Thursday, April 7, 2011

Manusia Akan Berubah! Percayalah! Doa Dan Tawakal. Itu Tanda Allah Sayang Kita.

Jangan taktau ah dulu I pernah free hair,nyah! Rambut lurus paras bahu alah comelnya, ramping pulak slim melim pakai jeans paling ketat dalam dunia pehpehpehhhh memang berdosa tahap dewa - dewalah kalau nak dikira berapa banyak dosa I buat waktu tu kan. Lepas tu bosan pakai rambut lurus I curl kan pulak sampai jadi macam nyonya jual sayur keji keji betul perangai di waktu itu. Siapa ajar tu?Emak abah I tak pernah ajar, adik - beradik I langsung tak pernah buat perangai macam tu kan, salah siapa?Salah diri sendiri ah. Naluri untuk tampil anggun bergaya bimbo begitu sungguh menggamit kalbu.

Waktu tu boyfriend I tak kata apa. SIkit pun dia tak puji I cantik ke hot ke seksi ke menarik ke merangsang ke hape ke. Dia diam je. Pujian yang I dapat dari lelaki lain melambak - lambak ah kan. Muka macam amoi la, seksi la comel la sampaikan masa tu dengan bangganya I date dengan sorang Sabahan (Ke Sarawakian eh?) yang kacak hemsem bergaya kegilaan fakulti satu ketika dulu (Ke I sorang yang gilakan dia dalam fakulti I eh?) bila dia puji kata rupa I langsung tak macam Melayu. Ehem.Tapi damn ahsebab boyfriend tak puji langsung. Sinis je dia pandang bila ada satu hari kami keluar makan sama and I freehair. Sepanjang masa makan dia tak kata apapun. Punyalah I manja - manjakan intonasi suara I yang garau ni, siap lentok - lentok kan kepala macam Ella tapi dia buat muka sardin je. Sampai hilang idea nak buat gaya manja macamana lagi dah.

Dalam perjalanan balik (Masa tu I yang drive) bila dia dah diam, I pun diamlah sama kan, sambil tangan masih main - main rambut yang baru lepas rebonding tu.

"Kenapa diam je?Tak suka ke?"

Masih diam.

"Semua orang kata Lina cantik."

Lina adalah panggilan I kat rumah ye.Ehem.Jauh panggang dari api betul dari nama sebenar.

Diam lagi.

"Apesal diam aje ni?!! Orang cantik - cantik untuk dia, pakai macam ni, semua lelaki kata cantik je. Izal sorang je yang tak cakap apa - apa!"

Ceh. Marah ah kan wantu tu sebab bengang ah dah bergaya stylo sakan boyfriend buat bodoh je. Cis.

Boyfriend mengeluh. Sambil memandang keluar tingkap.

"Tahu tak?Sepanjang masa makan tadi, Izal malu gila bila orang tengok Lina. Puji ke kutuk ke tak tahulah. Malu betul Izal. Sampaikan tak lalu nak makan.Cantik ke macam ni?Berhias untuk Izal?Izal siapa?Dah jadi suami Lina ke?Belum kan?Berhias untuk Izal dapat apa?Pahala jangan harap ah nak dapat. Bukak tudung kenapa?Ingat cantik tayang rambut kat orang ramai?Bangga?Malu la malu!"

Ayat dia buat I sentap habis. Serta - merta telinga panas darah terus menyirap limau. Pehpehpeh tak boleh jadi ni! Bengang betul ni!

"Ah tak suka cakaplah!Nak ceramah buat apa!"

"Memang Izal tak suka. Sedih bila perempuan yang Izal nak jadikan isteri buat macam ni. Ni semua bukan dapat pikat hati Izal. Izal tak suka. Lelaki lain ye mungkinlah suka, tapi Izal tak suka.Apa Izal punya, Izal je yang boleh tengok, bukan lelaki lain.Benda yang baik memang elok berbungkus, simpan elok - elok. Benda yang selalu didedah - dedahkan ni...Izal taknaklah komen."

Sentap lagi. Sepanjang perjalanan balik tu kami banyak diam. Masa tu I berperang sendiri dengan hati. Lama jugak keadaan tu berlanjutan macam tu. Adalah dalam 2,3 tahun I on - off bertudung. Still pakai baju seksi, still pakai jeans ketat. Sampailah lagi 2,3 minggu sebelum I berkahwin.Macam dapat hidayah dari Allah secara tiba - tiba, I terngiang - ngiang balik apa yang bakal suami I cakap 2,3 tahun yang lepas. Dia malu kalau I freehair, malu nak berkongsi hak dia dengan orang ramai. Masa tu I menangis macam orang gila. Apa yang I cuba nak tunjuk?Apa yang I banggakan sangat?Serious perasaan tu susah nak cakap. Hina betul rasa diri. Dari hari tu berazam taknak jadi macam tu lagi. Nak tutup aurat sebagus yang mungkin walaupun hati takdelah sampai nak bertudung labuh, tapi nak tutup aurat dengan baiknya.

