Tuesday, March 1, 2011

Memanglah I Pencinta Binatang, Tapi Tak Suka Suprise Puaka Macam Ni!

Semalam hari Isnin. Orang kata kalau hari Isnin ni bila nak pergi kerja rasa pailang tu lebih daripada biasa. Monday blues kan. Semua pun buat rasa tak cool kentang langsung. Semalam I pergi sekolah lengkap pakai pakaian sukan sebab ada aktiviti SEGAK di sekolah. SEGAK tu macam sesi mengambil / merekod data kecergasan pelajar. Kita suruh dia buat few activities lepas tu kita rekodlah dapatan dia bla bla bla. Bla bla bla disini bermaksud kerja - kerja ni bukan sesuatu yang menyeronokkan macam makan icecream tengah panas ke apa kan. Benda ni memang memerlukan ketekunan yang berpanjangan. Silap hari bulan boleh pitam kau cium bau kepam students + bau tungkik kasut sekolah busuk nauzubillah!

Tepat pukul 12 tengahari bertolak dari rumah, alah sekolah dengan rumah pun bukan jauh mana pun. Macam biasa suami hantar pergi kerja hari - hari. Best. Nanti dalam kereta boleh main peluk - peluk. Menyampahnya. Disebabkan pakai pakaian sukan, kenalah pakai kasut sukan kan takkan nak pakai terompah pulak nanti orang kata I cikgu yang gila. Terus kena kecam. Manusia sekarang bukan boleh tengok kelainan sikit. Tahpape. Masa I sarung kasut sukan tu I rasa macam ketat semacam je. Eh takkan kaki I menggemuk dalam masa 24jam. Sihir apakah yang telah menjadikan kaki I gemuk dan membengkak?Tak puas hati dengan kegemukan dan keketatan secara membabi - buta, I buka semula kasut tu sambil intai - intai dalam kasut tu. Eh, kenapa ada sepasang mata plip plop plip plop terkebil - kebil tengok muka I balik?Makin lama I pandang - pandang tenung - tenung.... YA ALLAH KENAPA ADA AMFIBIA DALAM KASUT AKUUUUU! Terus I campak kasut sukan I jauh - jauh.

Geli wehhhhh! Suami dengan coolnya ambik kasut tu semula sambil dia kitai - kitai katak yang ada dalam kasut I tu, eh boleh pulak katak ni main gayut - gayut kat tali kasut I. Konflik identiti ke hape katak ni, kau ingat kau Tarzan main gayut - gayut?Puaka betul perangai katak sekor ni, puas dikitai pun dia buat selamba kodok dia je taknak keluar dari kasut. Maka terpaksalah suami menggunakan kekerasan lalu dihempuknya kasut tu ke lantai. Toingggggg terpelanting makhluk Tuhan paling lembik dalam dunia jatuh terkelepuk atas lantai.

Sorry beb, siapa suruh kau main dalam kasut aku?Kau ingat kasut aku rumah tumpangan ke hape??
Alamak katak tu pandang muka suami I dengan muka yang annoyed giler - giler. Dia sumpah dalam hati ke hape. Maaflah weh, dah kau duduk dalam kasut aku kenapa?Geli weh geli wehhhh! Badan kau dahlah lembik - lembik! Menggerutu pulak weh!! Sorry eh jangan keji aku dalam hati eh sorrylah kalau kepala kau pening sikit tadi aku lempar kau ke lantai! =.="

Close up dari belakang. Gila nak ambil depan - depan sekali dia melekap kat muka I macamana?Phewww!
Kesian pulak tengok katak tu terpaksa cari port lepak baru. Nak buat macamana, takkan I nak biar dia duduk dalam kasut I. Penyek ah kang!

Janganlah tanya kenapa I buat muka macam ni. I pun tak tau. Ekspresi apa ni?Gersang? =.="

Mintak maaflah banyak - banyak. I memang sayangkan binatang kecuali kau, katak. Ini bukan bersifat perkauman ke hape, tapi kau memang menggelikan aku! AKU GELI KATAK WEHH!
Dah.Babai!

14 comments :

mieyza said...

hahaha!! geli geleman baca entri ni..hikhikhik!

nur easy said...

hehe selamba betul kodok tu. kalau sy sampai sudah la takkan pkai kasut tu lg.. ;)

sicKo^ said...

nasib baik tak penyek katak tu dalam kasut.. Klau tak abis kena samak kasut tu.. haha

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaYiekhssss!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTerpaksa sebab dah xder kasut lain. kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@sicKo^Euwwww! Jus katak bertaburan dalam kasut! *muntah*

Naddy said...

katak pun nak geli ape laa...haahahah

mAmAbuDaK said...

dah bakar je kasut tu...

Qaseh dalia adelia said...

ek katakkkk nak muntah huwaaa

woot-woot said...

hahhaha..gua tak kire ah cinta binatang ke idak..mmg gua benci katak ! hahhahahha..


dlu time gua stdy biology pon gua sorang je tak pegang katak..tehee..seb baik tukar profession x jadi doktor ! bahhaha

boleh ke islamkan babi ?

Cik Puan Bunga said...

@NaddyKau tak geli?sila pegang beliau depan mata aku, aku belanja makan eskrem.huhuh!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKEh jangan ah kejam sangat! dah takde kasut sukan lagi dah! kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@Qaseh dalia adeliamuntah cepat! kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@woot-wootpeh woot tak macho ah woot! kehkehkeh!