Thursday, March 10, 2011

I Dapat Cek Misteri Weeeewoooweeewooooooo! (Bunyi Effect Music Seram!)

Misterilah kan sebab I tak dapat nak figure out kenapa sekeping cek bernilai RM195.34 dihantar ke alamat rumah siap dengan nama penuh I sekali. Confuse betul. Bila ada nama Prudential Takaful BSN lagilah jadi lebih pening sebab langsung tak pernah masuk benda - benda ni semua. Jadi persoalan utama, apakah tujuan cek ini dihantar?Arghhh buat apa nak pening - pening kan. Ni namanya rezeki. Bukan mencuri. Bukan songlap duit orang, bukan tipu duit orang masuk MLM pun, nama pun nama I kan, jadi anggaplah ini rezeki dari Allah kerana berbuat baik sepanjang minggu lepas. Aminnnnnn! Bulan ni pun sengkek, jadi dah dapat duit ni bolehlah beli baju dua tiga pasang buat pergi sekolah. Yeaaahuuuuu! =.=" Lain kali kalau nak hantar, hantarlah lebih - lebih sikit. Wahaha!

Second time pegang cek. First time masa nikah dulu. Hoho!

Dah. Babai!