Friday, April 22, 2011

20 Tahun Lepas. Penyebab Kenapa Aku Bukan Anak Bongsu.

Dah tentulah pasal kau lahir! Sebab tu aku bukan lagi anak bongsu! Kau faham tak betapa stressnya aku bila emak balik bawak baby gemuk rambut pacak - pacak?Aku tak boleh tidur dengan emak selama beberapa bulan pasal kau lah! Aku dipinggirkan dari mendapat kasih - sayang emak dengan abah sebab kaulah jugak! Aku rasa macam nak picit - picit je kau bagi lemak dalam badan kau hilang sikit sebab lime - light aku kau dah curi! Dasar baby gemuk!

20 tahun kemudian, aku dah malas nak marah emak sebab bawak kau balik, nak buat camno kan kau dah keluar dah dari perut emak. Lagipun emak kata emak beli kau kat klinik, jadi kau mesti bukan anak emak kan?Aku still bongsu lagi. Secara tak langsung bila kau dah besar kau dah boleh jadi orang suruhan aku dah. Dah boleh jadi side - kick aku, jadi co - pilot aku walaupun kau tak berapa nak ada gunanya bila time - time kecemasan. Walaupun kau selalu pau duit gaji aku aku redha ajelah sebab kau kanak - kanak istimewa. Kena handling with care. Kalau tak nanti kau kena sawan.

22 April setiap tahun kau ingat aku sudi ke nak ingat?Menyampah tahu tak! Aku taknak ah ingat sebab nanti aku kena belikan kau kek, belanja kau makan sedap - sedap and belikan kau hadiah. Malas betul akulah.

Tapi nak buat camno, kau dah ada dah depan mata. Besar bagak dan sungguh annoying!

Happy birthday baby gemuk! Semoga hidup kau baik - baik aja! Solat lima waktu jangan tinggal. Kalau ada pakwe, cepat kumpul duit dan kawen. Cari pakwe yang ada masa depan. Takkan kenyang hidup kau kalau kawen nak atas dasar cinta je. Muntah hijau aku. Oh dan jangan sesekali buat video tak tentu hala dengan pakwe kau. Aku lempang kau nanti!

Aku sayang kau!


Red Velvet Cake Cap Kampung tapi rasa dia nauzubillah sedapnya!

Dah.Babai!

2 comments :

nur easy said...

happy birthday anak bongsu..;) 20 tahun sudah...

Cik Puan Bunga said...

@nur easyMenyampah kan?Dah tak jadi anak bongsu bila ada adik. haha!