Wednesday, April 20, 2011

Super Kacak Dobot Kini Sudah 9 Bulan!

16 April 2011 yang lepas dah genap sembilan bulan dah anak bujang aku yang kacak hemsem bergaya ni. Tak dinafikan kot anak aku ternyata mewarisi genetik punya rupa paras menawan seperti mama nya. Kahkahkah statement tak boleh blah. Nanti kena kejilah kejap lagi.Tapi aku rasa Adam memang adorable. Who would deny that? *Roll eyes*

Omaigod, aku rasa aku harus freak out sekarang sebab akhir - akhir ni Adam selalu dengan eksyennya berdiri sambil lepas tangan. Lama jugak. Kadang - kadang sampai lebih 10 saat jugak, and in the end dia hempap punggung dia kat mana - mana yang dia suka. Dan aku rasa itu sangat bahaya sebab kalau dia tersalah hempap mungkin dia akan tergolek, terhantuk kepala kat lantai or kat dinding ke kan. Tapi standardlah kalau dah genetik keturunan aku semua degil - degil jenis yang kalau cakap berbuih pun dipandang sardin je, same goes to Adam. Puas aku jerit pekik cakap "No Adam! No!" Dipandang sepi jek amaran aku. Kecewa betul!(╥_╥) 

Sekarang ni bila rasa diri dah besar, dah bujang dah taknak dah tidur dalam buai. Tidur dalam buai pun kadang - kadang ajelah time dia betul - betul mengantuk waktu tengahari and petang, baru dia redha kalau nak ditidurkan dalam buai. Tak macho kot tidur dalam buai. Adam semakin peramah, mulut dia lajuuuu je kalau ada siapa - siapa datang rumah, especially kalau perempuan cantik datang. Be it lah cousin aku ke, kawan - kawan emak aku ke, kawan - kawan Embun ke, kalau namanya perempuan Adam memang jaguhan lah. Macam - macam skill nanti dia tunjuk. Tertonggenglah, terbaringlah, skillmerempit dalam walker lah. Kadang - kadang aku naik seganlah kan sebab anak bujang aku buat show depan TV tak bagi orang tengok TV, tapi tengok dia buat show sembur -sembur air liur. Terus aku ambik baldi serkup muka sendiri.(╥_╥) 

Aku rasa dari segi traits, Adam banyak ikut aku kot? Adam kuat merajuk + mengamuk. Sebijik macam aku. Mungkin ni cara Tuhan balas apa yang aku buat kat emak aku masa aku kecik - kecik. Dulu aku kecik nakal nauzubillah. Kalau ada orang datang rumah mulalah aku terkinja - kinja, menari - nari atas coffee table, attention seeker lah aku ni. Eh kenapa perangai aku macam Adam?(╥_╥) Jadi kalau Adam buat perangai pelik - pelik, aku tak jadi nak marah lebih - lebih sebab confirmlah dulu aku buat benda yang sama masa kecik. Adam pelik ah. Dia suka lilit reben atau kain atas kepala dia, di belit - belit bendalah tu, aku pun tak pasti motifnya apa.

Adam bijak. Aku rasa lah. Sebab hari tu aku nampak Adam main guna pembaris jahit emak aku. Masa tu Maklong pun ada sama. Kitorang hairan tengok Adam ambik pembaris jahit yang bentuk L tu, lepas tu dia tolak - tolakkan span baju yang dalam bungkusan tu guna pembaris tu. Masa ni Adam naik atas haiwan ajaib dia yang bintat - bintat tu. Aku rasa Adam tengah main polo berkuda kot. Aku rasalah. Sebab tengok gaya memang sebijik macam orang main polo atas kuda. So, terus aku claim anak aku bijak. Membabi buta kan?Gasaklah!

Lagi satu Adam suka gelak sinis. Bila ada orang bercerita ke buat lawak ke hape kan, Adam ada satu habit gelak yang buat kau rasa annoying sangat. Bunyi gelak dia macam dia tengah scorned someone sambil kata "Whatever!" Peh berasap kalau Adam buat gelak ni kat aku. Confirm aku cubit. Nanti kalau dia nangis kuat - kuat, kalau emak atau suami tanya aku cakap "Semut gigit agaknya!" Kahkahtakguna.

Adam sekarang dah pandai kalau kita berzikir nanti dia goyang - goyangkan kepala dia, dia dah pandai geleng kepala kalau dia taknak something tu tapi yang paling kritikal dan aku rasa benda ni harus dipandang serious oleh kami sekeluarga, Adam ni kaki buli. Dia suka langgar seorang budak yang emak baby - sit ni pakai walker dia, nanti dia tarik rambut budak ni, dia cekau baju budak ni and buat macam - macam dan dalam masa yang sama Adam akan gurgling kegembiraan. Scary betul. Again, aku salahkan genetiklah sebab sifat - sifat membuli Adam tu aku rasa tak lain tak bukan dapat dari ehem aku kot?(╥_╥)

i.e Dulu masa sekolah rendah, ada sorang kawan aku ni datang sekolah bawak kaler LUNA yang besar gabak tu. Time Pendidikan Seni kan dia tak bagi langsung aku pakai kaler dia, kedekut betul. Tapi still nak brag yang mak bapak dia kayalah, kerja bestlah sebab dapat belikan dia kaler LUNA idaman kanak - kanak darjah satu pada ketika itu. Sebab aku terlampau sakit hati, masa rehat aku korek kaler dia yang 36 batang tu sampai pensel warna tu jadi kontot! Padan muka!

Oh tapi gigi Adam belum nak tumbuh lagi. Takpe. Aku redha. Jadi kurang sakitlah time angin dia datang nak gigit orang. Haih!

Ni ni eksyen nak berdiri lah ni!
Makan!! Semua benda masuk mulut!
Terbongkang kejap untuk recharge.
Sambung merakas semula!
Buah hati mama and papa.
Mama and papa doakan Adam sihat - sihat hendaknya. Bertambah bijak dan bijak dan bijak dan kurangkan nakal dan nakal dan nakal. Mama and papa doakan Adam menjadi anak yang soleh, taat pada kedua ibu bapa, jadi anak soleh yang menjadi penyejuk hati mama and papa, jadi anak soleh yang nantinya bila dah besar Adam jadi lelaki yang soleh, budiman dan mewarisi sifat - sifat papa Adam yang hebat. Semoga Adam takkan mewarisi sifat - sifat mama yang most of them memang crappy. Mama berdoa sungguh - sungguh Adam akan membesar dan menjadi lelaki sebaik or lebih baik lagi dari Papa.Mama and papa sayanggggggg Adam sangat - sangat.
Emosi lah aku.(╥_╥)

Dah.Babai!

4 comments :

nur easy said...

adam n mama sama naik ya.. hehe setuju2 adam hensem eh kacak!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHahahahahahah balasan Tuhan sebab kecik - kecik nakal! Kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHahahahahahah balasan Tuhan sebab kecik - kecik nakal! Kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHahahahahahah balasan Tuhan sebab kecik - kecik nakal! Kihkih!