Wednesday, April 20, 2011

Dalam Botol (Versi Aku)

Isu botol yang ber BPA free ni dah lama dah aku dengar, I mean di kalangan family aku lah sebab Maklong and Makngah very particular pasal benda – benda macam ni. So long before kerajaan me war – warkan bahawa penggunaan botol baby yang tak ber BPA free tu bakal di terminate next year, aku memang tak guna botol baby plastic yang biasa tu.

Biasanya untuk botol – botol baby macam ni aku suka beli Baby Kiko punya. Aku pernah belikan Adam Tommy Tippee dengan First Year punya botol, tapi dipandang sepi je oleh Adam. Aku taktaulah kalau teat botol tu buat Adam rasa tak best ke hape kan sebab Tommy Tippee punya teat almost the same dengan teat manusia. Eceh. Last – last resort kepada Baby Kiko punya botol yang aku rasa murah, cantik (Comel je botol dia bulat – bulat) and Adam pun gembira nampaknya dengan botol Baby Kiko.

Biasanya sebulan sekali or dua bulan sekali aku belikan botol baru untuk Adam, so botol – botol yang lama aku kurangkan kekerapan penggunaannya (Contoh kalau biasanya sehari guna 3 kali, kurangkan kepada guna sehari sekali je) sebelum aku lupuskan botol – botol tu secara berperingkat. Sebab walaupun botol – botol tu semua BPA free, but still kandungan dalam botol tu tetap jugak ada mengandungi plastik, kan? Peh tiba – tiba je aku rasa pandai dalam Sains.Kahkahkahhampeh.

Botol - botol baru Adam.
Baru nak try pakaikan Adam botol yang ada pemegang tu. Macam cool kentang je kalau Adam pakai.
Dulu masa aku kecik – kecik, aku rasa emak takdelah pulak kan pakaikan aku botol – botol macam ni. Emak kata dulu masa kecik botol anak – anak dia semua kaca. Wahhh grand jugak emak aku kan. Sebab botol kaca sekarang ni mak aihh harga dia mahal! Kalau nak murah mungkin boleh improvise dengan botol – botol kicap yang terpakai. Gurau weh gurau, Janganlah dipandang serious.

Arghhhh aku buy and blog lagi! Arghhh arghhhh!


Dah.Babai!

2 comments :

nur easy said...

kaca? ya. ammar dah pandai minum dalam cawan dgn penuh nikmat ;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAdam ingat minum dalam cawan tu satu permainan, bila bagi minum dalam cawan nanti dia buat bubbles.. hahahahampeh! :D