Friday, March 25, 2011

Mama Yang Gemuk Sampai Tak Kurus - Kurus, Papa Pulak Yang Mendapat Creditnya! Cis!

Tak puas hati betul! Sepuluh bulan Adam dalam perut I, terboyot - boyot bawa perut yang comel sambil menggemukkan badan sehingga 30kg, I yang terbelahak muntah hijau morning sickness, mengalami perubahan fizikal yang drastik, alih - alih bila Adam dah lahir, Papa pulak yang jadi kesayangan! Kecewa... (╥_╥) 

Adam kalau dengan suami manja betul, kalau suami balik kerja dah tertinjau - tinjau kepala dia cari papa tedybear dia. Belum sempat suami breakfast ke ganti baju ke dah merengek - rengek minta dukung. Kalau dengan suami, memang dunia ni Adam yang punyalah!

Muka bahagia.Ceh!
Tengok muka Adam yang glowing glowing in the dark kalau ada papa.Haih.
Jangan Adam. Jangan jadi Mat Rempit. Walaupun hanya menunggang basikal.
 Sejuk hati bila tengok dua orang boyfriend I ni bergembira bersama. Tak apalah kalau mama dilupakan. Dari jauh pun I dah bahagia bila tengok diorang gelak - gelak sama, jerit - jerit sama, bergurau sama, sebab I tau, mereka saling menyayangi.  (╥_╥)  Lepas ni nak dapatkan baby girl pulak, lepas tu memang langsung ah I abaikan boyfriends I neh. Haha jahat pulak harapan.

Adam sekarang dah 8 bulan dah. Macam - macam perangai pelik - pelik yang dia buat kat rumah. Tapi satu perangai dia yang nauzubillah memang sebiji dengan ehem mama dia adalah kuat merajuk.Apakah! Adoilah anak bujang I ni kalau merajuk mengalahkan perempuanlah! Dengan baling barangnya dengan nangis hentak - hentak punggungnya, siap batuk - batuk nangis macam nak pengsanlah, phewww istighfar banyak - banyak je nak melayan perangai dia. Dah pandai merambat sana - sini, mulut pun tak berhenti bunyi - bunyi. Favourite dia, duduk depan stering. Letaklah situ 4 hari 4 malam pun, takdenya dia nak kisah.(╥_╥) 

Seram betul nak tunggu moment dia having his first step. Mesti I terharu sampai nangis - nangis.

Tengok. Pergi dating. Mama?Main semut bawah pokok.(╥_╥)

Dah. Babai!

15 comments :

Honey Daa said...

hehe sweetnyee mama , papa & adam ;D happy family

Cik Puan Bunga said...

@Honey DaaHye dear! Lama tak datang sini! :)

KatekateKite said...

cantik umah! (eh eh,lari topik lak!) =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteEh tu rumah kakak tu, umah kita umah kampung jek... :))

Asyraf Arif said...

Alaa, rindunya kat Adam. lame tak jumpa. huhu dulu jumpa masa dia tgh tidur. haish! geram tgk dia makin chomel ;p

Lyna Shaari said...

lama tak datang snie.ur son pun dah bsar..comell jek beskal die nek tuw

Puan nadxoxo said...

Haha sama lah dengan Zahin. Kalau Abi dia balik je trus gumbira. Bosan kot tgk muka Ummi je kat rumah haha

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf ArifDatanglah sini. mengada betul. sombong ah mentang2 dah dok kl... hahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Lyna Shaarihai orang femes! hehehehe! :)

Cik Puan Bunga said...

@Puan nadxoxokan kan?kecewaaaaaa... huhu!

mamashikin said...

OO anak babah nih..tp adam mcm muka mummy la..hehhe..eh adam dah boleh ape ek?beza sebulan jer ngn nazra tp nazra lmbat sket..sekarang baru nk belajar merangkak...tp rasanya 2,3 bln lg br boleh kot...

Cik Puan Bunga said...

@mamashikinAdam dah merambat2... and dah boleh berdiri lepas tangan dalam masa 5saat-10 saat gitu. Hahahaha!

Fihan said...

A'ala kak. Muka adam mcam muke akak la instead ayah diaaa. Gene akak kuat lagi. Ehh gene ke jin? Eh eh eh.

Cik Puan Bunga said...

@FihanMuka cam akak eh?yeahhhhh! hahahahaha!

nur easy said...

ala cantiknya bike dia..auntie tumpang boleh tak adam?? ;)