Thursday, April 7, 2011

Kesian Hero Mama Muka Dia Comot Momot!

4 malam lepas Adam demam panas. Panas sangat sampai suhu badan dia 40c. Masa tu I takut sangat sebab orang kata kalau budak kecik demam panas ni bahaya. Nanti kalau panas sangat kena sawan tarik. Adam merengek - rengek. Nak dukung je taknak letak langsung kat lantai. Nasib baik suami kerja siang, jadi malam dia ada kat rumah. Gilir - gilir dukung Adam. Bagi nenek rehat. Karang kena keji pulak dengan kakak - kakak I yang mulut puaka tukan kata I tak bagi emak rehat la suka suruh emak jaga Adam la cis tak tahu pun yang kami suami isteri ni bersengkang mata jaga Adam. *Emosi* Maklumlah, kami duduk dengan emak, sedappp je kata hal jaga anak lepas kat emak. Ciscis. *Emosi lagi* Jadi nenek pun tidur dengan nyenyaknya. Siap berdengkur lagi. Tabah betul hati tengok emak tidur. Bila suami dukung Adam,I tidur then I pulak bangun dukung Adam, suami tidur. 

Bila dah pukul 4 pagi kesian pulak nak kejutkan suami, jadi biarkan ajelah dia tidur kat ruang tamu sambil tu I ajak Adam main toys, main laptop buat apa ajelah asalkan dia diam tak nangis. Tapi dia merengek jugak mungkin sebab badan dia tak sedap. Bila check suhu badan masih tak turun jugak, I terus buatkan air asam and tuam kepala dia. Senyap sikit Adam mungkin terasa sejuk kot, tengok mata dia dah kuyu - kuyu yes yes ada harapan dia tidur ni! Tapiiiii nan hadooooo! Sampai pagi Adam nangis merengek - rengek. Pukul 8 pagi Atok Usu datang, tak larat nak terus dukung Adam, bila Atok Usu take over dukung Adam apa lagi I terus terbongkang tidur sampai tengahari. Sekali dengan suami. Penatlah konon - kononnya berjaga satu malam.

Suhu badan dia dah okey sikit, demam pun dah elok sikit, tapi semalam pagi bangun tidur tengok - tengok eh kenapa anak I badan dia ada rashes merah - merah yang sangat annoying rupa parasnya. Adam tak garu - garu tapi nampak sangat dia tak selesa, kejap - kejap merengek, kejap - kejap merengek. Suami belahkan kelapa lepas tu air dia bagi Adam minum, tak lama lepas tu dalam setengah jam, rashes tu semakin membiak dengan jayanya. Terus siap - siap nak bawa Adam pergi klinik. Takut Adam kena demam campak ke hape kan.

Nah saksikan muka annoying tak tidur malam dengan hero beliau yang kacak walaupun ada bintik - bintik merah di muka dan badan. Ouhhhh tak sepsi dah!
Sebelum datang ke klinik, call dulu buat appointment sebab takut orang ramai. Kami selalu bawa Adam ke England Child Specialist kat Bukit Pasir. Adam serasi dengan ubat - ubat kat situ and treatment / consultation dari Pediatrician / Doctor kat situ best sangat and sesuailah kot dengan Adam. Adam pun mesra dengan doktor kat situ yang funny and comel.

Doktor kata Adam bukan kena campak tapi kena satu serangan virus yang berpunca dari alahan ubat antibiotik and blablabla. Kalau virus the condition is much worst than this. Tengok Adam pun masih boleh main - main dengan lasaknya, so doktor kata kalau by Sunday rashes ni masih ada lagi, kena bawa Adam semula ke sini. Untuk ubat doktor just bagi ubat paru - paru sebab Adam batuk and ubat untuk rawat saluran pernafasan Adam sebab ada bunyi eeeeekkk eeeekkkk sikit dekat saluran pernafasan dia.

Sibuk nak panjat - panjat sofa.
Dengar bunyi shutter terus toleh sambi buat muncung seksi. Alahai anak mama cium karang baru tahu!
Bagi yang duduk area Batu Pahat bolehlah dapatkan rawatan untuk anak - anak korang kat sini. Harga rawatan and ubat - ubat kat sini berpatutan. Emmm mungkin sedikit mahal kot tapi as long as Adam serasi dengan ubat dia maka tak kisahlah kan. Duit boleh di cari. Dulu Adam pernah ada masalah reddish kat area bebird dia, pergi klinik lain semua ubat pun tak elok jugak, tapi pergi sini alhamdulillah baik and terus tak berulang lagi. Jaga anak lelaki ni special sikit especially part kesihatan bebird dia. Mencabar betul. Hihi.

So tadi terpaksa ambil cuti rehat 1 hari sebab kesian pulak dengan emak kalau I pergi sekolah nanti macamana dia nak uruskan rumah dengan Adam yang nak berdukung je sepanjang masa. Takkan nak harapkan suami pulak, suami I kerja petang hari ni. Takpelah, kalau ada kakak - kakak I bising - bising sebab I ambil cuti hari ni pun redha ajelah. Harap - harap diorang faham. Tapi kalau tak faham jugak, hmmm tak dapatlah nak paksa.

Kesian Adam, muka comot merah - merah, tangan bintik - bintik, badan punggung semua merah - merah. Tapi dia takde pulak garu - garu so I assumes tak gatallah kot,kan?Petang semalam bagi lagi dia minum air kelapa, emak kata biar hilang semua merah - merah tu. Layan je.Emakkan lebih tah. Dah 4 orang anak dah dia jaga. Hehe. Ooh I dengar tuam anak guna air asam time demam tak elok eh?Tapi I pun buat, and suhu Adam pun turun. Sesiapa ada info tak?Share eh!

Cepatlah Adam sembuh. Kesian sangat kat dia. Cepat sembuh ye sayanggggggg. Kesian mama dah seminggu malam tidur gilir - gilir dengan papa. Huhu.

Dah.Babai!

2 comments :

nur easy said...

klinik mana tu? leh masuk list. betullah, anak lelaki mmg mencbr sket nak jg bhgian tu..apapun adam, stay macho eh. cpt sihat tau ;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKat BP, area Tabung Haji! Thanks auntie easy! :)