Tuesday, April 5, 2011

Suami.

Selama ni setiap keputusan yang I ambil, walaupun I minta pendapat suami, tapi bila keputusan tu completely lain dengan apa yang suami cadangkan, suami tak pernah merungut. Apatah lagi nak marah – marah. Tak pernah. And kalau keputusan yang I ambil tu turn out to be a disaster, tak pernah sekali pun suami cakap “Tulahhhh abang kan dah pesan awal – awal! Degil!

Dah banyak kali suami tolak tawaran bekerja di negeri lain.I lah kan yang mengada – ngada tak bagi suami jauh. Taknak langsung berenggang dengan suami. Nak suami ada depan mata 24-7. Memanglah serious perangai isteri suami I sanggat annoying. Tak pernah mengeluh bila terpaksa kerja melawan waktu. Time malam time orang semua tidur, time itulah suami I bekerja membanting tulang ehem bagi mencari rezeki yang halal. Dalam sebulan, hanya 4 malam je suami ada dengan I dan Adam. Setiap hujung minggu. Suami cuti setiap hujung minggu. Dan di malam yang lain – lainnya, I sorang – soranglah. Tidur dengan emak. Bayangkan, umur 27 tahun tidur dengan emak. Comel tak?

Kadang – kadang ada jugak mulut mintak penampar yang tanya “Aihhhh kerja malam?Bila nak buat anak nya?Kahkahkah!” Kuajaq. Macamlah kalau nak buat anak tu time malam je. Konservatif betul. Kreatif ah sikit. Banyak je waktu nak buat anak. Stupidos. Redhalah kan bila suami I night – rider. I tau suami penat, malam kerja, siang hari layankan isteri dia ni dengan Adam, nanti hantar and jemput I balik kerja. Kesiannya suami. Tapi dia tak pernah merungut. Adalah merungut sekali dua, itu pun bila I melampau minta dia buatkan itu ini, saja je nak menyusahkan dia.

Jadi bila suami ambil keputusan untuk berhenti kerja and buat bisnes sendiri, hati I berbelah – bahagi. Risikonya sangattttlah besar. Dengan Adam yang baru nak membesar, financial stability tu sangat penting sedunia. Tapi suami berkali – kali yakinkan I yang insyaAllah dia akan berjaya. Dia nak tolong bisnes family dia. Macamana? Emak I of courselah tak berapa nak setuju, siap list downkan pro and kontra lagi. Oh emak. Dalam dilemma anak emak ni. Walau macamanapun, I tak boleh halang bila suami nak dulukan family dia sob..sob..nanti berdosa kalau jadi isteri yang jadi penghalang antara emak suami dengan suami. Wah kenapa tiba – tiba I jadi sangat baik hati?

I kena sokong suami 400%. Walaupun hati berat, yelah selama ni selesa dah makan gaji, tuptup nak berkerja sendiri.Ish.Yakin yakin!

Kalau kata suami gagal, sama – sama kita bangun semula ye sayang. Rezeki Allah ada kat mana – mana.

(Ustazahnya saya)

Dah.Babai!


Tsk. Dia ni bukan camera - friendly lah!

11 comments :

nur easy said...

erm keputusan tu mesti dah diteliti sedalamnya..moga dipermudah urusan ;)

KatekateKite said...

huhuu...

mesti risau kan?

tapi... kite kene berani terima cabaran! lebih lebih lagi dalam berbisnes =)

haha.gambar tu tak senunuh betul! =p

♥NiniHartini♥ said...

InshaAllah...doakan yg baik2. moga keizinan serta doa dr akak akn memberi kejayaan buat suami. siapa tahu hikmah disebaliknya merupakan doa yg akk impikan. InshaAllah..

♥NiniHartini♥ said...

InshaAllah...doakan yg baik2. moga keizinan serta doa dr akak akn memberi kejayaan buat suami. siapa tahu hikmah disebaliknya merupakan doa yg akk impikan. InshaAllah..

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmin InsyaAllah!

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteTak terkata risaunya. Hmmmm. Aminnn mudah - mudahan! :)

Cik Puan Bunga said...

@♥NiniHartini♥Aminnnnn. ;)

yours truely of LoveFaithBelieve said...

yatt.. have loads of faith on him.. insaAllah =)

Cik Puan Bunga said...

@yours truely of LoveFaithBelieveInsyaallah! :)

-[DeeYA]- said...

insyaAllah..rezeki kita ada.antara usaha dgn tidak saja.
bak kata en.razi,kadang-kadang org yg pendiam ni,otaknya kreatif.so,have faith on him!+doa.insyaAllah..

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Amin insyaallah!:)