Thursday, March 31, 2011

5 Kuasa Jahat Yang Kalau Bergabung Memang Musnahlah Dunia Aman Damai Saya!

Rasanya jarang sangat – sangat I bercerita tentang anak – anak saudara I yang nauzubillah perangai masing – masing sangat mencabar ketabahan fizikal dan mental, kan? Anak – anak saudara I ada empat orang semuanya, kalau campur Adam ada lima oranglah maknanya cucu Puan Latifah dan Encik Isnin. The magnificent five. Kalau semua balik kampung memang menderitalah I dengan emak sebab diorang ni suka sangat buat sepah kat rumah, bukan setakat anak – anak saudara I je, kakak – kakak I pun kalau bab menyepahkan rumah memang nombor satu. Biasa yang emosi I lah, Sebab I tak suka kalau rumah bersepah, pantang nampak ada sampah terus nak kutip. Sabar ajelah kan kalau dari dapur sampai ke ruang tamu, kertas and toys bersepah – sepah kalau manusia – manusia ni balik kampung. Best memanglah best kan, rumah jadi riuh – rendah, masing – masing nak bercakap, nak bercerita, last – last takde sapa nak dengar, masing – masing tidur. Dahlah kami sekeluarga memang jenis manusia yang kalau bercakap penuh dengan ekspresi!


Okeh anak saudara I yang sulung si Makcik Kepoh ni nama dia Nur Insyirah Iman. Umur dia 6 tahun tapi mulut dia mak aih memang kalah mulut Cik Bedah! Suka bergosip! Hobi dia kalau balik kampung mesti gosipkan orang je kerjanya. Kalau ada rahsia memang jangan ah cerita dengan Chia ni sebab lepas tu ia takkan jadi rahsia lagi dah. Tak suka tengok kartun. Hobi dia tengok drama swasta and tengok cerita hantu. Lepas tu mulut dia memang puaka sikit kalau bab – bab perli – perli orang ni. Sabar ajelah kan kalau tak pasal – pasal kena sedas dengan Chia ni. Tabah ajelah hati tu. Tapi kadang – kadang kalau I dah tak sabar, memang I cubit – cubitkan aje budak Chia ni. Hehe.Tapi bagus budaknya ni, kalau kita belasah secukup rasa, 5 minit lepas tu dia dah lupa. Haaaa.


Ini nama dia Nurul Husna a.k.a Una. Kadang – kadang dia suruh panggil nama dia Princess. Mengada – ngada tak? Princess yang kuat nangis and malas mandi. Tak faham kenapa dia taknak mandi! Umur dia sebaya Chia, lemah – lembut aje orangnya. Pandai mengaji, pandai menyanyi, cepat hafal lirik and suka joget – joget. Sabar ajelah anak ustaz ni.Kadang – kadang baik, kadang – kadang puaka jugak perangai. Una ni rapat dengan I. Una ni tak suka tengok cerita hantu. Memang completely different habislah dengan Chia. Una suka giler tengok kartun sampaikan dia hafal semua lagu – lagu kartun kat Disney Channel. Una ni pandai speaking. Kalau kita converse in English dengan dia InsyaAllah dia pandai jawab. Same goes with Chia. Dua – dua pandai speaking.Dua - dua pun perangai macam ulat!Tak reti duduk diam!


Yang ni Muhammad Al – Fateh tapi better lah tukar nama dia jadi Ultraman Cosmos. Annoying betul kalau balik kampung mesti nak diangkut semua koleksi figurine ultaman dia yang banyak giler, pelbagai bentuk dan size. Sikit – sikit nak fire orang, sikit – sikit nak belasah orang. Fateh ni umur dia 3 tahun tapi belum jelas lagi apa yang dia cakap. Bolehlah faham sikit – sikit. Ini raja menyepah. Kalau nak sepah – sepah bagi je kat dia. Lepas tu moody. Tahpape. Malas mandi jugak macam kakak dia si Una tu.


Si kecik yang suka nyanyi lagu Cicak Di Dinding ni (???) nama dia Nur Intisyar Iman. Adik kepada Chia. Umur dia 2 tahun. Comel je. Lepas tu perangai pelik – pelik. Suka buat bunyi ayamla apa la.Dia paling takut dengan I. Taktaulah apasal, I garang sangatlah kot?Kalau dia tengah gembira main sengsorang, bila I lalu je atau I terbatuk sikit je terus dia ter’freeze’. Kelakar gila. Kadang – kadang kesian pun ada. Tapi bagus juga bila budak – budak ni takut dengan I, nanti kalau I bagi arahan ke hape ke laju sikit diorang buat. Kalau takkk masing – masing buat muka sardin ajelah.

Diorang – diorang ni perangai masing – masing macam makhluk pelik tapi kalau takde kat rumah rasa rindu pulak, tapi kalau ada kat rumah rasa menyampah pulak sebab nanti rumah jadi macam reban ayam, macam reban itik pun ada. Kecewa ajelah kalau mengemas rumah time makhluk berempat ni ada kat rumah. Adam apa lagi bila kakak – kakak and abang dia ada kat kampung terus mutate jadi makhluk kacak yang notty bangat!

Ni si kecik ni pun boleh tahan ni kalau bab - bab menjerit - jerit dengan membuat kekacauan, paling seksa kalau geng berlima ni cukup korum, Adam taknak tidur. Nak merakas je 24-7. Sabar ajelah kan kalau terpaksa baby-sit kan bukan satu, tapi lima sekaligus! Macam - macam perangai!

Buah hati pengarang jantung punching bag I. Comel - comel semuanya. Kalau time diorang behave lah.
Semoga nanti semuanya membesar dengan sihat dan cemerlang ya. Jadi anak yang soleh dan solehah. Amin. Mak Uda sayang korang semua walaupun kadang - kadang Mak Uda suka rotan and hanger korang atau piat telinga korang atau cubit korang atau atau atau banyak lagilah. Dalam hati Mak Uda anak - anak yang lima nilah yang jadi penyeri.Errr ni ucapan ni ditujukan kalau time korang tengah baik aje tau. Kalau tengah nakal, memang rotan lah jawabnya!

Dah. Babai!

7 comments :

KatekateKite said...

wahhh... lame tak hapdet kak! pi mane?!

(rindu nih =p )

paling best lam cite nih adalah....






baju Chia! hahahaa... =D

----------------------------------
Hu hu huuuuu T_T . . . . ---> Memang buat gua marah lah lu!

♥NiniHartini♥ said...

Adam asyik dengan punting kopek nya..

Adam mmg cute lah. Mata dia paling menarik perhatian. Comel sgt...

cik nur said...

alahai adam comel jaa
bila isap puting geram jer rasa hehehe

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteBusy sikit tak sempat nak update banyak2.. hihihi!~oh baju dia memang horror sikit! hahaha!

Cik Puan Bunga said...

@♥NiniHartini♥Kalau tak bagi puting nanti dia gigit org! hahaha! thanks auntie tini! :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurThanks auntie nur! :)

nur easy said...

hot adam dgn putingnya..;)