Wednesday, April 20, 2011

Lelaki Kalau Dah Desperate Memang Perangai Macam Haram!

Aku taktaulah nak klasifikasikan cerita ni sebagai cerita pilu menyayat hati ataupun cerita kelakar. Sebab pada aku cerita ni elok jek kita letak title BODOH besar - besar sebab orang - orang bodoh je yang akan buat kerja - kerja bodoh macam ni.

Ceritanya macam ni, 2 minggu yang lepas tiba - tiba je aku dapat sms dari satu number yang tak dikenali, tanya dah kawen ke belum, sihat ke tak. Sebagai manusia peramah aku pun dengan jujurnya cakaplah yang aku ni dah kawen dan ada anak sorang pun. Aku tak kenal number tu so aku tanyalah siapa kan. Manalah tau ada makhluk - makhluk kongasam nak prank aku ke hape kan. Tercalar karang kredibiliti aku sebagai guru cemerlang kahkahkahbongok. Rupa - rupanya, number tu kawan aku masa kat UPM dulu punya. Mamat ni kira satu alumni lah dengan aku walaupun tak sama course. Aku pun macam delightedlah kan jumpa kawan lama, so borak - borak cerita - cerita lama, mengimbau kembali kenangan masa kat UPM dulu.Oh by the way sebagai background knowledge, dulu masa kat UPM aku pernah keluar sekali dengan dia. Keluar minum - minum. Sekali aje okay. Masa tu dia tengah ada problem apetah dengan gf dia so aku ni macam pendengar setia lah. Muntah.

Mamat ni happy gila sebab dapat contact aku semula. Entah dari mana dapat number aku, sabar ajelah kan! Bila dah sms - sms tu tiba - tiba ayat - ayat yang dia send kat aku jadi lain tau, dia nak gambar akulah, nak gambar aku freehair lah, rindu aku lah, menyesal sebab tak cepat - cepat ngorat akulah, aku pun macam eh wadefak lah mamat ni kan, kau tengah high ke apa ni. So aku pun reply dengan nada - nada guraulah, karang kalau aku maki membabi - buta karang terkejut beruk dia. Untuk tak menghampakan dia, aku pun sendlah gambar aku tengah dukung Adam. Memang aku silap lah kat sini sebab aku send gambar aku. Lepas dia terima MMS aku makin galak pulak dia send sms - sms berbaur lucah kat aku, kata aku chubby sedap nak peluk kata aku cantik macam model lah ehem siap ajak aku jumpa, suruh aku naik bas datang KL jumpa dia (Sebab dia mengajar kat KL. Cikgu okayh!) aku pun bertambah wadefak dengan mamat ni sebab eh kau pesal kan melebih - lebih pulak! Yang aku paling tak boleh blah dia suruh tipu suami aku cakap aku ke KL sebab ada kursus. Memang khinzir!

Sms - sms dia semua mengadu yang dia takde siapa nak jaga, kurus - kering and dia kata betapa bestnya hidup kalau aku ada untuk jaga dia.Siap hantar madah - madah wadefak "Andai dapat ku putar waktu.." Peh najiss najisss!

Aku rasa dia meroyan sebab dok tengok gambar aku,  dia dok send sms yang menggatal - gatal, panggil aku sayang sampai aku rasa dah tak tahan sangat dah. So aku pun mengadu kat suami. Suami aku tak cepat melatah, dia relaks je and mintak number budak lelaki ni. Banyak kali suami aku call tapi dia taknak jawab. Last - last godeh punya godeh jumpa pulak FB mamat ni kat dalam friendlist aku. So suami pun menghantar kata - kata keramatlah siap suami aku cakap nak buat report polis sebab dia dah boleh dikategorikan sebagai menganggu ketenteraman hidup aku. Alah bukan dia report betul - betul pun. Saja je nak gertak. Polis pun bukan boleh pecaya sangat. Berjela - jelalah suami aku sekolahkan dia. Memang takde etika lah kan pendidik buat perangai macam tu. 

