Wednesday, March 23, 2011

Tasa Dah Kawin. Welcome To The Club Azmee!

Sebenarnya rumah kami bukan jauh mana pun, kalau dia jerit - jerit dari rumah dia memang boleh dengarlah kat rumah I, nak nak lagi kami ni cousin, tapi nak tunjuk biadap punya pasal, masa rewang wedding dia last week, I tak datang pun! Hahahaha puaka tak puaka tak?

Tasa, kau je yang tau kenapa aku tak datang (Memang aku malas sebenarnya!Wahkakakaa!) Tapi, dia tak tau sebenarnya I sayang dia dalam hati dan tak cakap - cakap dengan orang. Wedding sepupu lain beli hadiah kat Econsave je, kalau tak pun kat Parkson, tapi sebab aku sayang kau, wedding kau punya hadiah aku beli jauhhhhh kat JB, dibungkus rapi dengan kasih - sayang yang berpanjangan dan ingatan tulus ikhlas sedunia. Terharu tak terharu tak? Tu pasal aku tak datang rewang kau, saja je nak bagi kau rindu lebih sikit kat aku. Haha puakanya alasan!

Walaupun tak dapat datang menyaksikan majlis nikah kau atas alasan - alasan tertentu (Ah banyak pulak alasan aku kan!) tapi aku still datang jugak untuk makan dan memeriahkan majlis persandingan kau. Wiwitttt wiwittttttt!

Datang - datang terus posing. Tu takpe lagi, dari Adam tu, datang - datang terus recharge! Hadoih!
Perosak gambar betul budak kecik rongak ni. Apasal dia buat muka pasrah pulak ni!
Sempat bergambar dengan insan yang mendakwa silent reader Geek In The Pink. Taktaulah cerita bohong ke hape, tapi redha ajelah. Hai! Maaf tak borak masa tu, saya pemalu! *Muntah darah* Eh apasal muka penuh minyak?Orang minyak!
Tahniah kau budak dua oranggggggggggggggg!

Masa nak sanding gila lebat hujan turun, anggap ajelah itu rahmat dari Allah. Basah tak pengantin?Nasib baik aku berteduh kat atas rumah sambil makan kerepek, terhibur melihat suasana yang gilang gemilang. Tahniah diucapkan kepada cousin I yang gonjeng ni, si Tasa dan juga suami beliau yang boleh tahan gonjeng juga, Encik Azmee, lepas ni boleh pakat sambut birthday sekali dengan suami I ye. Beza umur sehari je. Alahai comelnya kebetulan!Walaupun terpaksa menahan perasaan melihat si annoying Longchet berlegar - legar sambil cuba membuat huru - hara, tapi kami sekeluarga bersabar saja demi memastikan perjalanan majlis lancar dan meriah. Sebenarnya dalam hati memang terasa nak sepak je kepala Longchet dengan kaki. Oh siapakah Longchet?Jangan risau, beliau cuma beruk belaan keluarga Tasa. Haha!

Semoga berbahagia!

Dah.Babai!

2 comments :

cik nur said...

heheh seronok tgk rg dah kawin :D

Cik Puan Bunga said...

@cik nurTulah kan! Rasa nak kahwin lagi! Ayakkk! Haha!~