Sampai sekarang kadang - kadang baju yang I pakai terketat jugak (Sebab dah gemuk.Cis) Tapi bab tudung takde lagi ah on - off macam dulu, cuma kalau menyapu depan rumah tu kantoi ah kadang - kadang orang lalu lalang nampak I pakai seluar katok je. (=___+)" Cis! Itupun sedang diperbaiki. Sebab I tahu, kalau I tak tutup aurat nanti suami yang tanggung dosa. Setiap kali nak pergi sekolah kadang - kadang rasa bersalah kalau pakai tudung pendek, nampak benda - benda yang tak patut. Ada yang sengaja tayang aset, ada yang dulu gemuk tutup aurat taknak pakai baju sendat tapi sejak pergi kuruskan badan and dah kurus wah seketat - ketat kebaya pulak pergi tempah. Dulu siap kata "Tak boleh pakai baju ketat.Laki aku marah" Habis sekarang pakai kebaya ketat laki kau diam aje ke? *Geleng kepala macam bagus*

Kadang - kadang ada hikmah I jadi gemuk lepas bersalinkan Adam. Sekurang - kurangnya discount sikit dosa tak tutup aurat. Cuma bila ingatkan balik zaman belajar dulu yang berlumba - lumba luruskan rambut, beli jeans paling ketat, pakai baju paling sendat. I jadi malu sendiri. What was I thinking back then? Malu betul. Ya Allah semoga aku terus menutup aurat dan menjadi muslimah yang paling solehah untuk suamiku Ya Allah. Bagus jugak dapat suami yang terus - terus keji tanpa segan silu kalau I pakai baju sendat ke pakai tudung pendek ke.

"Ingat cantik ke macam tu?"

Peh. Terbakarnya.

Jadi setiap kali pergi sekolah, soalan wajib yang I tanya;

"Abang sopan tak? Abang cantik tak macam ni?"

Kalau suami angguk dan senyum and tak komen apa - apa maka luluslah outfit itu untuk dipakai ke sekolah. Kalau tak, tak berkenan dengan tudung ke apa, maka ironlah tudung yang baru. Senang. Tak payah sentap - sentap. Hidup aman sejahtera.

Dah.Babai!

Fuh panjang entri!

12 comments :

Cik Ila said...

Cik ila sokong..Betul..setiap orang akan berubah jugak dengan sendirinya..cuma,antara cepat atau lambat..Cik Ila pun dulu sama jugak macam kisah ni..hehe

nur easy said...

moga hari2 y mendatang lebih baik..sungguhlah perbuatan kita suami dpt sharenya..;)

Cik Puan Bunga said...

@Cik IlaBetul tu cik Ila. Kita sama2 berubah ke arah kebaikan. Aminnnn! :)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin. Insyaallah! :)

KatekateKite said...

erm... betul tu kak.

kite pon lam proses berubah nih.

tapi lebih kepada perangai.huhuu...

tak lupe gak bab pakaian tu.

kite pon selalu tanye tunang kite, ok tak apa yg kite pakai, kalau jln2 nmpk org pakai ketat ketat, tros tanyer die, "baju org ade yg ketat mcm tu tak?"

bukan apa, kdg2 kite perasan mcm ok, tapi sebenarnya? huh. sakit bijik mate org lain memandang.

Tapi mak kite selalu jugak komen baju n jeans kite ketat.huhu =.='

*harap2 dapatlah kite berubah ke arah kebaikan.

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteAminnnnn! :) jom sama - sama berubah ke arah kebaikan! Amin! :)

missteeha the babling girl said...

heee~ suke nyer entry nie !!!
^_^
may Allah bless u . Amin ... =)

cik aletheea : said...

cik pn bunga,
u got a great man ever as ur leader.
~doakan kamu bertiga bahagia~

Cik Puan Bunga said...

@missteeha the babling girlAmin! :) Thanks!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Terima kasih banyak - banyak. Amin! :)

-[DeeYA]- said...

*insaf*

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-*Buat muka mendapat hidayah*