satu kelas. Kan aku dah kata tadi, aku sengkek ketika itu. Mana mampu aku nak beli pen warna - warni semata - semata ingin menulis surat kepada kau?Kebetulan murid yang duduk dibelakang aku ketika itu amat mudah untuk dibuli. Hanya dengan satu gertakan kecil, aku berjaya memperolehi pen - pen stabilo comel dan pelbagai warna. Sepuluh surat cinta dalam masa seminggu. Aku antara gila, bodoh atau gila + bodoh.

Aku memikat kau tanpa henti. Bila bersolat, kalau dulu doa harianku sesudah solat adalah untuk emak abah, lulus exam dan berjaya dengan cemerlang, kini aku sudah pandai menambah isi kandungan doa. Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkanlah jodohku dan dia. Bukakanlah hatinya untuk diriku, Ya Allah. Andai dia jodohku, permudahkanlah urusannya Ya Allah. Mulai saat itu juga, aku mula prihatin dengan segalanya yang berkaitan dengan diri kau. Nama, hobi, nama sekolah, kegemaran kau, apa yang kau tak suka. Ah! SEMUA! Kebetulan adik kita berada dalam darjah yang sama. Kerja menjadi lebih mudah. Menyumpahlah adik kau kerana terpaksa menjadi posmen setiap hari. Mengutus surat tanpa sesen gaji.

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh takkan kemana. Disaat hati kau diketuk 3 wanita jelita dan rupawan, perempuan ini juga yang kau mahukan. Akulah manusia yang paling gembira.

Dan hari ini, ketika ini, aku masih perempuan gembira itu!

Happy 12th anniversary, suami!
I sayang u, forever!
Dua belas tahun,
Aku masih gilakan kau,
Aku masih jatuh cinta dengan kau hari - hari,
Aku masih rasa berdebar setiap kali kita keluar sama,
Aku masih malu - malu bila kita saling memandang,
Aku tahu aku akan sayangkan kau sampai bila - bila.

Hafizal Elias, kau anugerah terindah pernah aku miliki.
Aku sayang kau! Aku nak tulis surat cinta hari - hari untuk kau!

15 Mac 1999 - Still counting!

Alhamdulillah. Thank you Allah.

12 comments :

A Z R E E N said...

Alhamdulillah. Tahniah akak. Moga bersama sampai ke syurga. Amin.

mAmAbuDaK said...

uyoo dah 12 tahun...dapat adam lewat ye...

cik nur said...

sweer memory kan untuk remember ^__^

qima said...

woohhhh,,giler ah cinta kamu, lagi hebat dr cara elyana pikat suami dia *clap-clap*...kagum..:) semoga kekal bahagia ke akhir hayat..aminnn!!!

miss ANGIN said...

ahhh . so sweet :D

Cik Puan Bunga said...

@A Z R E E NAmin! ;)

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaK12 tahun mengorat. kahwinnya baru 3 tahun! huhu!~

Cik Puan Bunga said...

@cik nuryup! tersangat! :)

Cik Puan Bunga said...

@qimaamin! qimaaaaa lama tak borak kan! :)

Cik Puan Bunga said...

@miss ANGIN:) thanks!

qima said...

lama tak berbloggggingg..nih baru nak active balik sbb kat office fb kena blockk..gagagagagaga ;D

Cik Puan Bunga said...

@qimaselamat berblogging semula! :)