Tuesday, April 26, 2011

Budak - Budak Sekarang. Kadang - Kadang Perangai Macam Tutttt!

Seseorang yang prihatin telah meninggalkan komen di shoutbox aku. Menurut kata beliau, header aku hampir sama dengan header satu blog. Dengan ghairahnya aku mahu ambil tahu. Beliau memang prihatin sebab beliau tinggalkan sekali url blog yang di dakwa mempunyai header yang sama macam aku punya. Eh dia kata hampir sama macam header aku.

Bila aku bukak link blog tu ehhhh nak terjojol bijik mata aku sebab header blog dia bukan je setakat hampir sama dengan blog aku punya header, tapi header dia memang sah - sah header blog aku yang pernah aku pakai beberapa bulan yang lepas. Siap ada Cik Puan Bunga - Pencinta Pink Yang Tegar (Kepala hangguk kau!) At least kalau nak kebak pun header aku, ubahlah sikit mana - mana yang mampu. Takdelah nampak keji sangat perilaku kau tu.

Wiwiwittt wiwitttt! Cik Puan Bunga!
Sekali aku tengok tuan blog dia umur 11 tahun. Tapi selamba dia je songlap header aku tanpa edit mana - mana pun. kalau dia songlap pastu edit - edit aku takdelah marah sangat kan, sebab at least takdelah dia ambik membabi - buta, ini sebijik sebuntat header aku dia buat macam dia punya. Yang buat aku lagi marah, dolly tuh aku beli tau tak! Bukan aku senang - senang songlap kat Tumblr. Susah payah Kak Emila buat untuk aku. Tu yang aku marah. Aku beli tau tak tau tak!

Sekali aku tengok umur dia 11 tahun, rasa nak hentak kepala kat dinding.
Kata - kata keramat yang aku tinggalkan kat shoutbox dia. Perhatikan dialog di dalam kotak. Selamba dia kata "Sapa punya blog tuh?Awak punya ka?" Dah kau ambik, pastu kau buat - buat tanya ye!

Aku harap dia dapat tukarlah header blog dia tu. Sebab hatiku terluka bila dia main kaut macam macam tu jek. Kecik hati aku yang comel ni. Aku boleh jek buatkan header untuk dia. Tak payahlah kebak - kebak cenggitu kan. Tak syok ah blogging kalau dah kena maki ni. Nanti paiseh jek rasa. Arghhhh tiba - tiba bahasa aku berbaur rempitness hari ini. Bak kata Nadia. Hihi! Hai comel! Auww!

Kalau dia taknak tukar, dia memang lahanat.

Ingin melawat beliau? Klik sini!

Dah. Babai!

18 comments :

miss ryrinn _ angin said...

haha . ha ah laa , serius sama .

siap ada cik puan bunga lg .

rasa nak gelak guling guling .

CPB maafkan dye . budak budak baru nak up ! haaha

peachippo gediks said...

huh? ade jugak yang maen kopi paste header camtu eh??..sabar ye cik bunge..tapi dalam pade marah tuu, kembang laa skit , yelah..dalam banyak2 header cik bunge jugak yang melekat kat hati dyer..hehe

KatekateKite said...

mak aiihhhh....

perangai bebudak yang belum matang! =.='

kalo die tukar nama ker, takpela gak kak, ni men tepek gitu! pergh! sengallllll.........................

Cik Puan Bunga said...

@miss ryrinn _ anginBudak baru nak up eh?huhuhuhu kecewaaaa kecewaaa! haha!

Cik Puan Bunga said...

@peachippo gediksBangga la jugak tapi amarah lebih menguasai diri... huhu!

cik nur said...

sabar eh kak..hurm biasa la budak2 lagi tp kalo dia mmg tak tukar header tuh tak tahu la nak kata apa dah mmg lahanat la gamak nyer..
header akak sume cun2 sangat nur pun jelous tgk tau tp baik la sbb tak curi hehehe

nur easy said...

cik puan bunga dah kembali berusia 11 thn ya.. hehe..upps

Shellia89 said...

baru je melawar blog budak nih... memang sebijik siap ada "cik puan bunga". Geram jugak bile tgk wpun akak yang kena.... aish!!!

Nadia said...

Hello cik puan bunga kesayangan :P Kesian dia jadi mangsa songlap header , alahai tulah blog comel sangat kan kan ? :P mekasih promote blog kite kak , sayang akak <3 auwww !

qima said...

hahahhaa,,gelak guling guling sampai jatuh dari eskulatorrr..ok tipu ;p

sis, tanya la dia, dia spesis bunga matahri ker bunga tahi ayam?

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteNak jugak jadi cikpuanbunga! huhuhu! adoi!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurKehkeh dah tukar dah pun dia. alasan dia kawan bagi kunun. cesss!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHehehe I muda remaja. Auwwww!

Cik Puan Bunga said...

@Shellia89Dia dah tukar dah. Huhuhu. Kan?Lagi geram sebab dia kata dia tak curi! Adoi!

Cik Puan Bunga said...

@NadiaHeheyyyy budak! weh nak diet eh?Gila! Dah slim lah!

Cik Puan Bunga said...

@qimaBunga tayar! wakaka!

CikSeroja said...

aha..dia hentam u pulak la..haha

Cik Puan Bunga said...

@CikSerojaSabor jelah.. panggil i bitch! huhu!