Tiba - tiba malam ni mamat tu sms aku marah - marah cakap aku buat cerita bohong kat suami aku. Cakap dia sebenarnya cuma nak contact balik aku sebagai kawan lama dia and takde niat lain selain tu. Eh aku rasa macam bodoh gila lah mamat ni, sms dia aku simpan lagi sebagai bukti aktiviti dia menggatal - gatal dengan aku. Dan aku rasa sebagai suami, suami aku ada hak untuk tegur dia ataupun kalau suami aku nak maki dia sekalipun memang ada hak yang hakiki. Yang aku tak boleh nak tahan, dia siap maki - maki suami aku macam - macam sebab suami aku ugut nak laporkan kat pengetua sekolah dia pasal kelakuan dia kat luar sekolah. Suami aku ada jugak cakap nak panjangkan hal ni ke Kementerian kalau dia taknak minta maaf secara terbuka. Aku rasa dah takut kot mamat ni sebab kalau cikgu buat perangai - perangai pailang macam ni sedikit sebanyak terjejas jugak maruah dia.

Berjela - jelalah mamat ni sms aku maki - maki aku, tapi bila suami aku reply  kata nak datang sekolah dia dan jumpa dia secara depan - depan terus dia tak reply lagi sampai sekarang. Takut kot?Well, aku rasa apapun tindakan suami aku, dia ada hak yang memang hak dia sebagai suami aku. And aku rasa tindakan aku mengadu kat suami aku adalah betul dan bukan sengaja nak menganiaya mamat ni tadi. Sebab aku rasa perangai dia sangat keterlaluan dan melampau.

"Sayang, hantarlah gambar yat freehair satu. Mesti lawa! Dahlah lawa, chubby, rasa nak peluk je! Nak gigit - gigit je!"

Bangsat tak? Middle - finger upppp!

Dah.Babai!

16 comments :

KatekateKite said...

pergh! giler ah mamat tu kak!

kalo kene kat kite, memang dah kene maki dah ngn tunang kite!

org kate dh kawen, ko lagi menggatal kan? yaks!

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteMasaalahnya akak yang kena maki balik. bengang betul. sakit otak ke hape.. huhu!

Fihan said...

BAHAHA kak, ko mesti sentap sebab dia cakap you ni 'chubby' la gigit gigit. Sentapsss okeyy ckp chubby. Eh ke kita je yang sentaps kalo org ckp chubby? ;P

Chooyaya! said...

ya Allah. apa desperate sgt. yat. kaksu pon ada menda nak share pasal menda ni. lebih kurang sama, tapi ni ha, kaksu punya lost contact cikgu. sama menggatal mcm ni jugak la. geli aku nak bersayang2 dgn orang tua. wek!

Naddy said...

nak peluk awk jugeeee...hahahaahaha

nur easy said...

mungkin mamat tu dah makan cili.. maka dia tgh kepedasan skg.. isk2

Arn sweetrider said...

eeeeuuuwwwww!!!! geli beta! GELI bukan GLEE. ;P

Cik Puan Bunga said...

@FihanBukan setakat SENTAP Fihan oi, rasa macam nak side kick jek mamat tu. Jijiks weh! Huhu!

Cik Puan Bunga said...

@Chooyaya!Euwwww Kak Suuuuu! Orang tua?omaigod! gila ke hape???bersayang - sayang jugak eh?Kita bakooo je!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyGila kau! haha!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyKot lah kan?Tahpape! siot ah geli ah geli ah!

Cik Puan Bunga said...

@Arn sweetriderEuwwww arnnnnn! Geli bangat!

bebel bubble said...

khinzir?? uishhh..gila ganas! haha.

tampor je laki tuh..

mesti r takut kan. cikgu.. gelap masa depan laki tu nanti kalau k.bunga report. haha.

Cik Puan Bunga said...

@bebel bubbleMenyampah pulak dengan lelaki macam tu.. huhu! benci!

miya said...

gila lah lelaki tuh!! celaka! suka laki u, sgt berhemah! oppss... suka cara laki u.hehee.. ehh,, awak comel :)

Cik Puan Bunga said...

@miyaSakit hati kan? Siot je ada kawan macam tu! HUHU!