Monday, April 18, 2011

Abah Accident. Aku Sayang Abah!

Apa perasaan kau kalau abah kau balik luka - luka, jalan tempang, baju koyak - koyak, lepas tu dengan muka kesian cakap dengan korang yang "Abah kena langgar lori tadi!" Lepas tu dia sambung ayat "Kalau abah laju tadi, abah sekarang ni dah tak ada agaknya." Aku ni anak abah yang paling degil nauzubillah, dulu kecik - kecik selalu kena bantai dengan abah tapi bila dengar abah cakap macam tu dengan aku, aku rasa nak meraung pun ada. Tapi aku macho lah kan. Takkan aku nak nangis.

Aku tau abah trauma, dia duduk diam sambil mata dia merenung jauh entah mana. Pun aku tau dia sedih sebab motor kesayangan dia memang teruk habis kena lenyek dengan lori. Motor buruk tu abah buat pergi kebun, petik kelapa sawit, bersihkan kebun. Aku sedih betul tengok abah macam tu. Sambil urut - urut kaki dia, abah diam tak cakap apa - apa.

Aku ajak abah pergi klinik, tapi abah taknak. Abah kata dia tak apa - apa. Dia cuma mintak panadol je sebab dia kata badan dia sakit - sakit. Aku taulah sangat abah tu tipu. Kena langgar depan sama depan dengan lori takkan tak ada apa - apa? Paha abah lebam, lepas tu luka tercucuk parang pendek dia. Parang tu dia letak kat bakul, agaknya tercucuk masa accident tu.

Abah menggigil - gigil. Tak lalu makan. Masak ayam bakar pun abah tak makan, dia buat - buat happy tapi aku tau sangat dalam hati abah trauma tak habis lagi. Badan abah seram sejuk, menggigil, jalan pun tempang - tempang tapi bila aku ajak pergi check abah taknak. Abah kata dia tak de apa -apa. Hari ni aku nak ajak abah pergi x-ray. Aku takut kalau - kalau abah ada patah ke retak mana - mana ke. Luka dalaman ke. Sebab abah kena langgar depan - depan, takkan abah takde apa - apa?

Yang aku geram driver lori tu kenapa bodoh sangat sagat abah aku walaupun abah dah bagi signal?Point blank jek dia rempuh abah sampai terhumban abah aku, tertimpa motor lagi! Kalau dia tak sempat brek, abah aku... BODOH betul! Driver lori dah selalu sangat ah aku tengok buat perangai bajingan macam ni. Mentang - mentang lori besar. Suka - suka hati dia nak buat jalanraya macam jalan bapak dia yang punya. Kesian abah. Aku tak boleh bayangkan kalau lori tu tak brek.

Aku sedih betul tengok abah. Aku nak abah hidup lama lagi. Aku tak buat apa - apa lagi untuk abah.Aku nak hantar abah pergi haji dengan emak.

Sedihnya aku!

5 comments :

nur easy said...

pujuk2lah lagi.. mudah2an mahu buat check up..tatau apa kesan ms acc tu kn. xbleh tahan sedih la kalau kisah2 org tua ni

nn said...

biasalah orang tua degil sangat kan? haih tak dapat bayangkan kalau abah saya accident macam mana dah lah memang dia selalu bawak kereta laju-laju huhuu. seram bila fikir kemungkinan-kemungkinan yang negatif...

Naddy said...

ok aku nges baca ni..aku tak tipu..smoga pakcik isnin akan sihat cpt...n smoga pnjg umo....

faRahAdILa said...

paksa je abah akak g hosp. bahaya kot. takot ade internal injury.

Cik Puan Bunga said...

@nur easyThanks korang! Alhamdulillah abah sihat cuma lebam takde kecederaan dalaman, alhamdulillah! :D