Tuesday, March 29, 2011

Tak Salah Menjadi Tak Sempurna

Kerana I orang yang sedar diri, jadi I takkan sekali - kali mencari kesempurnaan yang poyo dalam hidup ini. Nikmati hidup secara gembira dan beriman, insyaAllah mati tak seksa dan tak masuk neraka. InsyaAllah. Memanglah kadang - kadang tak dinafikanlah yang kita akan rasa cemburu tak pasal - pasal dengan sesiapa saja dalam hidup kita. Mulalah nak rasa pailang memanjang dengan orang tu sebab orang tu ada sesuatu yang kita tak ada sampaikan kita rasa cemburu. Pada kita, hidup orang tu lebih sempurna dari kita.Sedangkan kita tak tahu yang sebenarnya ada orang yang cemburukan hidup kita.

I ni jarang nak rasa cemburu dengan orang. Susah nak rasa cemburu. Tapi kalau bercakap pasal hal berkaitan keluarga mertua ke, ipar duai ke memang hati ni cepat je nak rasa tersentuh, mulalah kan nak buat drama swasta ke, nak buat video clip lagu - lagu sedih ke, kusut betul. Kadang - kadang sakit hati betul dengan orang yang selalu potpetkan mak mertua ke, abah mertua ke, ipar duai perangai sibet ke, sakit hati. Sebab diorang tak tau perasaan orang yang tak merasa semua tu. (╥_╥) 

Sekarang, I lebih bersifat terbuka. Kalau ada yang tanya hal keluarga suami, I jawab dengan hati yang tak sakit. Tak macam dulu, masa zaman budak - budak, pantang ditanya terus nak bersilat. Tapi sekarang macam dah cool kentang sikit. Mungkin sebab I dah jadi mama, dah ada anak lelaki. Jadi boleh faham perasaan emak mertua. I redha dengan apa yang berlaku. Mulut orang bukan mulut tempayan yang kita boleh senang - senang tutup. Kita pun mana boleh lempang mulut orang secara suka hati kan. Jadi penyelesaian yang paling afdhal, I buat tak tahu ajelah. Doa. Tawakal. Masyarakat tak kan tahu siapa salah dan siapa yang betul. Gosipkan orang ni memang seronok. Pasrah ajelah.

Yang buatkan I kuat, adalah suami. Sokongan keluarga dari pihak I sendiri jugak tak berbelah bahagi. Emak, abah, kakak - kakak, abang ipar dan adik buat jiwa I lebih kental dan macho. Hidup menongkah arus. Siapa yang sanggup? Biasalah, demi cinta. Poyo tak? Orang kata kalau dah jodoh. Allah berkehendakkan manusia ini dan manusia ini bernikah, maka bernikahlah mereka. Kalau suami tak kuat, I juga takkan jadi sekuat ini. Bulan - bulan awal pernikahan, hampir setiap hari manusia rocker berjiwa pink ni menangis di bahu suami. Susahnya hidup ketika tu. Dengan suami yang sehelai sepinggang, hidup menumpang. Alhamdulillah. Taqdir Allah takde siapa boleh menghalang.

I takkan mencari kesempurnaan dalam hidup ni. I lebih mencari keredhaan.

Muka yang sedikit annoying menjadi penghias kisah pada hari ini. Siapa rindu I boleh tatap lama - lama. Ewahhh!

Chewah.

Apahal cerita touching - touching ni?


Dah.Babai!

12 comments :

。+゚o。. Puan Dot . 。o+゚。 said...

suami dan bby adelah penguat yg x tertanding.. -agreeee!!!!

Cik Puan Bunga said...

@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Kan? (sambil nangis bawah pokok betik)

♥NiniHartini♥ said...

Sis, jangan rasa diri kita yang paling rugi. diri kita yg paling diuji... Sebab, setiap org ada ujian masing2.

Tak sangka situasi sis seperti ini. Tapi, percayalah setiap ujian dr Allah ada byk hikmahnya. Menguji keimanan hambanya, menguji kesabaran hambanya, dan menguji hal2 lain yg kita tak terduga.

W/pn mglmi mslh mcm ni, tp sis ada suami yg penyayang dan anak. Ada org yg sampai skrg tak bertemu jodoh. Ada yg bertahun kawen tak dikurniakan cahaya mata. Ada yg diuji dgn masalah ekonomi rumahtangga. Masing2 ada ujian yang mungkin tidak sama dgn org lain.

Maka, apabila kita terdengar atau terbaca atau terlihat kebahagiaan org yg kita tidak ada....renungi diri kita. apakah kita pernah membicarakan sesuatu yg org lain tdk ada?

sebaiknya kita turut menumpampang gembira dgn kegembiraan org lain. Mcm saya, belum ada rezeki dikurniakan zuriat. saya hanya mampu menumpang kegembiraan mendengar, membaca, dan melihat anak2 kakak2 saya, kawan2, rakan blogger dan sis sendiri.

Ujian blh dilihat dr sudut berbeza. Percayalah....ujian itu sama sahaja. cuma ia dtg dr sudut yg berbeza :)

Banyakkan doa dan usaha. Dan sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada..

maaf kalau ada yg silap...tp ini yg terlahir dr sudut hati tini ....

Fihan said...

Eh kenape ek akak cakap cmtu? Saya reader baru tak baru jugak la, so tak berapa tau sgt kisah akak. Sorry kalau sensitip tanya akak =)

nurayunni said...

kuatkan semngat ye..:)

Naddy said...

emo!

mieyza said...

chayok chayokk kak!!

Cik Puan Bunga said...

@♥NiniHartini♥Takpe Tini, akak doakan cepat2lah ada si kecik buat riuh dalam family Tini... ;) Alhamdulillah syukur ada husband and Adam jadi pelengkap hidup... akak kena kuat walaupun kdg2 tak kuat... ;( thanks dear! :)

Cik Puan Bunga said...

@FihanFihan.... heeee emosi emosi... ;)

Cik Puan Bunga said...

@nurayunniInsyaallah! thanks! :)

Cik Puan Bunga said...

@Naddyye. amat! :)

Cik Puan Bunga said...

@mieyzahieyahhh! *sambil lompat bintang*