Wednesday, April 13, 2011

Kalau Nak Kena Lempang Cubalah Meniru! Cuba!

I garang. Memang garang. Especially bila dalam kelas. Garang yang amat sampaikan budak nak keluar pergi toilet pun takut. Eh eh tak tak. Kehkeh. Tipu. I tak garang langsung.Mengajar ketawa - ketawa, kalau marah pun tak sampai 5 saat nanti I ambil balik hati budak yang I marah tadi dengan syarat budak yang kena marah tadi bukan kes kurang ajar lah. Kalau kes kurang ajar, memang jangan haraplah aku nak bermanja - manja pulak kan. Dah buat palat lagi nak sayang - sayang. Nak kasut?

Tapi, kalau time exam memang janganlah sesiapa cuba cari pasal. Jangan berani - berani nak meniru.  Karang tak pasal - pasal muka kau jadi kompang. Tak tahulah kenapa tapi I cukup pantang orang meniru time exam. Dapat markah tinggi pun tak guna. Perangai macam ni sampai ke besar nantilah. Kalau masuk universiti memang perangai kaki memalat macam ni kau bawak sampai ke grad. Banggalah tu grad pointer kaw - kaw dengan hasil memalat bersama rakan. Dulu ada pengalaman masa I kat universiti, time exam ada sekumpulan makhluk ni duduk satu baris, lepas tu passing - passing jawapan. Rasa macam nak radak je kepala sorang - sorang dari belakang. Grad course dengan flying colors tapi ptuih ah sebab time exam tak pernah tak tiru. Tak berkat duit gaji kau weh!

Biasanya sebelum I edarkan kertas soalan I akan warning dulu "I'm saying this only once. If I see you talking with your friends no matter what reason it could be, I'll come and get your paper and tear it into pieces" Kalau warning kat kelas belakang jangan lupa bagi subtitle nanti tak guna kau akap sorang - sorang sepatah haram diorang tak faham. Kan ke sia - sia tu. And bila dah warning kenalah kotakan bila ada budak yang melanggar amaran. Bagi dia warning first and second, kali ketiga kalau dia buat lagi memang I ambik kertas dia and koyak - koyak macam shredder. Jahanam ah jangan harap dapat dipulihkan kembali.Padan muka.Nak marah I marahlah, nak benci I bencilah. Sebab prinsip I kau dapat markah tinggi pun tak guna. Taik ayam ah! Kalau meniru.Huh!

Tengok. patuh betul masing - masing. Shutter kamera bunyi pun takde siapa berani toleh.

Setakat ni ehem selama mengajar tak pernah langsung I lempang students. Baik kan?Tapi kalau piat telinga tu memang hobi la. Students memang pailang betul kalau kena piat telinga sebab memang lepas tu telinga jadi tak balance. Besar sebelah. Nak bagi balance, piat dua - dua belah. Padan muka lagi sekali.
Pesanan untuk students I yang baca blog ni : JANGAN TIRU TIME EXAM - SIAPA TIRU,DIA ANAK JIN!

Dah.Babai!