Tuesday, April 26, 2011

I Have My Own Standard (Which Muggle Like You Can Only Dream Of)

Kalau aku layan nanti jatuhlah kredibiliti aku yang didakwa sebagai diva. Kalau aku biarkan mungkin mulut sampah itu akan berleluasa dan nantinya bila dah tua kelak akan menambahkan bilangan mulut makcik - makcik Joyah yang berkuasa kuda melongkang di sana - sini. Aku kena jaga taraf diva aku yang sungguh dirgahayu ni. Takkan senang - senang aku nak melayan pacal yang hina (Cehhh cehh bahasa Istana tu.Divalah katakan) takkan senang - senang aku nak berkomunikasi dengan masyarakat tanpa menggunakan khidmat appoinment terlebih dahulu?Memang I Diva,you!

Suami kata "Biarkan. Satu hari nanti kita tengok dia macamana..."

Well, sebagai isteri solehah yang menurut kata suami, aku pun tak jadi nak melakukan serangan balas. Sebab serious, weekend lepas emak aku memang dah beriya - iya ajak aku ke sana. Emak aku kata, sabar orang ada batasnya. Chill, emak! Tapi sebabkan suami kata sabar..sabar so aku rasa kalau aku staple mulut dia guna dawai kokot pun takde gunanya jugak kot, kan? Stupid is as stupid does. Aku pun tertanya - tanya jugak genetik bodoh mana yang dia cekut masuk dalam badan dia. Mungkin Teori Darwin boleh diguna pakai ke atas beliau?

Bleghhhh! Bak kata Sepah dalam Maharajalawak "Jangan tengok muka dia, nanti kau muntah!" Errr maksud aku, muka orang nak muntah jangan tengok, nanti kau muntah sekali.
Again, I have my own standard which mudblood like you can only dream of.

Dah.Babai!

2 comments :

cik nur said...

wow marah nampak heheh
tak per jgn marah sangat nnt muka muka kedut2 dah tak jadi vogue mama dah kan :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurAaah cik nur. tengah marah marah sayang ni. kehkeh. oh ye la kan, nanti dah tak vogue dah kalau marah marah. huhu