Tuesday, April 26, 2011

Lelaki Berjiwa Kartun

Kalau tengok dari perwatakan dia, memang aku sebagai isteri dia pun takkan sangka yang suami aku adalah peminat kartun number satu dalam dunia. Sebab suami aku susah nak senyum ke nak ketawa ke. Kadang - kadang aku rasa sense of humour dia macam tak di install dalam badan.Kalau hari cuti, atau ada masa terluang confirm lah dia parking depan TV, tau - tau je tengok Ben10. Kadang - kadang aku biarkan. Tapi kadang - kadang aku rasa sangat annoying dengan perlakuan beliau. Kadang - kadang aku sound je depan - depan. "Abang, matanglah sikit. Kemon ah grow up lah. Dah tua bangka pun tengok kartun lagi ke?"Dia buat muka sardin die ajelah kan. Mana tak aku membebel, kadang - kadang aku nak tengok TV pun tak boleh. Haish!

Weekend lepas, aku ajak dia tengok Scream 4. Nasib baik dia kata okay sebab dia memang tak suka langsung tengok cerita hantu ke hape kan. Aku kata movie Scream 4 ni bukan cerita hantu pun, cerita thriller. Dia pun nak lah teman aku tengok. Kalau cerita hantu, jangan haraplah dia bagi aku tengok. Guling - guling kat tengah - tengah shopping complex pun takdenya dia nak bagi aku tengok movie - movie seram yang melambak - lambak tu. Balik - balik kata "Nanti abang belikan CD eh.." Kecewa betul.

Habis tengok movie, jalan - jalan tanpa arah tujuan. Stop kejap kat McD makan sundae. Time duduk -duduk nilah suami pujuk aku temankan dia tengok cerita Hop. Cerita kartun pasal Ester Bunny yang comel tu. Aku pun dah macam alamak wadefak pulaklah nak layan cerita kartun, tapi sebab suami buat muka comel ala - ala Ester Bunny, siap puji aku lawa la apelah, aku pun mana boleh dengar orang puji melambung - lambung so teman ajelah suami tercinta tengok movie Hop. Bukan main suka dia, sengih - sengih manjang siap mintak aku belanja popcorn.Ceh!

Muka ganas, dalam hati ada kartun.
Takde motif.
Lunch sebelum tengok movie.
Eh kelakar lah pulak kan movie Hop ni. Aku suka betul haiwan - haiwan dalam movie ni. Semua - semua sangat fluffy and comel gila - gila! And aku rasa sangat comel sebab through out the movie suami asyik gelak - gelak and senyum - senyum. Suka! Haha!

Comelnya kau ayam!

Okaylah fine lah. Aku rasa orang tua tengok kartun takdelah keji mana pun kan. Sebab aku pun kadang - kadang layan jugak Shin Chan dengan Doremon. Kehkeh.

Dah.Babai!

4 comments :

izyan asimat said...

heheh husband yan pon begitu jugak... suka sgt tgk kartun.. kalo hujung minggu tu bgn pg2 tros bukak tv tgk kartun.. ish ish..

Cik Puan Bunga said...

@izyan asimatKesian kita kan?layan kan jeee.. haha!

nur easy said...

ooo pahala tu happykn dia wpun tgk katun.. he2..eh tp comellah. tgu sesapa upload la mau tgk jgk..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyBetlll betulll dapat pahala free! best tau cerita tu! hahahaha comel!