Monday, April 11, 2011

Dengar Sini Kakak Nak Pesan

Bukannya I tak tau ada sorang hamba Allah ni asyik sekodeng je blog yang dikeji - keji ni. Kat mulut cakap benci I lah hapelah tapi hakikat sebenarnya setiap kali I update setiap kali tu lah dia orang pertama yang nak baca apa yang I update.Nanti bila I check visitor, eh eh ada pulak muka dia terpampang jadi pengunjung tetap blog yang konon - konon dibenci ni. Kahkah. Kelakar betul. Ikutkan hati malas nak layan, bila cerita kat suami pun suami gelak ajelah. "Budak - budak... biarkan ajelah. Baru nak matang, baru nak rasa nikmat hidup. Biarkan ajelah." Selagi termampu I biarkan ajelah. Tengok ajelah apa aje yang dia boleh buat karok kat dunia ni. Cehcehhh tengok tu ayat! ! Mana I belajar tu?

Bila dia dah selalu datang, so I pun memberilah kunjungan balas. Walaupun kesian dengan aktiviti harian beliau yang hanya berlegar tentang benda - benda remeh yang alahhh nampak sangat kebudak - budakannya, tapi layankan ajelah dia update pasal pakwe,pakwe dan pakwe. Kadang ada menganjingkan orang, kadang buat entry tunjuk bagus. Alahhhh kanak - kanak ribena. Kat blog sikitlah bergegar - gegar kalau menganjingkan orang. Nak lempanglah, nak terajang oranglah, nak hitulah nak hinilah, elehhh hari tu terserempak dengan I apasal bawa motor slow - slow?Haha takut berselisih dengan I ke?Kehkeh. Adoilah. Kalau I melayan karang jadi tak matang pulak kan? Boyfriend saya tiada masa depan. Kata kucing saya yang bernama Pupin kepada ayam Makcik Limah yang bernama Jantan. Ayat ni takde kena mengena dengan entry blog ye.

Kita doakan ajelah yang baik - baik untuk dia. Kita ni manusia biasa mana layak nak menilai orang. Ish ish tak baik. Emak I tak ajar buat benda - benda gitu.Allah jua yang maha mengetahui. Kita selalu budget bagus depan orang, tapi belakang orang kita main tahi siapa yang tahu kan?Allah jua yang maha mengetahui. Kita kutuk orang,tapi sebenarnya kita pun buat benda yang sama siapa yang tahu kan?Allah jua yang maha mengetahui. Macam cakap depan cermin pun ada jugak. Astaghfirullah. Jangan dik, nanti jadi kat diri sendiri, mana kau nak sorok muka?Dalam reban ayam?

Tak faham apasal dah benci sangat kat I tapi masih lagi nak masuk blog yang dikeji ni?Kehkeh. Sayang I lah tu!

Dah.Babai.

p/s : Suami, jom balik rumah emak awak minggu ni?Kita mintak restu nak kawen.Kehkeh.(Ini selingan aje tau!)

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi."

(Surah Yaasin Ayat : 82)

So tak payah pening - pening kot nak fikir kenapa I dan suami diizinkan Allah untuk bernikah walaupun tanpa restu emak dan abah suami. Pertama, kerana telah diizinkan Allah. Kedua, kerana jodoh kami. Dan semoga hubungan adik dengan pakwe adik tu berkekalan sehingga ke alam perkahwinan. Takdelah nak buat dosa je berpegangan tangan sebelum sah menjadi muhrim. Emak ayah mesti tak ajar macam tu kan? Chill!~ ^___^"

11 comments :

cik nur said...

sabar jer la kak bunga yang penting kita hidup bahagia org2 yang keji2 kta nie bukan tahu apa pun dri sendiri pun tak sempurna lagi mcm mana :)

cik nur said...

sabar jer la kak bunga yang penting kita hidup bahagia org2 yang keji2 kta nie bukan tahu apa pun dri sendiri pun tak sempurna lagi mcm mana :)

nur easy said...

ayah dan ibu, itulah...permulaan kami. err tak bkaitan..hehe

mieyza said...

Kerana telah DIIZINKAN ALLAH..Like seribu juta kali!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurTepat sekali! :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyErrrrr.. haha!

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaYes! :)

KatekateKite said...

ermm.... bile die tak suke kite, makin banyak tentang kite die nak tahu! =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteTepat sekali. Mengapa ye?Hahaha funny!

KatekateKite said...

sebabbbbb...............

die jeles kat kite!...

itu kan sebab utama die tak suke kite, and membawa kepada die nak tahu terus menerus tentang kite! =D

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKitehalamak! terbai di pasaranlah! :)