Monday, April 18, 2011

Rezeki Lebih Dan Dikongsikan Bersama Manusia Yang Lain.

Memang dah jadi kebiasaan aku kot ehem kalau macam duit dalam purse ada lebih sikit, maka akan menjamu emak, adik dan suami makan - makan sikit. So nanti kalau aku macam sesak ke hape kan buat muka tak malu boleh pau diorang balik kan. Kehkeh. Tak guna. Kalau tanya emak mana dia nak pergi mesti dia kata "Jom makan steamboat kat Johnny's!" Emak aku memang suka Johnny's. Entah kenapa entah dia selalu mempromotekan tempat tu kalau aku ajak makan -makan kat luar. Tapi sedap jugak makanan kat situ. Harga dia pun taklah membabi buta mahalnya, so okaylah emak, kita pergi Johnny's jom!Cakap je nak pergi Johnny's bersinar - sinar mata emak. Happy lah tu! Bahagia aku dapat buat emak happy. Cewah!

Behave sesangat dia. Kelentang - kelentung main sudu ketuk - ketuk atas meja.
Ni Emak aku yang jelita dengan anak angkat dia. Kahkah.
Boyfriend - boyfriend aku!
Menu makan kat sini memang tak berubahlah. Semua dah set dalam kepala otak. Sampai - sampai je terus masing - masing order itu ini. Aku je ternganga tengok masing - masing rakus order. Siot betul. Mentang - mentang aku belanja, macam - macam di order. Redha.

Thai Prawan Fried Rice - Embun punya. Sedap yang ni. Pedas - pedas sikit, pastu udang dia bertongkol - tongkol.
Thai Pineapple Fried Rice. Rasa asal dia masam - masam sikit. Tapi aku suruh chef dia improvise sikit bagi dia extra pedas. Dulu - dulu dia serve nasi ni dalam nenas sekarang dah tak pulak. Pahal tah.
Emak confirm lah takkan order lain. Thai Fried BeeHoon.
Nak oder kerabu mangga sekali dia kata kerabu mangga habis. Dia suruh order kerabu betik. Kembang tekak aku dengar kerabu betik. Taknak lah! Yucks!(Eh ke sedap sebenarnya?)

Aku taktau ni anak siapa. Alih - alih je ada.
Emak dengan cucu dia yang baik je malam tu.Bangga aku. Kehkeh.
Tembolok masing - masing macam stokin kan, jadi tak cukup order main course, order lagi dessert. Makan pulak sebelum main course. Dessert ke hape ,kan? Layankan ajelah.

Nama dia ni Salim. Teringat aku kat Saleem Iklim. Aku pun taktau kenapa nama dia Salim. Tapi sedap jugaklah. Manis!
Red Been Ice Flake. Kegemaran aku sejak tau makan kat Johnny's ni. Sedap betul! Cuba buat sendiri dulu tapi tak jadi. Loser betul lah!
Mixed Dessert. Manis jugak.
Steamboat. AKu tak taulah kerja siapa masukkan telur sebijik sebuntat macam tu. Aku tanya semua tak mengaku. Tapi aku suspect suami yang buat macam tu.Cis.
Masing - masing makan berselera betul. Adam pun behave. Bagi dia makan telur Jepun tu terus dia diam. Tak buat perangai langsung. Bagusnya anak mama!Bila dah kenyang, mata pulak dah rasa berat dah. Dalam kereta tak larat nak borak - borak semua orang pun senyap je melayan emosi. Kehkeh.

Alhamdulillah, lepas ni ada rezeki lebih kita makan tempat lain pulak. Abah jelahtak pernah ikut. Berzillion kali aku ajak tapi dia taknak jugak. Nak duduk rumah kata dia. Kecewa betul aku.

Dah.Babai!

2 comments :

nur easy said...

bekal dr Johnny utk abah kat umah ttu best jugak kan.. ;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyOhh encik abah tak makan makanan yang pelik2... huhuhu... selera tradisional dia tuh.. kehkeh!