Wednesday, April 6, 2011

Kita Tak Layak Langsung Nak Judge Orang (Ulang Ayat Ini Sebanyak 400 Kali)

Sebab yang layak menilai kita hanya Allah SWT. Ingat tu. Ingat cepat dalam otak!

Jangan. Jangan suka judge orang sebab kita tak layak langsung nak judge orang.Jangan jangan jangan. I selalu ingatkan dalam kepala hotak diri sendiri jangan sesekali memandai – mandai nak judge orang. Siapalah kita. Sebab I pernah terkena. Bila kita di salah nilai, kita dijudge oleh masyarakat sesuka hati tanpa ada system AFUNDI, I turut berkecil hati di situ. Siapalah kita nak melawan arus hina keji masyarakat?Wah I cakap dah macam orang bagus – bagus je kan.

Lately, inbox FB I digegarkan dengan satu mesej dari pengirim yang tidak dikenali. Beliau membuat pendedahan yang eksklusif sungguh dan sehingga ke hari ini I masih tercari – cari motif beliau menghantar mesej yang memuatkan satu video yang cukup sensasi, pada pandangan mata I lah kan. Dua video semuanya. Tujuan beliau tak lain tak bukan adalah untuk mengaibkan pelakon di dalam video tersebut yang sememangnya I kenal sangat – sangat. Dan rupa – rupanya dikalangan rakan – rakan sebaya hal ini sudah diketahui umum secara meluasnya. Maka kedengaranlah suara – suara sumbang dan lantang yang mengkeji secara terang – terangan jugak secara sindir – sindiran di status FB ataupun blog peribadi macambagus masing – masing.

Komen I?

Ehem, kita ni hidup tak lepas dari buat kesilapan. Kalau betul pelakon dalam video tu adalah orang yang I kenal tu, maka kita doakan dia berubah dan menjadi yang terbaik dalam hidup dia. Dia silap. Dia khilaf. Kita jangan nak menambah – nambah stress yang dia alami. Jangan nak bajet bagus keluarkan statement “Peh walaupun makbapak aku kerja cuci jamban, nasib baik aku dapat didikan yang baik dan tak buat kerja bapaktaksenonoh macam tu!” Jangan! Sebab kita takkan tahu apa yang jadi nanti pada diri sendiri, atau anak kita, atau cucu cicit kita. Kita tak tahu. Ataupun kita bernasib baik sebab kita pun sama dengan je jahanam punya perangai, tapi belum nak kantoi lagi kan?Karang kalau kantoi sama time tu apa kau rasa? Rasa oren! Orang baik – baik takkan mengaku diri dia baik. Biasanya yang sibet – sibet je canang diri sendiri baik. I lainlah, I memang baik. Ehem.

And peringatan untuk diri sendiri semua, please la please la please la jangan biasakan diri ambil gambar bogel ke, separuh bogel ke, ¾ bogel ke lepas tu send kepada orang walaupun orang tu orang yang tersayang ehem. Even kalau dah kawen pun kan jangan jangan jangan buat macam tu. Live ajelah nanti. Tak payah nak mms benda – benda gitu. Buruk padahnya. Webcam ke Livechat ke jangan jangan jangan buat tigershow untuk partner please please please sebab benda – benda macam ni dia punya effect nauzubillah punya teruk dan sangat memberi impak maksima dalam kehidupan.

Dan pleaselah jangan nak bajet diri sendiri bagus sebab sebab sebab kita tak pernah tahu apa yang akan jadi pada diri kita kan. Hidup ni kan macam roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah. Kalau time kat bawah nanti terlenyek pulak taik ayam peh pada ketika dan saat ituuuuuuuuu cakap banyak pun tak guna.

Oh ini bukan berdakwah. Lebih kepada memberi peringatan. And woot ada tulis artikel yang best pasal dakwah yang berdosa. Best!

Dah babai!

No comments :